SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2012 MarsdenLR 214

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM
MOHAMMAD KAMAL HOSSAIN LWN. SITI FARHAH MOHD AMIR AB HADI
[Saman No: 10400-049-0172 Tahun 2011]



Plaintiff failed to prove that expenditures were debts rather than gifts, leading to the dismissal of the claim against the Defendant.

Headnote:(A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 61(3)(b)(ii), Seksyen 72 - Tuntutan mengenai hutang dan pemberian dalam pernikahan - Plaintif menuntut Defendan membayar perbelanjaan yang ditanggung, tetapi Mahkamah mendapati tiada bukti yang menyokong tuntutan itu - Defendan dianggap tidak berhutang kerana tiada bukti mengenainya. (Paras 4, 10, 12, 25, 28)

(B) Bubang Pembuktian - Plaintif memikul beban membuktikan dakwaannya tetapi gagal melakukannya, menunjukkan bahawa perbelanjaan adalah pemberian, bukan hutang. (Paras 16, 22-26)

(C) Bidangkuasa Mahkamah - Mahkamah berpuashati bahawa ia mempunyai bidangkuasa untuk mendengar tuntutan berdasarkan Peruntukan Enakmen. (Paras 6, 7)

(D) Keputusan - Mahkamah menolak tuntutan Plaintif kerana tiada bukti kukuh. (Para 28)

Table of Content
1. marriage and initial circumstances. (Para 1 , 2 , 3)
2. claims for debts and expenditures. (Para 4 , 16 , 18)
3. jurisdiction over islamic marriage matters. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9)
4. burden of proof and legal precedents. (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
Muhamed Fouzi Mokhtar HMTS:

Fakta Kes

[1] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 1 Mei 2010 dan telah bercerai pada 2 Oktober 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selango Darul Ehsan. Plaintif kini tinggal di No 2A, Jalan Makmur 3/2, Serdang Heights, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan manakala Defendan pula tinggal di alamat No 287, Jalan Tengku Lela Segera, Kmapung Raja, 22200 Besut, Terengganu.

[2] Plaintif dan Defendan telah melangsungkan pertunangan pada 7 Mac 2009. Majlis pertunangan ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif yang mana majlis tersebut di adakan di Kelab Rekreasi Pandan Perdana, Ampang, Selangor. Semasa majlis pertunangan tersebut, Defendan telah meminta wang hantaran sebanyak RM8,686.86 serta sebuah kereta BMW untuk kegunaan Defendan. Plaintif mendakwa, Defendan telah curang terhadap Plaintif dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dalam tempoh pertunangan mereka. Plaintif juga terjumpa gambar-gambar Defendan bersama lelaki lain di dalam komputer riba (lap-top) Defendan yang juga dihadiahkan oleh Plaintif.

[3] Namun atas pujukan keluarga Defendan, Plaintif tetap melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 Mei 2010 dan yang diadakan disebelah rumah keluarga Defendan di Besut, Terengganu dengan segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif. Plaintif juga menegaskan bahawa sejak dari tarikh perkahwinan mereka sehingga tarikh kenduri di sebelah Plaintif, Defendan telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada Plaintif sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak. Defendan tidak tidur bersama Plaintif.

[4] Plaintif telah memfailkan permohonan supaya Mahkamah mengeluarkan suatu perintah bahawa Mahkamah mengisytiharkan bahawa segala kos perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Plaintif untuk Defendan, serta nilai barang-barang Plaintif yang diambil oleh Defendan, adalah hutang Defendan kepada Plaintif, berdasarkan peruntukkan s 61(3)(b)(ii), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003; dan supaya Mahkamah memerintahkan Defendan membayar semula kepada Plaintif, serta nilai barang-barang Plaintif yang diambil oleh Defendan, berjumlah sebanyak RM138,450.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Tiga Puluh Lapan Ribu Empat Ratus Lima Puluh), dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Perintah ini dikeluarkan.

[5] Saman kepada Defendan yang dibuat secara tampalan beijaya disempumakan dan Defendan hadir pada 21 September 2011 iaitu tarikh sebutan kes. Mahkamah telah mengarahkan agar Defendan memfailkan Pembelaan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh sebutan akan datan namun Defendan gagal memfailkannya. Kes seterusnya disebut pada 8 Disember 2011, 8 Disember 2012, 31 Januari 2012 dan 3 April 2012. Sepanjang prosiding berjalan Defendan hanya sekali sahaja hadir dan Mahkamah mengarahkan agar perbicaraan dijalankan secara sebelah pihak. Perbicaraan sepanjang prosiding kes ini dijalankan secara afidavit keterangan Plaintif.

Bidangkuasa Mahkamah

[6] Secara ringkas, bidangkuasa Mahkamah ini terhadap tuntutan yang dibuat oleh Plaintif adalah tertakluk kepada s 61(3)(b)(iii) EPAI 2003. Seksyen 61(3)(b)(iv) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan:

"Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(b) Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubung dengan:

Pertunangan, perkahwinan, ruju'.perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri:

apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyataka

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top