2000 MarsdenLR 1056
ABDUL HAMID MOHAMAD
DURABLE CONCRETE SDN BHD – Appellant
Versus
TH UNIVERSAL BUILDERS SDN BHD – Respondent
Bagi pihak plaintif - KW Teng; T/n Micheal Lim & Wong Bagi pihak defendan - Saseedharan Menon; T/n Rajendram Assocs
An originating summons deemed abusive when issues already litigated in earlier proceedings are repetitively raised.
Headnote:This case involves an originating summons filed by the plaintiff seeking various declarations and reliefs related to a joint venture agreement. The court determined that the issues raised were already litigated and thus an abuse of process. Key legal principles from A. 18 k. 9 of the High Court Rules were referenced. The court found the originating summons to be vexatious and repetitive of prior proceedings, leading to dismissal.
| Table of Content |
|---|
| 1. filing an originating summons to seek declarations under a joint venture agreement. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
Abdul Hamid Mohamad H:
Melalui saman pemula plaintif memohon, secara ringkas:
(a) deklarasi bahawa penyingkiran plaintif oleh defendan daripada penyertaan lanjut dalam usahasama mengikut fasal 15.1.2(ii), perjanjian usahasama bertarikh 18 Ogos 1997 adalah tidak sah;
(b) deklarasi bahawa penyingkiran itu salah disisi undang-undang;
(c) suatu perintah bahawa defendan dikehendaki dalam tempoh tujuh hari menyerahkan penguasaan, pentadbiran dan pengurusan projek usahasama itu kepada plaintif; menyerahkan semua dokumen, suratcara, akaun dan lain-lain kepada plaintif; menyerahkan semua kereta, loji, peralatan dan lain-lain yang berkenaan dengan projek itu kepada plaintif; mematuhi semua kewajipan dan obligasinya di bawah fasal 15.2 perjanjian usahasama tersebut, dan membuat semua perkara lain yang perlu untuk memberi kesan kepada penggunaan fasal 15.1.2(ii) perjanjian Usahasama itu;
(d) injunksi menghalang defendan daripada campur tangan dalam hal projek tersebut;
(e) gantirugi; dan (f) kos.
Melalui saman dalam kamar (lampiran 6), defendan memohon perintah, yang lebih penting, bahawa saman pemula plaintif itu dibuang menurut A. 18 k. 9(1)(b), (c) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT 1980). Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak saya membenarkan permohonan defendan itu.
Undang-undang mengenai permohonan seperti ini amat jelas. Saya tidak akan mengulanginya. Malah fakta kes ini pun tidak perlu disebut secara terperinci, dalam keadaan kes ini.
Walaupun plaintif tidak langsung menyebutnya dalam afidavit menyokong saman pemulanya, tetapi apabila dibangkitkan, peguam plaintif mengakui bahawa defendan (sekarang) telah pun memulakan satu tindakan writ dalam tahun 1998 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Guaman No. D5-22-4802- 88. Dalam tindakan itu plaintif sekarang adalah defendan dan defendan sekarang adalah plaintif. Dalam alasan penghakiman ini saya akan menggunakan perkataan-perkataan "plaintif" dan "defendan" sebagai bermaksud plaintif dan defendan dalam saman pemula ini. Dalam tindakan itu defendan telah memohon perintah-perintah berikut, secara ringkas:
(a) deklarasi bahawa plaintif telah memungkiri perjanjian usahasama yang sama dan bahawa plaintif dilarang daripada menyertai dan/atau meneruskan penyertaan dalam projek itu;
(b) deklarasi bahawa defendan sebagai "continuing party" telah membuka satu Akaun Usahasama No. 10100195853 atas nama Usahasama di Bank Islam Malaysia pada 20 Julai 1998;
(c) deklarasi bahawa defendan berhak mengendalikan akaun tersebut;
(d) injunksi melarang plaintif campur tangan dalam pengendalian akaun itu;
(e) injunksi melarang plaintif campur tangan dalam hal usahasama itu;
(f) gantirugi; dan
(g) kos.
Adalah jelas bahawa perintah-perintah yang dipohon oleh defendan dalam tindakan itu adalah serupa dengan apa yang dipohon oleh plaintif dalam saman pemula ini.
Defendan juga dalam tindakan itu (lampiran 4) telah memohon melalui saman dalam kamar, perintah-perintah berikut, secara ringkas: (a) bahawa defendan diberi kebebasan untuk mengendalikan akaun usahasama itu;
(b) injunksi sementara melarang plaintif daripada campur tangan dalam pengendalian akaun itu; dan
(c) injunksi sementara melarang plaintif daripada campur tangan dalam projek itu.
Plaintif juga telah memfail saman dalam kamar dalam tindakan itu (lampiran 8), memohon perintah-perintah, secara ringkas:
(1) injunksi menghalang defendan daripada membuka atau meneruskan dengan pengendalian sebarang akaun bank atau kemudahan perbankan di bawah nama Usahasama TH Universal Builders-Durable Concrete atau apa-apa nama yang hampir-hampir sama tanpa plaintif dijadikan sebagai penandatangan bersama sehingga pertikaian di antara plaintif dan defendan dilupuskan melalui suatu forum berbidangkuasa atau perintah seterusnya.
(2) bahawa defendan hendaklah membenarkan plaintif, pengarah-pengara