2000 MarsdenLR 962
HISHAMUDIN YUNUS
KUAH CHIEW ANN – Appellant
Versus
PENDAFTAR HAKMILIK TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN – Respondent
Bagi pihak plaintif - SL Tan; T/n SL Tan & Assoc Bagi pihak defendan - Narimah; Peguam Persekutuan
The correction of errors in land title documents under section 380 lies solely with the Registrar, not the court.
Headnote:Di bawah peruntukan s. 380 Kanun Tanah Negara, permohonan plaintif untuk meminda nombor kad pengenalan dalam dokumen hakmilik didapati tidak bermerit. Mahkamah memutuskan bahawa kuasa untuk melakukan pembetulan ini terletak kepada pendaftar hakmilik, bukan mahkamah. Permohonan ditolak kerana tidak mengikuti prosedur yang betul, dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk bertindak dalam hal ini. Hasil keputusan adalah penolakan permohonan.
| Table of Content |
|---|
| 1. facts regarding the correction of identification number. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
Hishamudin Yunus H:
Saman pemula ini merupakan suatu permohonan oleh plaintif untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan defendan, Pendaftar Hakmilik, Wilayah Persekutuan, supaya meminda nombor kad pengenalannya yang tercatat dalam dokumen hakmilik pendaftaran (register document of title) dan dokumen hakmilik keluaran (issue document of title) berkaitan dengan geran pajakan Negeri No. Hakmilik: 17835. Lot 34748 Mukim Petaling. Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan K.L.
Plaintif mendakwa bahawa geran pajakan berkenaan didaftarkan atas namanya tetapi mengandungi nombor kad pengenalan seperti berikut:
Kuah Chiew Ann, No. kp: 700305-10-5031
Plaintif mendakwa bahawa satu kesilapan telah berlaku. Plaintif mendakwa bahawa nombor kad pengenalannya yang sebenarnya ialah "700305-10-6031". Dalam ertikata yang lain, kesilapan terdapat hanya pada angka "5" yang terdapat dalam nombor terakhir "5031": angka yang sebenarnya, mengikut plaintif, ialah angka "6" supaya nombor terakhir itu dibaca "6031".
Plaintif mendakwa bahawa kesilapan ini berpunca dari "kesilapan penaipan di atas borang pindahmilik tanah". Pihak yang menyediakan borang itu yang sepatutnya mencatitkan nombor kad pengenalan plaintif sebagai "700305-10- 6031", telah melakukan kesilapan dengan mencatatkan nombor kad pengenalan plaintif sebagai "700305-10-5031".
Mengikut peguam plaintif, Encik SL Tan, plaintif pada mulanya telah merujuk perkara ini kepada pendaftar hakmilik, Wilayah Persekutuan, tetapi telah dinasihatkan supaya merujuk kepada mahkamah.
Puan Narimah, peguam kanan persekutuan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendaftar hakmilik, Wilayah Persekutuan, tidak membantah permohonan plaintif.
Saya telah menolak permohonan ini. Saya berpendapat bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk membuat arahan yang dipohonkan itu, walaupun pendaftar hakmilik tidak membantah permohonan plaintif.
Pada pandangan saya, dalam hal-keadaan seperti ini, tindakan yang sepatutnya diambil oleh plaintif ialah untuk merujuk kepada pendaftar hakmilik, Wilayah Persekutuan, di bawah peruntukan s. 380 Kanun Tanah Negara .
Permohonan hendaklah disokong dengan suatu akuan berkanun dan dengan melampirkan dokumen-dokumen yang diakuisah yang berkaitan.
Seksyen 380 Kanun Tanah Negara memperuntukkan seperti berikut:
380. Correction of errors in documents of title, etc.
(1) Where the Registrar is satisfied -
(a) that any document of title has been registered or issued in the wrong name, or contains any mis-description of land or boundaries, or other error or omission, or
(b) that any memorial or other entry has been made in error on any document of title or other instrument relating to land, or
(c) that any memorial or other entry made on any such document of title or instrument itself contains any error or omission,
he may, subject to sub-sections (2) and (3), make such correction on the document or interest in question as may be appropriate in the circumstances of the case.
(2) The State Director may if he thinks fit direct that, in such cases or class or classes of case as may be specified in the direction, the powers conferred by sub-section (1) shall not be exercisable in respect of land held under Land Office title, or the corresponding form of qualified title except with his prior approval.
(3) The said powers shall not without his prior approval be exercised so as to affect any plan prepared by or on behalf of the Director of Survey, except in cases where he had taken action under section 396A.
(4) The Registrar shall maintain for the purposes of this section a book, to be called the "Correction Note-book", in which he shall record details of all corrections made by him thereunder.
Dalam akuan berkanunnya pemohon hendaklah dengan secara jelas dan terperinci menerangkan -
(a) apakah kepentingannya berkaitan dengan dokumen yang berkenaan:
(b) apakah kesilap