SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 1150

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
LEE CHEE SOON & YANG LAIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah Nos: N-05(SH)-417-09/2019 N-05(SH)-418-09/2019 N-05(SH)-419-09/2019 N-05(SH)-420-09/2019 N-05(SH)-421-09/2019 N-05(SH)-422-09/2019 N-05(SH)-423-09/2019 N-05(SH)-424-09/2019 N-05(SH)-425-09/2019 & N-05(SH)-426-09/2019]



Petitioner Advocates:Datuk Hisyam Teh Poh Teik,Low Wei Loke,Kee Wei Lon ,Respondent Advocate: Eyu Ghim Siang

The court ruled that the prosecution failed to prove the charges against the defendants beyond a reasonable doubt, leading to the acquittal of all parties involved.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 39B(1)(a), 39B(2), 12(2), 9(1)(b), dan 8; Akta Racun 1952 - Seksyen 9(1) - Tiga tertuduh dituduh atas enam pertuduhan berkaitan dadah dan senjata api - Hakim Perbicaraan mendapati kes prima facie wujud dan memanggil tertuduh untuk membela diri - Tertuduh mengemukakan keterangan dan saksi pembelaan - Mahkamah Rayuan mendapati tiada keterangan kukuh untuk sabitan, serta kegagalan membuktikan niat bersama di bawah s 34 Kanun Keseksaan - Sabitan diketepikan. (Paras 1-111)

(B) Keterangan dan bukti - Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kesalahan tanpa sebarang keraguan munasabah - Keterangan pembelaan tidak dipertimbangkan dengan baik oleh Hakim Perbicaraan. (Paras 106-107)

(C) Prinsip undang-undang - Mahkamah Rayuan tidak akan campur tangan dalam sabitan melainkan terdapat kesalahan yang jelas dalam penilaian keterangan oleh Hakim Perbicaraan. (Paras 68-69)

(D) Keputusan - Rayuan dibenarkan; sabitan dan hukuman diketepikan; tertuduh dibebaskan.

Table of Content
1. charges against the defendants. (Para 1)
2. court finds prima facie case against defendants. (Para 2 , 4 , 5 , 6 , 7)
3. police investigation and evidence collection. (Para 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17)
4. chain of custody and forensic analysis. (Para 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
5. dna evidence linking defendants to the scene. (Para 23 , 24 , 25 , 26)
6. defendants' testimony and denial of knowledge. (Para 29 , 30 , 31 , 32 , 33 , 34)
7. testimony of the second defendant. (Para 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42)
8. testimony of the third defendant. (Para 43 , 44 , 45 , 46 , 47 , 48 , 49 , 50 , 51 , 52)
9. witness testimony regarding house rental. (Para 53 , 54 , 55 , 56)
10. testimony of the fifth witness. (Para 57 , 58 , 59 , 60 , 61 , 62 , 63)
11. principles of appellate intervention. (Para 68 , 69 , 70 , 71 , 72 , 73)
12. discussion on presumptions in drug trafficking. (Para 74 , 75 , 76 , 77 , 78 , 79 , 80 , 81 , 82 , 83)
13. legal implications of double presumptions. (Para 84 , 85 , 86 , 87 , 88 , 89 , 90 , 91 , 92 , 93)
14. analysis of trial judge's decisions. (Para 94 , 95 , 96 , 97 , 98 , 99 , 100 , 101)
15. conclusion on defendants' involvement. (Para 102 , 103 , 104 , 105 , 106 , 107 , 108 , 109 , 110)
16. final judgment and release of defendants. (Para 111)
PENGHAKIMAN

Azmi Ariffin HMR:

Pertuduhan

[1] Perayu Pertama dan Perayu Ketiga bersama seorang Perayu Kedua, Lim Ah Lek (meninggal dunia) telah dituduh di atas pertuduhan-pertuduhan berikut:

(i) Dua (2) pertuduhan bagi pengedaran dadah berjumlah 882.14 gram Methamphetamine dan 23.37 grams Heroin dan Monoacetylmorphine sebagaimana berikut:

Pertuduhan Pertama

"Bahawa kamu bersama-sama dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu 882.14 gram Methamphetamine pada 24 Julai 2015 jam lebih kurang 11.00 pagi di alamat No 1045 Lorong Kaloi 17/3, Taman Permai 2, dalam daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan"

Pertuduhan Kedua

"Bahawa kamu bersama-sama dengan niat bersama-sama telah memiliki dadah berbahaya iaitu 23.37 gram Heroin dan Monoacetylmorphines pada 24 Julai 2015 jam lebih kurang 11.00 pagi, di alamat No 1045 Lorong Kaloi 17/3, Taman Permai 2, dalam daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan"

(ii) Dua (2) pertuduhan pemilikan dadah berjumlah 1.52 gram Methamphetamine dan 34.74 gram Prepared Opium sebagaimana berikut:

Pertuduhan Ketiga

"Bahawa kamu bersama-sama dengan niat bersama-sama telah memiliki dad ah berbahaya iaitu 1.52 gram Methamphetamine pada 24 Julai 2015 jam lebih kurang 11.00 pagi, di alamat No 1045 Lorong Kaloi 1713, Taman Permai 2, dalam daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 12(3) Akta yang sama dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan "

Pertuduhan Keempat

"Bahawa kamu bersama-sama dengan niat bersama-sama telah memiliki dadah berbahaya iaitu 34.74 gram Prepared Opium pada 24 Julai 2015 jam lebih kurang 11.00 pagi, di alamat No 1045 Lorong Kaloi 1713, Taman Permai 2, dalam daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 9(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 9(2) Akta yang sama dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."

(iii) Satu (1) pertuduhan pemilikan racun berjumlah 94.56 gram Chloroquine sebagaimana berikut:

Pertuduhan Kelima

"Bahawa kamu bersama-sama dengan niat bersama telah memiliki 94.56 gram Chloroquine pada 24 Julai 2015 jam lebih kurang 11.00 pagi, di alamat No 1045 Lorong Kaloi 1713, Taman Permai 2, da

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top