SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1765

MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG
NG KIM CHAY LWN. WONG TECK MING
[Guaman No: JG-A73KJ-194-07/2020]



Plaintiff must provide strict proof for special damages; failure results in a judicial assessment of damages awarded. Default judgment allows for a reasonable estimation of loss despite lacking definitive proof.

Headnote:(A) Undang-undang Ganti Rugi – Ganti rugi khas, am, teruk, dan teladan – Plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM14,046.00, namun Mahkamah menilai dan memberikan ganti rugi khas RM3,046.00 dan ganti rugi am RM7,000.00 – Tuntutan bagi ganti rugi teruk dan teladan ditolak berdasarkan ketiadaan fakta untuk menyokong permohonan tersebut. (Paras 12, 28, 42, 46)

(B) Penyampaian Writ Saman – Mahkamah mengesahkan penyampaian kertas kausa kepada Defendan adalah teratur walaupun Defendan enggan menandatangani akuan terima. (Paras 5, 11)

(C) Penilaian Kecederaan – Mahkamah mengambil Notis Kehakiman dalam menilai kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan berpuas hati dengan jumlah ganti rugi yang diumumkan. (Paras 30, 34, 38)

PENGHAKIMAN

Arun Noval Dass M:

Pengenalan

[1] Plaintif dalam kes ini telah memfailkan tindakan terhadap Defendan pada 2 Jun 2020. Menurut kertas kausa yang difailkan, pada 27 Oktober 2019 jam lebih kurang 1.30 pagi, semasa Plaintif, isteri Plaintif dan beberapa orang kawannya sedang minum di kedai WS World Bar & Bistro, Defendan bersama beberapa lelaki lain telah menyerang Plaintif.

[2] Mereka memukul Plaintif bertalu-talu menggunakan buku lima dan kerusi serta menumbuk Plaintif di bahagian muka dan badan. Plaintif kemudiannya dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk mendapatkan rawatan. Menurut laporan perubatan Plaintif, Plaintif mengalami "multiple abrasion wound over left occipital and left elbow" dan "left eye supraorbital haematoma".

[3] Plaintif telah membuat laporan polis pada 27 Oktober 2019. Defendan kemudiannya dituduh di Mahkamah ini pada 4 Disember 2019 di atas satu pertuduhan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan. Defendan mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut dan telah didenda sebanyak RM1,800.00 gagal bayar 4 bulan penjara.

[4] Akibat serangan Defendan, Plaintif telah mengalami kecederaan parah dan tidak dapat bekerja sebagai kontraktor selama 14 hari. Maka, Plaintif menuntut daripada Defendan ganti rugi khas berjumlah RM14,046.00, ganti rugi am, ganti rugi teruk dan/atau teladan, faedah dan kos.

Penyampaian Writ Saman

[5] Menurut Afidavit Penyampaian yang difailkan pada 15 November 2020, Pembantu Pejabat Peguam Plaintif telah telah hadir ke alamat Defendan pada 9 Oktober 2020. Seorang lelaki cina telah keluar dan mengaku dirinya dan menerima kertas-kertas kausa namun enggan menandatangai pengakuan terima dokumen-dokumen tersebut.

[6] Mahkamah merujuk kepada A 10 k 1(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM) yang memperuntukkan bahawa:-

"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis dan Kaedah-Kaedah ini, suatu writ hendaklah disampaikan secara kediri kepada setiap defendan atau dengan menghantarkannya kepada setiap defendan melalui pos berdaftar Akuan Terima yang dialamatkan ke alamat akhirnya yang diketahui atau secara komunikasi elektronik mengikut apa-apa arahan amalan yang dikeluarkan bagi maksud itu dan setakat yang dapat dilaksanakan, percubaan penyampaian yang pertama mestilah dibuat tidak lewat dari satu bulan dari tarikh writ itu dikeluarkan."

[7] Aturan 62 k 3 KKM pula memperuntukkan cara penyampaian kediri perlu dilaksanakan. Aturan tersebut memperuntukkan bahawa:-

"Penyampaian kediri suatu dokumen dilaksanakan dengan meninggalkan suatu salinan dokumen itu dengan orang yang kepadanya dokumen itu hendak disampaikan dan, jika diminta sedemikian olehnya pada masa ia ditinggalkan, dengan menunjukkan kepadanya -

(a) dalam hal jika dokumen itu ialah suatu writ atau proses pemula lain, salinan termeterainya; dan

(b) dalam apa-apa hal lain, suatu salinan pejabat."

[8] Dalam mentaksirkan frasa "meninggalkan dokumen kepada orang yang hendak disampaikan", Mahkamah dalam kes Khooi Beng Aun v. Koh Chin Lean , [1994] 4 CLJ 138 memutuskan bahawa:-

"I take it that by leaving a sealed copy of the document would mean handing it to that person, or at the very least, leaving it physically close to him so that an assumption of possession can arise and, at the same time, telling him of the purpose of the exercise. All the authorities require knowledge on the part of the recipients of the existence of the documents so served. Thus, in Thompson v. Pheney 1 Down 443 where the copy was thrown near the defendant and, in his presence, that copy was opened and the defendant refused to accept it, it was held to be sufficient service.

And where the solicitor's clerk pushed the copy of the order in the inner fold of the defendant's coat which was unbuttoned and that copy fell as the defendant opened his coat, it was held that that was good service (Roase v. Kemphouse 103 LT 730; 27 TLR 132)."

[9] Maka, sekiranya Defendan enggan menerima penyampaian kertas kausa, adalah memadai untuk Plaintif meninggalkan dokumen


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top