SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 2124

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
MALAYAN BANKING BERHAD LWN. ROBIAH ENDOT
[Guaman No: D-22A-459-2011]



The court ruled that unilateral mistakes in contract terms can only be rectified if there is clear evidence of the parties' original agreement, which was not established in this case.

Headnote:(A) Al-Bai Bithaman Ajil - Error in profit rate calculation - Plaintiff sought rectification of financing terms due to a unilateral mistake in profit rate, claiming RM99,775.68 as a result of applying an incorrect rate of 0.85% instead of 8.5% - Defendant countered denial of breach and claimed damages under Limitation Act 1953. (Paras 1-6, 10-11, 30-36)

Facts of the case:
Plaintiff initiated action against the Defendant due to a miscalculation in financing terms for a property purchase; the error affected the monthly payment and total sale price. Ultimately, the Defendant claimed breach of contract and negligence.

Findings of Court:
Court found Defendant did not know of the error at signing and established a unilateral mistake by the Plaintiff.

Issues: Court assessed whether the Plaintiff could rectify the contract terms and whether the Defendant proved claims of breach and negligence.

Ratio Decidendi: The court held the Plaintiff failed to prove that the Defendant agreed to changes in terms; as a result, rectification was denied.

Result: Plaintiff's claim dismissed with costs awarded against them.

Table of Content
1. basis of the plaintiff's claim (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 8)
2. defendant's counterclaims and assertions (Para 5 , 6)
3. summary of factual background and issues to be decided (Para 9)
4. nature of the al-bai bithaman ajil contract (Para 10 , 11 , 12 , 21)
5. conditions for rectification of contracts (Para 26 , 33)
6. establishment of unilateral mistake and its implications (Para 29)
7. court's decision on the plaintiff's claim (Para 39 , 40 , 41)
8. court's view on defendant's counterclaims (Para 46)
Tindakan

[1] Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap Defendan untuk mendapatkan perintah bagi membetulkan ("rectify") terma-terma kemudahan pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil yang ditawarkan oleh Plaintif dan diterima oleh Defendan melalui Surat Tawaran bertarikh 4 Januari 2000 yang berjumlah RM83,885.00 ("Kemudahan Tersebut").

[2] Mengikut Plaintif, ia menyedari terdapat kesilapan sewaktu pemerosesan Kemudahan Tersebut di mana kadar keuntungan yang salah telah digunakan. Kadar keuntungan yang sepatutnya ialah 8.5% dan bukannya 0.85% ("Kesilapan Tersebut").

[3] Berdasarkan kadar keuntungan yang sepatutnya, iaitu 8.5%, Plaintif menuntut terhadap Defendan sejumlah RM99,775.68 setakat 31 Disember 2007 bersama-sama dengan kos yang lain.

[4] Defendan mempertikaikan bahawa Plaintif mempunyai sebarang kausa terhadap Defendan kerana Defendan tidak pernah memungkiri sebarang perjanjian dengan pihak Plaintif. Sekiranya Plaintif mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan sekalipun (di mana dengan tegas dinafikan), kausa tindakan tersebut telah pun dihalang oleh had masa di bawah Akta Had Masa 1953 .

[5] Defendan menyatakan bahawa Surat Tawaran dan Perjanjian-Perjanjian yang berkaitan telah disemak oleh pegawai-pegawai Plaintif sebelum ditandatangani oleh Defendan. Defendan telah bersetuju dengan terma-terma yang diberikan oleh Plaintif terutamanya harga jualan balik adalah sebanyak RM110,892.93 sahaja iaitu berdasarkan keuntungan sebanyak 0.85%.

[6] Defendan telah mengemukakan tuntutan balas terhadap Plaintif dan memohon perintah-perintah seperti berikut:

(a) Suatu Deklarasi bahawa Plaintif, pekerja-pekerja dan/atau agen-agennya telah memungkiri kontrak iaitu terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian - Perjanjian bertarikh 17 Julai 2000 dengan Defendan;

(b) Suatu Deklarasi bahawa Plaintif, pekerja-pekerja dan/atau agen-agennya adalah bertanggungan kepada Defendan untuk kecuaian;

(c) Suatu Deklarasi bahawa Plaintif, pekerja-pekerja dan/atau agen-agennya telah mengingkari kewajipan fidusiari di antara Plaintif dan Defendan;

(d) Suatu Deklarasi bahawa Plaintif, pekerja-pekerja dan/atau agen-agennya adalah bertanggungan kepada Defendan di atas segala hasad dengki ("malicious prosecution"); dan

(e) Suatu Deklarasi bahawa Plaintif, pekerja-pekerja dan/atau agen-agennya telah menyalahgunakan proses Mahkamah yang Mulia ini dan proses Perbankan Malaysia untuk menindas Defendan.

[7] Justeru, Defendan memohon suatu penghakiman terhadap Plaintif untuk kerugian dan gantirugi seperti berikut:

(a) Gantirugi am sebanyak Ringgit Malaysia satu juta (RM1,000,000.00) sahaja;

(b) Gantirugi khas sebanyak Ringgit Malaysia sepuluh ribu (RM10,000.00);

(c) Kesemua pembayaran perbelanjaan yang telah dituntut dan/atau disebabkan oleh Plaintif dan dibayar oleh Defendan kepada Pihak Plaintif dan/atau mana-mana Pihak Ketiga disebabkan kesalahan Pihak Plaintif sendiri yang akan dinilaikan nanti;

(d) Faedah pada kadar 8% setahun di atas gantirugi am dan gantirugi khas dari tarikh di sini kepada tarikh pembayaran sepenuhnya;

(e) Apa-apa relif tambahan dan/atau yang selanjutnya yang difikirkan adil dan saksama oleh Mahkamah yang Mulia ini; dan

(f) Kos di atas dasar peguamcara dan anak guam.

Fakta Kes

[8] Bagi memahami isu-isu yang berbangkit, fakta kes perlu dinyatakan dan bolehlah diringkaskan seperti berikut:

(a) Defendan telah memasuki suatu Perjanjian Jual Beli bertarikh 31 Oktober 1999 dengan Projek Ikatan Rapi Sdn Bhd untuk membeli suatu hartanah yang dikenali sebagai Parcel No.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top