SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1998 MarsdenLR 1801

GOPAL SRI RAM,SITI NORMA YAAKOB,DENIS ONG
COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR)
LIM GUAN ENG - Appellant
Versus
PUBLIC PROSECUTOR - Respondents

CRIMINAL APPEAL NO M-05-34 AND 35 OF 1997
Decided On : 04/01/1998

Advocates:
Karpal Singh ( J Amardas, Jagdeep Singh Deo and Gobind Singh Deo with him) ( Karpal Singh & Co) for the appellant.
Azahar Mohamed and Yusof Zainal Abidin ( LC Tay with them) (Deputy Public Prosecutors) for the respondent.

JUDGMENTBY: MOHD NOOR ABDULLAH H, GOPAL SRI RAM JCA

MOHD NOOR ABDULLAH H

High Court

28 April 1997

Dengan keizinan Pendakwa Raya dan dengan perakuannya yang diberi di bawah s 8A(3) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta tersebut), s 5 Akta Hasutan 1948 dan di bawah s 418A Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (KAJ), Lim Guan Eng dipertuduh dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan yang berikut:

Pertuduhan pertama

Bahawa kamu pada bulan Januari 1995 di dalam Daerah Melaka Tengah,

dalam Negeri Melaka, dalam satu penerbitan risalah yang bertajuk

Ceramah Kisah Benar dengan niat jahat telah menerbitkan berita yang

tidak benar iaitu:

Mangsa Dipenjarakan

Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s

8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan boleh dihukum di bawah s

8A(1) Akta yang sama.

Pertuduhan kedua

Bahawa kamu pada 19 Januari 1995 jam lebih kurang 9.40 malam di Dewan

Permai Sari, Tingkat Tiga di Hotel Emperor, Jalan Munshi Abdullah, di

dalam Daerah Melaka Tengah, dalam Negeri Melaka telah memberikan ucapan

dalam ceramah dengan menyebut kata-kata yang menghasut iaitu:

(a) bahawa kamu menyatakan yang kamu tidak puas hati dengan

undang-undang di Malaysia kerana double standard yang

menyebabkan kes rogol yang melibatkan Tan Sri Rahim Tamby Chik

tidak dihadapkan ke mahkamah dan Peguam Negara telah menyatakan

Tan Sri Rahim Tamby Chik tidak terlibat dalam kes rogol perempuan

bawah umur;

(b) bahawa kamu menyatakan yang kamu tidak puas hati mahkamah

memberikan keputusan supaya gadis yang terlibat dalam kes rogol

itu ditahan selama tiga tahun. Sebenarnya Tan Sri Rahim Tamby

Chik patut dimasukkan ke penjara dan sebaliknya orang yang

melanggar undang-undang dibebaskan,

yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan

atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap pentadbiran

keadilan dalam Malaysia dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan

satu kesalahan di bawah s 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum

di bawah s 4(1) Akta yang sama.

Pada awal perbicaraan kes ini, mahkamah dikejutkan dengan sikap menempelak peguambela yang membidas mahkamah tidak berlaku adil kerana membicarakan kes tanpa menunggu kehadirannya. Pada pagi itu, mahkamah telah menetapkan pendengaran hujah kedua-dua pihak tentang permohonan pendakwa untuk menggabungkan perbicaraan kedua-dua pertuduhan itu di bawah s 165 KAJ. Pada 9 pagi, mahkamah menunggu peguambela. Pada 9.08 pagi, mahkamah diberitahu peguambela masih dalam perjalanan dan minta mahkamah menunggu entah berapa lama. Mahkamah telah meneruskan pendengaran hujah pendakwa dengan kehadiran peguambela pembantu tanpa kehadiran peguambela utama yang hadir pada 9.22 pagi ketika pendakwa sedang berhujah. Apabila pendakwa selesai berhujah, mahkamah membacakan untuk kesenangan peguambela nota keterangan yang dicatatkan semasa ketiadaannya. Ketika itulah peguambela yang dijangka berterima kasih membidas mahkamah yang penuh sesak dengan orang awam yang kelihatan berpihak dan apabila diminta menjawab hujah pendakwa, beliau tergamak berkata: I shall not be cowed by this court, judges also come late. Mahkamah menahan sabar dan mendengar telatahnya serta memberi peluang secukupnya untuk membantah permohonan pendakwa. Di akhir penghujahan mereka, mahkamah membenarkan permohonan pendakwa kerana terdapat proximity of time and place, continuity of action and unity of purpose or design antara kedua-dua pertuduhan itu ( Jayaraman & Ors v PP [1979] 2 MLJ 88). Peguambela membantah pula tentang kecacatan pertuduhan pertama yang tidak menyatakan tarikh, masa dan tempat yang khusus. Pendakwa menjawab sukar menetapkan bila dan di mana sebenarnya tertuduh menerbitkan risalah itu, sama ada semasa tertuduh menyediakan deraf atau semas

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top