2018 MarsdenLR 1794
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
KETUA PENDAKWA SYARIE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU LWN. XCXC
[Jenayah No: 11300-141-XXXX-2018]
Court affirmed its jurisdiction over cases in accordance with the Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, with a clear guilty plea as valid evidence.
Headnote:Statute Analysis: This case relates to an accusation of preparing to commit prostitution under section 25 of the Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, punishable by fines or imprisonment. Facts of the Case: The accused pleaded guilty to charges read on November 12, 2018, confirming understanding of the consequences.
Findings of Court:
The court accepted the guilty plea, affirming its satisfaction with the accused's understanding of the implications.
Issues: The court examined whether it had jurisdiction in this matter, particularly about the authority to impose penalties under the enacted laws regarding Islamic jurisdiction.
Ratio Decidendi: Jurisdiction was confirmed based on statutory provisions including sections 67, 68, and subsection 11(3) of the Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, affirming the court's authority in such cases.
Result: The court sentenced the accused to a fine of RM4,000 or 6 months' imprisonment for default. Goods seized were ordered for disposal within 14 days.
| Table of Content |
|---|
| 1. court's jurisdiction and statutory framework (Para 1 , 4 , 5) |
| 2. jurisdiction affirmed under syariah law. (Para 2 , 19 , 21) |
| 3. informed plea admitted in court. (Para 10 , 12) |
| 4. pain of judicial punishment is seen through mitigation. (Para 25) |
| 5. guilty plea confirmation and implications (Para 26 , 27) |
[1] Kes jenayah ini didengar di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, dengan kehadiran Pendakwa Syarie, Puan Khanurulhajja binti Mustaffa dari Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, dan Orang Kena Tuduh yang hadir secara bersendirian, maka pada hari ini Yang Arif Tuan Hakim membuat penghakiman seperti berikut.
[2] Kes yang disebut dan didengar di hadapan saya ini ialah tuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri di bawah s 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen dan Enakmen yang sama iaitu boleh didenda tidak melebihi lima (5) ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau disebat tidak melebihi enam (6) sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
[3] Di dalam kes ini, OKT mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas beliau itu tanpa sebarang syarat.
Fakta Kes
[4] Orang Kena Tuduh, XCXC, KP: 85XXXX-11-5XXX (selepas ini disebut 'OKT') yang ditangkap pada 17 Ogos 2018, jam lebih kurang 12:45 tengah malam hingga 1:15 pagi, di bilik No XX, Kijal XXXX, No XXX, KM28, Jalan Chukai-Dungun, Persiaran XXXXX, Pantai Kijal, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu dipertuduhkan atas perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri sepertimana termaktub di bawah s 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
[5] OKT ditetapkan tarikh sebutan pertama di Mahkamah pada tarikh 12 November 2018 di Dewan 3, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu. OKT hadir dan kata-kata tuduhan telah dibaca kepada OKT. Mahkamah terlebih dahulu beri penjelasan kepada OKT berkenaan dengan kesalahan dan kesan apa-apa pengakuan yang dibuat, dan bagi memberi ruang dan peluang OKT untuk benar-benar memahami pertuduhan ke atas beliau ini. OKT membuat pengakuan salah.
[6] Kemudian kata-kata tuduhan dibacakan semula, dan OKT tetap dengan pengakuan bersalah atas tuduhan tersebut. OKT akui tidak dipaksa mana-mana pihak.
[7] Seterusnya Mahkamah menegaskan lagi kesan dan akibat pengakuan OKT itu. Namun OKT masih mengaku salah. Oleh itu Mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah OKT tersebut.
[8] Pendakwa Syarie membentangkan fakta kes kepada OKT untuk direkodkan pengakuan, dan OKT telah membuat pengakuan bersetuju dengan fakta kes dan mengakuinya adalah benar.
[9] Setelah Mahkamah berpuashati dengan pengakuan OKT itu, Mahkamah telah sabitkan OKT bersalah dengan kesalahan atas perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri sepertimana termaktub di bawah s 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
[10] Mahkamah terlebih dahulu memberi peluang kepada OKT sama ada ingin meneruskan proses rayuan hukuman (mitigasi) pada hari ini atau ditangguhkan kepada masa lain, yang mana OKT boleh lebih bersedia bagi proses rayuan hukuman itu. OKT memohon untuk diteruskan rayuan hukuman (mitigasi) pada hari ini juga dan tidak mahu menangguhkan kepada masa lain kerana telah bersedia untuk buat rayuan hukuman (mitigasi). OKT juga memaklumkan tidak akan melantik mana-mana Peguam Syarie.
[11] Mahkamah meneruskan prosiding dengan mengarahkan OKT membuat rayuan hukuman (mitigasi) dan OKT telah membuat rayuan hukuman itu secara lisan di dalam Mahkamah dan direkodkan oleh Mahkamah.
[12] Seterusnya Mahkamah meneruskan prosiding dengan mengarahkan pihak pendakwaan mengemukakan hujah pihak pendakwaan secara lisan di dalam Mahkamah ini.
Isu Persoalan Pertama - Sama Ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidangkuasa
[13] Bidangkuasa Mahkamah adalah amat penting untuk diambil perhatian kerana tanpanya Mahkamah tidak boleh menghukum atas mana-mana kesa