SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 3694

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
SITI SAKINAH MEOR OMAR BAKI LWN. ZAMIHAN MAT ZIN & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: 22NCVC-517-09-2015]



Petitioner Advocates:Meor Amir ,Respondent Advocate: Yazzer Azzad;

Court emphasized the importance of established damages principles in defamation cases and recognized the significance of reputational harm.

Headnote:In this case, the court considered the defamatory statements made by the first defendant against the plaintiff, Syria Care, a registered organization aiding Syrian war victims. The court assessed damages based on established principles for defamation, highlighting the severe reputational harm caused to the plaintiff due to the allegations made. The court determined appropriate damages for the plaintiff, ultimately awarding RM50,000 with interest until full payment. Issues included the credibility of the statements and the public interest.

Table of Content
1. defendant's statements caused reputational harm to the plaintiff. (Para 1 , 2 , 3)
2. plaintiff's case for damages relies on public reputation. (Para 4 , 5 , 6)
3. factors influencing damages assessment in defamation cases. (Para 7 , 8 , 9 , 10)
4. defendant argues for minimal damages based on reputation. (Para 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
5. court emphasizes the importance of public interest in statements. (Para 16 , 17 , 18)
6. consideration of damages awarded for serious accusations. (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
7. global award principle maintained in defamation cases. (Para 25)
Tun Abd Majid Tun Hamzah PK:

Pengenalan

[1] Defendan pertama telah didapati bertanggungan berikutan kenyataan yang dibuat oleh defendan pertama yang memfitnah plaintif, sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Syria Care. Kenyataan fitnah tersebut ringkasnya menyatakan bahawa kumpulan-kumpulan Syiah bersembunyi di belakang pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan dan menamakan pertubuhan seperti Syria Care salah satu daripadanya.

[2] Berikutan itu plaintif telah mengemukakan permohonan taksiran ganti rugi dan perbicaraan melalui afidavit. Plaintif memohon sejumlah ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas.

[3] Di dalam afidavit sokongan, plaintif telah menyatakan di antaranya seperti berikut:

3.1 Syria Care merupakan sebuah pertubuhan berdaftar dan mengutip dana untuk membantu rakyat Syria yang menjadi mangsa peperangan di negara tersebut dan telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM17,000,000.00.

3.2 Plaintif bekerjasama erat dengan agensi-agensi Kerajaan termasuk Kementerian Dalam Negeri sendiri dan dikenali umum serta mempunyai reputasi yang baik serta dipercayai dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta sektor korporat.

3.3 Ia mempunyai rangkaian kebajikan antarabangsa dengan pertubuhan seumpamanya di Turki dan Syria yang telah disaring oleh pihak berkuasa dan disahkan tiada melibatkan unsur keganasan.

3.4 Kenyataan yang dibuat oleh defendn pertama telah tersebar dengan meluas melalui berita dalam talian milik defendan kedua serta aplikasi media sosial seperti Twitter dan portal berita antarabangsa seperti AsiaOne.

3.5 Kenyataan tersebut hanya dipadamkan setelah berada dalam talian pada hari perbicaraan bermula.

3.6 Defendan pertama tidak meminta maaf dan memberi penjelasan mengenai kenyataannya. Sebagai seorang yang bertugas di Kementerian Dalam Negeri dan juga Presiden sebuah pertubuhan iaitu Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta seorang penceramah bebas, defendan pertama mempunyai pengaruh yang besar dan ini memberi kesan negatif yang besar kepada plaintif.

3.7 Reputasi plaintif terjejas akibat kenyataan defendan pertama.

[4] Defendan pertama dalam afidavit balasannya di antara lain menyatakan seperti berikut:

4.1 Tiada bukti yang kukuh bagi menyokong plaintif sebuah pertubuhan yang dikenali umum dan mempunyai reputasi yang baik dan kenyataannya telah memberi kesan yang buruk kepada plaintif.

4.2 Tiada bukti yang jelas akan kerugian dan/atau kerosakan yang dialami oleh plaintif bersabit dengan kenyataannya.

Hujah Plaintif

[5] Peguam terpelajar bagi pihak plaintif berhujah bahawa mahkamah dalam menentukan jumlah ganti rugi bagi kes fitnah hendaklah mempertimbangkan faktor-faktor yang telah disenaraikan di dalam kes YB Dato' Paduka Husam Musa v. YB Dato' Nozula Mat Diah & Ors (No 2) di ms 515, [2015] 10 CLJ 889 seperti berikut:

"In determining quantum of damages the following factors are taken into consideration:

(i) the conduct of the plaintiff;

(ii) the plaintiff's position and standing in society;

(iii) the nature of the libel;

(iv) mode and extent of publication;

(v) the absence or refusal of retraction or apology;

(vi) the whole conduct of the defendant from the time the libel was published down to the very moment of the verdict.".

[6] Mengikut peguam yang terpelajar bagi pihak plaintif usaha telah dilakukan oleh plaintif dalam menuntut defendan pertama memohon maaf dan menarik balik kenyataannya dan masa yang munasabah telah diberikan sebelum

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top