MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA
LIM TIONG SENG & SATU LAGI LWN. PP
[Rayuan Jenayah No: J-05-41-2007 & J-05-42-2007]
| Table of Content |
|---|
| 1. charges against lim and wang. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. description of the events during the robbery. (Para 4 , 5 , 6 , 7) |
| 3. defense arguments of lim and wang. (Para 8 , 9 , 10 , 11 , 12) |
| 4. challenges to identification evidence. (Para 13 , 14 , 15) |
| 5. importance of identification in the trial. (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23) |
| 6. court's evaluation of identification credibility. (Para 24 , 25 , 26) |
| 7. legal tests for identification reliability. (Para 27 , 28 , 29) |
| 8. procedural fairness in identification parades. (Para 30 , 31 , 32) |
| 9. assessment of identification parade fairness. (Para 33 , 34 , 35) |
| 10. court's rationale for accepting evidence. (Para 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41) |
| 11. factors bolstering witness reliability. (Para 42 , 43 , 44) |
| 12. guidelines for evaluating identification evidence. (Para 45 , 46 , 47 , 48 , 49) |
| 13. conclusion on the sufficiency of evidence. (Para 50 , 51) |
| 14. court's findings on lim's culpability. (Para 52 , 53 , 54 , 55 , 56 , 57 , 58 , 59 , 60) |
| 15. court's findings on wang's culpability. (Para 61 , 62 , 63 , 64 , 65 , 66 , 67) |
| 16. final resolution of the appeals. (Para 68) |
Pertuduhan-pertuduhan
[1] Dalam Rayuan Jenayah No. 05-41-2007, perayu pertama Lim Tiong Seng ("Lim") telah dituduh di Mahkamah Tinggi dengan satu kesalahan melepaskan tembakan dengan senjatapi dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan, ketika melakukan kesalahan berjadual, iaitu rompakan, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 (Firearms (Increased Penalties) Act 1971) Akta 37 .
[2] Manakala dalam Rayuan Jenayah No: 05-42-2007, perayu kedua Wang Hup Huat ("Wang") telah dituduh di Mahkamah Tinggi yang sama, dengan kesalahan bahawa sebagai seorang rakan penjenayah kepada Lim, Wang berada bersama-sama dengan Lim di tempat kejadian di mana kesalahan di bawah s. 3 Akta 37 tersebut telah dilakukan oleh Lim, dan bahawa pada masa kesalahan tersebut dilakukan oleh Lim, Wang dengan semunasabahnya tahu bahawa Lim memiliki senjatapi. Ini adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 3A Akta 37 .
[3] Lim dan Wang telah dibicarakan dalam satu perbicaraan yang sama. Di akhir kes, Lim dan Wang telah didapati bersalah atas pertuduhan yang masing-masingnya dihadapi oleh mereka. Kedua-dua mereka telah disabitkan dan dikenakan hukuman mati mandatori masing-masingnya di bawah s. 3 dan 3A Akta 37 . Mereka telah mengemukakan rayuan ke mahkamah ini.
Fakta-Fakta Kes
[4] Pada 14 Julai 2001, Tan Teng Hock (SP5) dan Tan Siew Ping (SP6) berada di kedai ubat Eng Heng Chan kepunyaan bapa mereka di No. 765, Taman Anggerik, Jalan Parit Masjid, Pontian, Johor ("tempat kejadian"). Pada lebih kurang jam 5.10 petang pada tarikh tersebut, dua orang lelaki China masuk ke kedai tersebut. Salah seorang dari lelaki China tersebut (yang dicamkan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebagai OKT 1, iaitu Lim) telah bercakap dengan SP5 meminta SP5 memperkenalkan ubat untuk sakit pinggang. SP5 telah mengeluarkan beberapa jenis ubat kepada Lim. Lim minta SP5 kurangkan harga ubat tersebut. SP5 menjawab dengan menyatakan bahawa itu adalah harga yang paling murah. Kemudian, Lim telah mengeluarkan sepucuk pistol dan menyuruh SP5 keluarkan wang. SP5 menjawab bahawa di kedai itu tidak ada banyak duit. Lim minta RM10,000. SP5 menyatakan, "kalau awak nak saya boleh keluarkan wang perniagaan hari ini dan daripada saudara saya dan adik saya". Lim menjadi marah dan berkata, "kalau tiada RM10,000 saya akan tembak". Kemudian Lim telah menyuruh seorang lagi lelaki China yang masuk ke kedai tersebut bersamanya (dicamkan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebagai OKT2, iaitu Wang) untuk mengambil wang dari laci kaunter kedai tersebut. Semasa Lim memalingkan mukanya kepada Wang, SP6 telah mengambil sebatang besi dan memukul kepala Lim, tetapi Lim dapat menghalang besi itu dengan tangan kanannya. Pistol dipegang oleh Lim dengan tangan kirinya. Selepas menepis pukulan SP5 itu, Lim telah melepask
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.