MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. ROSMAN SAPREY
[Rayuan Jenayah No: A-06B-23-06-2017 & W-09-195-06-2017]
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of the appeals and involved parties (Para 1 , 2 , 21) |
| 2. details on the initial charges and court findings (Para 3 , 4 , 5) |
| 3. procedural adherence concerning urine tests (Para 6 , 7 , 14) |
| 4. procedures involved in urine sample collection and testing. (Para 12 , 15) |
| 5. issues concerning legal force of guidelines (Para 22) |
| 6. the impact of procedural failures on the outcomes of trials. (Para 23) |
[1] Kedua-dua rayuan jenayah ini telah didengar secara bersama oleh kami pada 28 Februari 2018 atas permohonan oleh pihak-pihak daiam kedua-dua rayuan. Di akhir penghujahan, kami telah menangguhkan keputusan. Kami kini memberikan keputusan.
Rayuan Jenayah No: A-06B-23-06/2017
[2] Rayuan ini dibuat oleh Pendakwa Raya yang tidak berpuas hati terhadap keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh, Perak yang telah membenarkan rayuan responden terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Ipoh, Perak dan memerintahkan responden dilepaskan dan dibebaskan.
[3] Mahkamah Majistret Ipoh, Perak telah mensabitkan responden bagi kesalahan dibawah s 15 ("ADB 1952"). Responden dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara mulai tarikh jatuh hukum. Responden juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun menurut s 38B ADB 1952.
Rayuan Jenayah No: W-09-195-06/2017
[4] Rayuan ini dibuat oleh Pendakwa Raya yang tidak berpuas hati atas keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur yang telah membenarkan rayuan responden terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan memerintahkan responden dilepaskan dan dibebaskan.
[5] Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mensabitkan responden bagi kesalahan dibawah s 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952"). Responden dijatuhkan hukuman denda RM3,500.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara. Responden juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun menurut s 38B ADB 1952.
Latar Belakang Kes Pendakwaan
Rayuan Jenayah No: A-06B-23-06/2017
[6] Pada 28 Disember 2013, jam lebih kurang 9.00 malam, Inspektor Mohd Zain (SP3) bersama sepasukan anggota polis telah menangkap responden Rosman bin Saprey kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan. Pada 29 Disember 2013, jam lebih kurang 1.00 pagi, di Pejabat Narkotik IPD Batu Gajah, SP3 telah mengarahkan responden menjalani ujian air kencing. SP3 telah memberikan 3 atau 4 botol kosong untuk mengisi urin kepada responden untuk membuat pilihan. Responden telah memilih salah satu botol tersebut.
[7] Kpl Zulkifli bin Mohd Zani (SP2) telah mengiringi responden ke tandas IPD Batu Gajah untuk mendapatkan air kencing responden. Responden telah menggunakan botol yang dipilihnya untuk mengisikan air kencingnya. Responden kemudian telah diiringi semuia oleh SP2 masuk ke pejabat narkotik dan meletakkan botol urin tersebut di atas meja. SP3 telah meminta responden membuka tutup botol urin tersebut. SP3 membuat ujian ke atas air kencing di dalam botol tersebut dengan menggunakan kertas pencelup. Hasil ujian mendapati air kencing responden positif dadah Methamphetamin.
[8] SP3 menutup semuia botol urin serta meletakkan materai (seal) keselamatan. SP3 juga meletakkan label nama responden pada botol tersebut. Responden menurunkan tandatangan pada label di botol urin dan ke atas borang saringan awal.
[9] Pada 29 Disember 2013, jam lebih kurang 1.30 pagi, botol urin berseal dan berlabel nama responden diserahkan oleh SP3 kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hafizi bin Hanapi (SP4). Borang serah terima (P6) telah ditandatangani oleh SP3 dan SP4. SP4 kemudian menyimpan botol urin tersebut di dalam kabinetnya yang berkunci.
[10] Pada 30 Disember 2013, jam lebih kurang 10.00 pagi, SP4 telah mengarahkan jurugambar L/Kpl Anuar bin Abd Rahim (SP1) untuk mengambil gambar botol urin tersebut (P1(a-c)).
[11] Pada 30 Disember 2013, jam lebih kurang 2.34 petang, SP4 membuat serahan botol urin kepada ahli kimia Puan Halimah binti Mohd Razi untuk analisis dijalankan keatas
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.