SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 1688

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PANG NYOKE LAN LWN. BERJAYA SOMPO INSURANCE BERHAD
[Rayuan Sivil No. R4-12B-79-2010]



A party's obligation to disclose material facts in an insurance application is critical; failure to do so must be substantiated by the insurer to justify claim denial.

Headnote:(A) Insurance Act 1996 - Section 149(4) - Contract of utmost good faith - The court highlighted the importance of full disclosure of material facts in an insurance proposal as vital for risk assessment. The insurer's denial of coverage due to nondisclosure following the insured's prior conditions was deemed inappropriate. (Paras 17, 30, 37)

(B) Evidence Act 1950 - Sections 101, 102, 103 - Plaintiff's burden - The burden of proving material nondisclosure lies with the defendant, who failed to substantiate claims against the plaintiff. The lack of the treating doctor's testimony weakened the defendant's position. (Paras 20, 26, 29)

Facts of the case:
The plaintiff challenged the trial court's ruling that dismissed her claim for insurance benefits totaling RM202,000 following her husband's accidental death. The defendant asserted nondisclosure of prior health conditions and another insurance policy.

Findings of Court:
The original court's findings were flawed due to its reliance on insufficient evidence regarding the insured's medical history and insurance disclosures. The appellate court found the previous ruling unjustifiable.

Issues: Determination of whether nondisclosure of material facts warranted denial of the insurance claim.

Ratio Decidendi: The insured's failure to disclose a prior health condition did not constitute grounds for rejection, particularly given the inadequacy of the defendant's evidence.

Result: Appeal allowed with costs awarded to the plaintiff.

Table of Content
1. insurer's obligations concerning policy disclosures. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. defendant's stance on non-disclosure of material facts. (Para 6)
3. court's assessment of the materiality of non-disclosure. (Para 7)
4. court's initial findings and reasoning. (Para 8)

[1] Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif (Plaintif) iaitu pewaris yang dinamakan dalam polisi insuran kemalangan yang telah diambil oleh simati yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menolak tuntutan beliau terhadap Responden/Defendan (Defendan) dengan kos.

[2] Kedua-dua pihak dalam rayuan ini akan dirujuk seperti pihak asal dalam prosiding di Mahkamah Sesyen.

Tuntutan Plaintif

[3] Tuntutan Plaintif timbul dari satu polisi insuran kemalangan yang telah diambil oleh suami Plaintif iaitu mendiang Low Poh Lye (simati) dengan Defendan pada 9 Febuari 2006 untuk jumlah perlindungan sebanyak RM202,000.00 dengan bayaran premium sebanyak RM382.50.

[4] Adalah satu fakta yang tidak dipertikaikan, sebelum polisi yang dipertikaikan ini simati pernah membeli polisi insuran daripada En Choo Kong Meng (SD2) sejak tahun 1993 yang bertindak sebagai agen insuran bagi pihak Hong Leong Assurance (HLA). Pada tahun 1996, simati telah menukar perlindungan insuran kepada insuran Defendan di mana SD2 juga bertindak sebagai agen apabila SD2 telah menjadi agen Defendan.

[5] Pada 13 Oktober 2006, simati telah terlibat dengan kemalangan dan telah meninggal dunia pada 14 Oktober 2006. Plaintif telah membuat tuntutan jumlah perlindungan sebanyak RM202,000.00 kepada Defendan di bawah polisi insuran tersebut tetapi ditolak oleh Defendan.

Kes Defendan

[6] Defendan mengakui bahawa mereka telah menerima laporan tentang kemalangan yang menimpa simati tetapi tidak mengaku bahawa Defendan bertanggungan untuk membuat bayaran terhadap tuntutan Plaintif. Alasan penafian tanggungan Defendan ialah simati telah gagal mematuhi syarat (4) polisi tersebut apabila gagal mendedahkan kepada Defendan melalui borang cadangan polisi kemalangan ini bahawa beliau mempunyai polisi lain dari Great Eastern Life Assurance (Great Eastern) dan telah melanggar syarat (1) apabila gagal untuk menyatakan penyakit 'hypertension' dan 'hypercholesterolaemia'.

Keputusan Mahkamah Sesyen

[7] Mahkamah Seyen bersetuju dengan pembelaan Defendan dan telah menolak tuntutan Plaintif kerana berpendapat terdapat ketidakdedahan fakta material (nondisclosure of material facts) oleh simati semasa mengemukakan permohonan insuran (D4).

[8] Dipetik pendapat hakim bicara seperti berikut-

"Saya mendapati bahawa polisi adalah jelas maksudnya dan boleh diberi penafsiran secara terus. Saya tidak boleh memberi penafsiran yang berlainan dari apa yang terkandung di dalam polisi yang dimasuki oleh simati. Fakta dengan jelas menunjukkan bahawa simati mempunyai satu insuran hayat yang lain yang gagal dimaklumkan kepada Defendan. Fakta juga menunjukkan bahawa simati mempunyai penyakit "hypertension" dan "hypercholesterolaemia" dan ini juga gagal dimaklumkan kepada Defendan."

Keterangan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top