SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2013 MarsdenLR 451

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELANGOR
KPS LWN. MKZAZ & SATU LAGI
[Kes Jenayah Bil: 10002-136-0015-2011 & 10002-136-0016-2011]



The prosecution must prove all elements of the offense beyond reasonable doubt; mere presence at the scene is insufficient to establish guilt.

Headnote:(A) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 - Seksyen 12(c) dan Seksyen 46(c) - Tertuduh Pertama didapati membantu mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa bertarikh 24 September 1998 - Tertuduh Kedua bersubahat menyampaikan ceramah - Tiada bukti kukuh mengaitkan tertuduh-tertuduh dengan aktiviti melanggar fatwa - Pendakwaan gagal membuktikan intipati pertuduhan. (Paras 4, 9, 26, 28)

(B) Prinsip hukum pembuktian dalam kes jenayah - Keberadaan tertuduh di lokasi kejadian tidak mencukupi untuk membuktikan perbuatan melanggar undang-undang - Elemen pembuktian harus lengkap tanpa sebarang keraguan munasabah. (Paras 27, 36)

Facts of the case:
Tertuduh Pertama didakwa di bawah s 12(c) untuk mengembangkan kelompok Syiah, manakala Tertuduh Kedua atas tuduhan bersubahat - Pembuktian oleh pendakwaan melibatkan 18 saksi dan 335 eksibit - Kes berpusat kepada keberadaan dan peranan tertuduh semasa serbuan.

Findings of Court:
Mahkamah mendapati tiada bukti mengaitkan tertuduh dengan aktiviti dan perbuatan melanggar fatwa - Keberadaan mereka di lokasi majlis bukan bukti mencukupi untuk tuduhan.

Issues: Penentuan keberadaan tertuduh dan sama ada telah ada pelanggaran fatwa untuk hukum.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan kepada prinsip bahawa kehadiran di lokasi tidak mengimplikasikan pembuktian - Ketiadaan bukti langsung menyebabkan pertuduhan tidak boleh disokong.

Result: Mahkamah memerintahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dilepaskan dan dibebaskan. (Paras 32, 38)

Table of Content
1. details of charges against defendants (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. overview of prosecution evidence and events (Para 5 , 6)
3. court's analysis on procedural issues (Para 7 , 10 , 12)
4. challenges by defense regarding evidence admissibility (Para 8 , 9 , 11 , 13)
5. court outlines duties in evidential assessments. (Para 14 , 15 , 16)
6. no sufficient connection between evidence and defendants. (Para 17 , 18 , 19)
7. court's view on evidence and prosecution's failures (Para 20 , 22 , 23 , 25)
8. circumstantial evidence must meet strict criteria. (Para 21)
9. guidance on circumstantial evidence requirements. (Para 24 , 28)
10. standards for circumstantial evidence (Para 26 , 27 , 30)
11. importance of comprehensive evidence collection. (Para 29)
12. discussion on gap in prosecution's evidence (Para 31 , 32 , 35)
13. principles of judicial reasoning based on evidence. (Para 33 , 34)
14. final judgment and acquittal (Para 36 , 37)
Fakta Kes

[1] Dalam kes ini, Tertuduh Pertama telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan s 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di mana pada 15 Disember 2010 di antara jam 9.00 malam hingga 10.40 malam di dalam sebuah premis beralamat XXX, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor didapati membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998.

[2] Tertuduh Kedua pula telah dipertuduhkan berdasarkan bawah s 46(c) dibaca bersama s 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana didapati bersubahat dengan Tertuduh Pertama membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998 dengan cara menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut s 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 .

Penghakiman Tuan Kamarulzaman Bin Ali, HMRS Gombak Barat

[3] Kes ini merupakan kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkuasa agama sama ada dalam bentuk mengingkari, melanggar atau perintah atau arahan Mufti yang dinyatakan melalui Fatwa berdasarkan peruntukan s 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan kesalahan bersubahat dengan sengaja membantu perkara itu di bawah s 46(c) dan dibaca bersama s 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 .

[4] Sebagai kemudahan rujukan, saya nyatakan di sini peruntukan s 12(c), s 46(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan Fatwa tersebut yang telah ditanda sebagai Ekshibit P1 in pleno:

Seksyen 12. Menghina pihak berkuasa agama

Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:

a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua agama Islam;

b) Majlis;

c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 46. Penyubahatan sesuatu perkara.

Seseorang menyubahati perlakuan sesuatu perkara jika dia perkara:

(a) ...

(b) ...

(c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, perlakuan perkara itu.

Fatwa No 20 bertarikh warta pada 24 September 1998

1. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan lain-lain.

(a) Penyelewengan Dari Sudut Aqidah

(i) Imam adalah Maksum

(Sila lihat kitab 'Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, hlm 72).

(ii) Kemunculan semula Iinan Mahadi dan kumpulan orang vaug telah mati untuk memberi keadilan

(Sila lihat kitab 'Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, hlm 83).

(iii) Berpura-pura

(xi) Menolak Hadith yang diriwayatkan olek Ahli Sunnah Wal J

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top