2016 MarsdenLR 2573
MAHKAMAH PERUSAHAAN PERAK
RAGUBATHY PENER SELVAM LWN. OEL DISTRIBUTION (PERAK) SDN BHD
Award No: 1009 Tahun 2016 [Kes No: 10/4-859/13]
The court established that an employer must demonstrate reasonable grounds for termination based on employee conduct, not guilt beyond reasonable doubt.
Headnote:This judgment addresses a dismissal case under the Employment Relations Act 1967, focusing on the respondent's reasonable belief of theft involving the appellant, leading to termination. The court reiterated the standard of proof required in such cases and found the termination justified based on credible evidence and prior cases. The court emphasized that the employer is not required to establish guilt beyond reasonable doubt but must act reasonably based on available evidence. Ultimately, the court ruled in favor of the respondent, affirming the dismissal was for just cause.
| Table of Content |
|---|
| 1. summary of the employment relationship and basis for termination. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. description of the incident leading to the dismissal. (Para 4 , 5 , 6 , 7) |
| 3. clarification of the legal standards applicable in employment dismissal cases. (Para 8 , 9 , 10) |
| 4. assessment of the reasonable belief of misconduct by the employer. (Para 11 , 12 , 16) |
| 5. conclusions regarding the dismissal's justification based on evidence. (Para 13 , 14 , 15 , 17 , 18) |
[1] Pihak Menuntut telah diambil bekerja sebagai Kelindan lori di syarikat Pihak Responden mulai 2 Oktober 2010 dengan gaji pokok sebanyak RM350.00 sebulan. Surat Perlantikan Jawatan adalah seperti yang terdapat di ms 1-5 CLB-1. Pihak Menuntut telah disahkan dalam jawatannya pada 3 Mei 2011 dan jumlah gaji kasar yang diterima setelah ditambah elaun adalah RM961.20.
[2] Pihak Responden melalui surat bertarikh 23 Oktober 2012 (ms 10 COB-1) telah memberi notis penamatan kerja selama sebulan berkuatkuasa dari 23 Oktober 2012 dan memaklumkan hari terakhir Pihak Menuntut bekerja di syarikat Pihak Responden adalah pada 22 November 2012. Dalam surat tersebut juga Pihak Responden menyatakan alasan penamatan kerja Pihak Menuntut adalah kerana Pihak Menuntut disyakki telah melakukan kecurian 4 kampit beras SSTG pada 16 Oktober 2012 di Perniagaan Soon Qing (SYK SOON).
[3] Pihak Menuntut yang tidak berpuashati dengan keputusan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan beliau telah memfailkan representasi di Jabatan Perhubungan Perusahaan dan apabila usaha-usaha rundingan damai gagal mencapai penyelesaian, maka representasi ini telah dirujuk kepada YB Menteri Sumber Manusia. Setelah menimbang rayuan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut mengenai pembuangan kerjanya, YB Menteri telah merujuk perkara ini ke Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan dibuat mengenainya.
Kes Pihak Responden
[4] Pihak Responden telah mengemukakan seorang saksi bagi membuktikan kes mereka iaitu Encik Heng Kuan Chor, Pengarah syarikat Responden, COW-1. Menurut saksi ini syarikat Responden terlibat dalam perniagaan pengedaran dan penjualan berbagai jenis beras. Pihak Responden telah melantik Pihak Menuntut untuk bekerja sebagai Kelindan pada 2 Oktober 2010. Rujuk surat lantikan di ms 4-8 COB-1. Pihak Menuntut juga telah menandatangani satu pengakuan gantirugi kepada Pihak Responden pada 2 Oktober 2010 (rujuk ms 9 COB-1).
[5] COW-1 selanjutnya menyatakan pada 16 Oktober 2012 sekitar 4.20 petang, Pihak Responden telah mengarahkan Pihak Menuntut bersama seorang Pemandu untuk menghantar 30 bag kampit beras kepada pelanggan syarikat Responden iaitu Perniagaan Song Qing (Gopeng). Walau bagaimanapun berdasarkan kepada rakaman CCTV menunjukkan Pemandu dan Pihak Menuntut hanya menurunkan 26 bag beras sahaja dan baki 4 bag lagi tidak diturunkan. Malah 4 kampit beras tersebut juga tidak dipulangkan kepada syarikat Responden.
[6] Selanjutnya COW-1 menyatakan ekoran dari kejadian tersebut, Pihak Responden melalui surat bertarikh 19 Oktober 2012 telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut satu siasatan dalaman akan diadakan bagi menyiasat mengenai kejadian kecurian tersebut dan juga untuk memberi peluang kepada Pihak Menuntut untuk mengemukakan penjelasan berkaitan kecurian 4 kampit beras tersebut. Pihak Responden mendapati penjelasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan dan dengan itu melalui surat bertarikh 23 Oktober 2012 telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut bahawa Pihak Responden telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut kerana beliau disyakki telah melakukan kecurian 4 kampit beras SSTG 25kg. setiap satu kampit. Notis pemberhentian kerja adalah seperti yang terdapat di ms 10 COB-1. COW-1 menegaskan penamatan kerja Pihak Menuntut telah dilakukan secara adil.
Kes Pihak Menuntut
[7] Pihak Menuntut dalam keterangannya memberitahu Mahkamah beliau mula bekerja dengan Pihak Responden pada 2 Oktober 2010 sebagai Kelindan lori. Selanjutnya beliau menyatakan pada 23 oktober 2012, beliau t