SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1045

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
ISMAIL OTHMAN LWN. SEACERA PROPERTIES SDN BHD
Award No: 2065 Tahun 2023 [Kes No: 1/1-1409/22]



Petitioner Advocates:Aneera Chowdhury ,Respondent Advocate: Rozana Abdul Razak

The court determined that the respondent did not fail to comply with the award concerning statutory contributions or late payment interest under the Industrial Relations Act.

Headnote:This decision concerns a non-compliance order application under Section 56(1) of the Industrial Relations Act 1967. The plaintiff filed a complaint claiming that the respondent failed to pay RM340,000 within 30 days as imposed by the award, as well as statutory deductions. The court found no non-compliance regarding statutory contributions and ruled the 8% interest for late payment inapplicable considering the amendment's timing. The court dismissed the plaintiff's complaints and upholds the respondent's compliance with the award.

Table of Content
1. application for a non-compliance order under statutory regulations. (Para 1 , 2 , 3)
2. arguments related to statutory deductions and late payment interest. (Para 6 , 7 , 10)
3. court observations on employer's statutory obligations. (Para 15 , 20 , 21)
4. determination on the applicability of the interest provision. (Para 23 , 24)
5. final court decision regarding compliance and monetary penalties. (Para 28 , 29)
Wan Jeffry Kassim:

[1] Ini adalah permohonan untuk satu perintah ketidakpatuhan di bawah s 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ("Akta") dalam Borang S yang difailkan pada 6 Oktober 2022 di bawah k 24A Kaedah-Kaedah Mahkamah Perusahaan 1967 berkenaan Award No: 1952 Tahun 2022 (No Kes: 21/4-1990/20 [[2023] 1 MELR 131]) yang diperturunkan pada 1 September 2022 ("Award") di antara Ismail Bin Othman ("Pengadu") dengan Seacera Properties Sdn Bhd ("Responden/Syarikat").

[2] Satu Aduan telah difailkan oleh Pengadu atas ketidakpatuhan Responden/ Syarikat mematuhi peruntukan di dalam Award berkenaan di mana Responden/ Syarikat telah gagal membayar Pengadu jumlah sebanyak RM340,000.00 (setelah tolakan statutori dibuat, jika ada) melalui peguam Pengadu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award tersebut.

Pernyataan Kes

[3] Pengadu dalam Pernyataan Kes (Kandungan B) dan Rejoinder (Kandungan D) menyatakan bahawa Responden/Syarikat telah gagal mematuhi Award tersebut atas perkara-perkara yang berikut:

(a) Responden/Syarikat telah gagal membuat potongan pembayaran sumbangan ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO milik Pengadu sepertimana yang diperintahkan dalam Award tersebut; dan

(b) Responden/Syarikat telah gagal membayar faedah pada kadar 8% setahun dari 1 Oktober 2022 hingga 4 November 2022 iaitu 35 hari lewat pembayaran Award sebagaimana yang diperuntukkan dalam s 30(1A) Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2020. Walaupun jumlah Award telah dibayar oleh Responden/Syarikat tetapi bayaran hanya dibuat pada 4 November 2022, iaitu melebihi tempoh 30 hari daripada yang ditetapkan dalam Award.

Pernyataan Jawapan

[4] Responden/Syarikat dalam Pernyataan Jawapan (Kandungan F) menyatakan bahawa pada 4 November 2022, bayaran Award tersebut telah dijelaskan sepenuhnya melalui satu cek berjumlah RM340,000.00 yang telah diserahkan kepada Pengadu melalui peguam Pengadu.

[5] Responden/Syarikat juga menyatakan bahawa s 30(1A) Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2020 mengenai kuasa Mahkamah Perusahaan mengenakan faedah ke atas award pada kadar lapan peratus (8%) setahun atau kadar yang lebih rendah tidak terpakai kerana peruntukan tersebut hanya berkuat kuasa pada 1 Januari 2021 dan terpakai bagi kes-kes yang dibuat pada atau selepas 1 Januari 2021.

Isu-isu

[6] Terdapat dua isu yang harus dipertimbangkan oleh Mahkamah ini seperti berikut:

(a) Sama ada Responden/Syarikat gagal mematuhi Award tersebut apabila pembayaran jumlah Award tersebut kepada Pengadu tidak ditolak bayaran sumbangan KWSP dan PERKESO.

(b) Sama ada Responden/Syarikat boleh dikenakan bayaran faedah pada kadar 8% setahun atas kelewatan membayar bayaran Award sebagaimana yang diperuntukkan dalam s 30(1A) Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2020.

Hujahan Pengadu

[7] Peguam Pengadu yang bijaksana menghujah bahawa walaupun dalam Award tersebut tidak dinyatakan dengan khusus mengenai potongan sumbangan bagi KWSP dan PERKESO, namun begitu perkataan "if any" yang digunakan dalam Award tersebut bermaksud Mahkamah hendaklah meneliti Award sahaja untuk memutuskan jika atau tidak ada sesuatu perintah untuk membuat bayaran statutori dibuat. Peguam Pengadu telah merujuk kepada kes James Hong Siong Eng v. Evergreen Paints Sdn Bhd ; [2014] 3 ILR 610 yang menyatakan bahawa:

"[17] In the dismissal award, the Industrial Court did not expressly direct that Employees Provident Fund contributions be paid on the award sum. The phrase "if any" was used. That means that the Employees Provident Fund Board should decide on whether Employees Provident Fund contributions are

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top