ABDUL KADIR SULAIMAN
WELTEX KNITWEAR INDUSTRIES SDN BHD – Appellant
Versus
LAW KAR TOY – Respondent
PENGHAKIMAN
Pada 10hb. April 1997 Pemohon telah memfailkan permohonan secara ex parte untuk kebenaran memohon perintah certiorari bagi mengenepikan atau membatalkan awad Responden Kedua No. 88 Tahun 1997 bertarikh 27hb. Februari 1997. Setelah mendengar permohonan ex parte Pemohon ini, Mahkamah ini pada 27hb. Ogos 1997 telah memberi kebenaran kepada Pemohon untuk memohon perintah certiorari yang dipohon itu. Berikutan perintah tersebut, pada 29hb. Ogos 1997 Pemohon telah memohon suatu perintah certiorari untuk mengenepikan atau membatalkan awad yang berkenaan. Pada hari pendengaran permohonan substantif ini, kedua-dua pihak telah bersetuju mengemukakan hujah bertulis. Responden memaklumkan kepada Mahkamah bahawa ia ingin membangkitkan bantahan awal terhadap [2] permohonan Pemohon ini. Dengan yang demikian Mahkamah memutuskan supaya pihak-pihak mengemukakan hujah bertulis mereka terhadap bantahan awal Responden ini dahulu sebelum perbicaraan permohonan substantif didengar. Kini Responden lelahpun mengemukakan hujah bertulisnya. Tetapi malangnya setelah penjadual semula diberi tentang tarikh mengemukakan hujah bertulisnya, Pemohon telah engkar hingga kihi untuk mengemukakannya yang me
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.