MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA TERENGGANU
KETUA PENDAKWA SYARIE LWN. CDCD PKTPKT
[Kes Mal No: 11200-165-00XX-20XX]
[1] TUDUHAN ke atas CDCD BINTI PKTPKT, KP: XXXXXX-11-53XX ORANG KENA TUDUH, telah didengar di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu dalam kehadiran Pendakwa Syari'e dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Puan Wan Fatimatul Hanina binti Wan Mansor dengan kehadiran Orang Yang Kena Tuduh yang hadir secara bersendirian, DAN PADA HARI INI TUAN HAKIM MEMBUAT ALASAN PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT:
[2] Kes yang disebut dan didengar di hadapan Saya ini ialah tuduhan Kesalahan Perkahwinan Tanpa Kebenaran dari Pendaftar di bawah s 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) bil.1/2017 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen dan Enakmen yang sama iaitu boleh didenda tidak melebihi lima (5) ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.
[3] Mahkamah menegaskan bahawa sebarang pendakwaan yang dikemukakan kepada Mahkamah dalam apa-apa jua pertuduhan adalah termasuk dalam kategori amar makruf dan nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa sebagaimana yang diperintah oleh agama Islam. Ini kerana misi utama manusia diutus ke muka bumi ialah untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk memakmurkan alam ini. Mekanisme penting dalam memakmurkan alam ini ialah dengan melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar. Kemakmuran hakiki akan wujud bila mana semua manusia tunduk kepada kekuasaan Allah S.W.T dan beribadah hanya kepadaNya. Asas pensyariatan prinsip amar makruf dan nahi mungkar ini ialah nas-nas dari al-Qur'an dan al-Sunnah di samping Ijmak, sebagaimana firman Allah S.W.T antaranya di dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang berbunyi:
Maksudnya: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada semua perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) "
[4] Di dalam kes ini OKT mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya itu tanpa sebarang syarat. Justeru pengakuan bersalah OKT, Mahkamah berpendapat ada empat (4) isu persoalan utama yang perlu dilihat dan diberi perhatian sewajarnya oleh Mahkamah iaitu (i) Bidangkuasa Mahkamah, (ii) Kesalahan dan elemen-elemen yang perlu dibuktikan wujud untuk disabitkan kesalahan, (iii) Pengakuan bersalah OKT dan (vi) Pertimbangan faktor-faktor pemberatan dan peringanan dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT.
Latar Belakang Kes - Tangkapan Dan Perjalanan Kes
[5] OKT di dalam kes ini telah membuat permohonan bagi mendaftarkan perkahwinannya yang telah dilakukan secara bertentangan dengan Undang-Undang di Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Terengganu. Permohonan tersebut telah diproses oleh pihak PAD Kuala Terengganu dengan diambil keterangan secara siasatan (inquisitorial), dan sebelum pendaftaran perkahwinan itu dilakukan, satu makluman kepada PPS melalui borang 5 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 telah dibuat oleh Pendaftar NCR, sebagaimana kehendak kaedah 8, Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Keuarga Islam (Permohonan Dan pendaftaran perkahwinan, Perceraian Dan Ruju') 2019. Justeru itu, siasatan ke atas OKT telah dilakukan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 bersabit kesalahan "Berkahwin Tanpa Kebenaran" di bawah s 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) bil.1/2017 . Dan seterusnya satu Jaminan Bon telah dikeluarkan ke atas OKT oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa di bawah s 23 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 bagi tujuan siasatan lanjut berhubung kesalahan yang dilakukan. Seksyen 23 Enakmen tersebut memperuntukkan seperti berikut:
Melepaskan orang yang ditangkap
23. Tiada seorang pun yang ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis di bawah Enakmen ini boleh dilepaskan kecuali atas Bon atau jaminan atau di bawah perintah bertulis seorang Ha
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.