2012 MarsdenLR 2338
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM
MOHAMMAD KAMAL HOSSAIN LWN. SITI FARHAH MOHD AMIR AB HADI
[Saman No: 10400-049-0172 Tahun 2011]
Plaintif bertanggungjawab membuktikan kewujudan hutang yang dituntut dari Defendan akibat perbelanjaan perkahwinan; pembayaran dianggap sebagai pemberian, bukan hutang.
Headnote:(A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 61(3)(b)(ii) dan Seksyen 72 - Mahkamah berkuasa untuk mendengar tuntutan yang dibuat oleh Plaintif terhadap Defendan berhubung hutang akibat perbelanjaan perkahwinan dan pertunangan. (Paras 4, 6, 12)
(B) Beban Pembuktian - Plaintif bertanggungjawab membuktikan kewujudan hutang yang dituntut. Peruntukan mengenai beban pembuktian oleh pihak yang membuat affirmasi adalah relevan. (Paras 10, 12, 24)
(C) Pemberian dan Hutang - Mahkamah mendapati perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Plaintif adalah bentuk pemberian dan tidak berhutang. (Paras 22, 25)
Facts of the case:
Plaintif dan Defendan berkahwin pada 1 Mei 2010 dan bercerai pada 2 Oktober 2010. Plaintif menuntut pembayaran kembali kos perbelanjaan berkahwin dan barang-barang berjumlah RM138,450.00 dari Defendan, mendakwa Defendan curang semasa perkahwinan. (Paras 1, 4, 19)
Findings of Court:
Mahkamah mendapati Defendan tidak berhutang kepada Plaintif kerana tiada bukti jelas menunjukkan kewujudan hutang tersebut. (Paras 25, 28)
Issues: Mahkamah menguji kewujudan hutang akibat pemberian yang dituntut oleh Plaintif serta pembuktian oleh Plaintif.
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa asal keadaannya adalah Defendan tidak berhutang, melainkan Plaintif dapat membuktikan sebaliknya. (Paras 26, 27)
Result: Tuntutan Plaintif ditolak.
| Table of Content |
|---|
| 1. burden of proof in financial claims (Para 12 , 14 , 15) |
| 2. marital and financial responsibilities in marriage (Para 18 , 19) |
[12] Plaintif hendaklah memikul beban untuk membuktikan bahawa kesemua perbelanjaan yang telah digunakan semasa majlis pertunangan dan perkahwinan beserta pemberian-pemberian lain adalah sebagai suatu hutang Defendan kepada Plaintif bagi membolehkan Mahkamah ini memberikan penghakiman kes ini sebagaimana yang dipohon oleh Plaintif. Perkara ini telah diperuntukan di dalam s 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut;
"Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al-mudda 77) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Muda'a 'alaih)".
[13] Seksyen ini boleh dibaca bersama s 73 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang mengatakan;
"(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan disisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestuilah membuktikan bahawafakta itu wujud.
(2). Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletakpada orang itu".
[14] Secara prinsipnya, hanya Plaintif dan Defendan sahaja mengetahui samada kesemua dakwaan Plaintif tersebut adalah hutang atau suatu pemberian maka apabila Plaintif mendakwa ianya sebagai hutang maka pengetahuan berkaitan hutang tersebut hendaklah dibuktikan oleh pihak-pihak yang mengetahuinya berdasarkan peruntukan s 78 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan:
78. Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, maka beban membuktikanfakta itu terletak padanya.
[15] Sebagai contoh, di dalam kes Hawa Embong lwn. Ahmad Muda ; [2004] 17 (ii) JH 199 , Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu menolak sabitan tuntutan harta sepencarian kerana beban pembuktian (pembuktian fakta dan memberi keterangan) yang perlu bagi plaintif kemukakan untuk tuntutannya boleh disabitkan tidak sampai ke tahap yakin. Saksi-saksi Plaintif tidak tahu apakah yang dituntut oleh plaintif dan tidak tahu menahu berkenaan harta sepencarian yang dituntut oleh plaintif di mahkamah.
Samada Hutang Itu Wujud Atau Ia Bersifat Pemberian
[16] Plaintif memohon Mahkamah mengeluarkan suatu perintah bahawa Mahkamah mengisytiharkan bahawa segala kos perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Plaintif untuk Defendan, serta nilai barang-barang Plaintif yang diambil oleh Defendan adalah hutang Defendan kepada Plaintif. Plaintif juga Mahkamah memerintahkan Defendan membayar semula kepada Plaintif, serta nilai barang-barang Plaintif yang diambil oleh Defendan, berjumlah sebanyak RM138,450.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Tiga Puluh Lapan Ribu Empat Ratus Lima Puluh), dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Perintah ini dikeluarkan
[17] Semasa perkenalan, Defendan mengakui bahawa beliau seorang anak dara. dan seminggu sebelum mereka bertunang, ibu Defendan telah datang beijumpa Plaintif dan memberitahu perkara sebenar bahawa Defendan sebenamya seorang janda anak satu. Walaubagaimanpun, Plaintif terpaksa meneruskan juga pertunangan tersebut memandangkan persiapan telah dilakukan dan demi menjaga maruah kelurga Defendan terutama ibu Defendan.
[18] Plaintif mendakwa Plaintif dan Defendan telah melangsungkan pertunangan pada 7 Mac 2009. Majlis pertunangan ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif yang mana majlis tersebut di adakan di Kelab Rekreasi Pandan Perdana, Ampang, Selangor. Anggaran kos yang dikeluarkan oleh Plaintif untuk majlis pertunangan tersebut adalah lebih kurang RM30,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu). Semasa majlis pertunangan tersebut, Defendan telah meminta wang hantaran sebanyak RM8,686.86 serta sebuah kcreta BMW untuk kegunaan Defendan.
[19] Plaintif mendakwa Defendan telah curang terhadap Plaintif dan mempu