2017 MarsdenLR 2889
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELANGOR
PENDAKWA SYARIE NEGERI SELANGOR LWN. KHALID ABDUL SAMAD
[Kes Jenayah No: 10003-137-0105-2013]
Teaching Islam requires authorization; failure to obtain it constitutes a legal offense under relevant laws.
Headnote:The case concerns a charge of teaching Islam without authorization under section 119(1) of the Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. The accused contended that he was merely sharing experiences without teaching. The court found that teaching, including giving sermons, requires authorization. The prosecution proved all elements of the charge beyond a reasonable doubt. The accused was convicted and fined RM2,900 or face imprisonment.
| Table of Content |
|---|
| 1. accusation of unauthorized teaching of islam. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. accused charged with teaching without authorization. (Para 4) |
| 3. prosecution's reliance on evidence of unauthorized teaching. (Para 5 , 6 , 10) |
| 4. court's decision affirming the need for authorization. (Para 7 , 40) |
| 5. evidence presented on the teaching without authorization. (Para 9) |
| 6. defense argues lack of clear definitions affects the charge. (Para 11) |
| 7. accused's previous attempts for authorization highlighted. (Para 27 , 28) |
[1] Dalam kes ini, tertuduh telah dipertuduhkan seperti berikut:
"Bahawa kamu, pada 16 Ogos 2011, pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam, telah mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah di dalam sebuah surau Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 42100, Daerah Klang dalam Negeri Selangor. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah di bawah s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen dan enakmen yang sama."
[2] Peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini dirujuk sebagai "EPAIS 2003") adalah seperti berikut:
Seksyen 119. Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.
(1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah s 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
[3] Setelah pertuduhan dibacakan, tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Tertuduh telah diwakili oleh Tuan Haji Muhammad bin Burok (Allahyarham) daripada Tetuan Muhammad & Co. Walau bagaimanapun Peguam Syarie tertuduh telah meninggal dunia setelah kes pembelaan tertuduh selesai sebelum pemfailan hujah di akhir kes pembelaan. Selanjutnya tertuduh telah melantik Tuan Dr Zulqarnain bin Lukman daripada Tetuan Asri Muda & Co bagi memfailkan penghujahan tertuduh di peringkat pembelaan kes.
[4] Pendengaran kes di peringkat kes pendakwaan (kes prima facie) telah dibuat di hadapan Tuan Hakim Tuan Norafizi Fitri bin Ab Manaf. Namun demikian atas persetujuan pihak-pihak kes ini telah disambung pendengaran di peringkat kes pembelaan tertuduh di hadapan Mahkamah ini berikutan hakim terdahulu berpindah.
B. Kes Di Peringkat Pendakwaan
[5] Dalam membuktikan kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 4 orang saksi yang terdiri daripada 3 Pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan seorang pegawai Bahagian Dakwah JAIS. Saksi-saksi pendakwaan ialah seperti berikut:
5.1. Mohd Hafidz Bin Ahman sebagai pegawai penyiasat (SP1);
5.2. Mohd Radzi Bin Saliman sebagai pegawai penyiasat (SP2);
5.3. Jamilah Binti Mohd Jamil sebagai urusetia Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (SP3); dan
5.4. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Nolin sebagai pegawai penyiasat (SP4).
[6] Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi Pendakwa, fakta kes pendakwaan diringkaskan seperti berikut:
6.1. Pada 16 Ogos 2011 sekitar jam 6.45 petang dalam perjalanan pulang SP1 telah dihubungi oleh pegawainya Encik Zaaba Bin Zakaria berkenaan untuk mengesahkan satu maklumat yang diterimanya berkenaan satu ceramah yang tiada tauliah yang akan disampaikan oleh tertuduh.
6.2. Sekitar jam 9.35 malam SP1, SP2 bersama 2 orang anggota penguatkuasa agama iaitu Zulhusham bin Zakaria dan Mohd Khairi bergerak ke tempat kejadian di Surau Taman Sri Sementa Klang. Sampai di lokasi jam 10.05 malam. Setiba di surau tersebut, SP1, SP2 dan 2 anggota lain melihat tertuduh sedang duduk di sebuah kerusi dan di hadapannya ada sebuah meja dengan berpakaian baju putih dan berkopiah hitam di dewan solat surau tersebut.
6.3. SP1, SP2 dan 2 anggota penguatkuasa tersebut mend

