SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2011 MarsdenLR 1333

ROSLAN MAT NOR
ZAINAL MAHAT – Appellant
Versus
TERREAL MALAYSIA SDN BHD – Respondent



Dismissal of an employee must be based on reasonableness, considering the nature of the misconduct and the employee's prior record, as courts will not interfere with disciplinary decisions of employers unless deemed unjust.

Headnote:(A) Employment Relations Act, 1967 - Section 30(5) - Employment dismissal - The Claimant was dismissed after being found guilty of three offenses including altering attendance records, providing false testimony, and smoking in the workplace. The parties agreed to submit written arguments regarding the fairness of the dismissal without witnesses. The Court emphasized adherence to fundamental principles of justice and fairness in matters of internal investigations, and established that the dismissal was just and reasonable based on the offenses committed, while recognizing the importance of an employee's prior record and service length in determining appropriate disciplinary actions. (Paras 1-11)

(B) Principles of Judicial Review - Courts generally do not interfere with disciplinary decisions of employers unless the decision is deemed unreasonable or lacks justification. The Court reaffirmed the standard of a reasonable employer in assessing dismissal fairness. (Paras 7-10)

Findings of Court:
The dismissal was held to be fair and justified based on the established misconduct.

Issues: The Court addressed whether the dismissal was fair based on the Claimant's misconduct and prior service record.

Ratio Decidendi: Dismissal is to be measured against the standards of a reasonable employer. The Court reiterated that it should not substitute its views for those of the employer, except in cases of proven unfairness.

Result: Claim dismissed.

Table of Content
1. grounds for dismissal and case agreement. (Para 1 , 2)
2. fairness of the dismissal decision. (Para 3 , 5)
3. arguments regarding severity of misconduct. (Para 4 , 8)
4. investigation findings leading to dismissal. (Para 6)
5. court's authority and equitable principles. (Para 7 , 9 , 10)
AWARD

Fakta Kes

1. Pihak Menuntut telah dibuang kerja setelah panel siasatan dalaman yang diadakan pada 22.08.2006 telah mendapati Pihak Menuntut bersalah di atas tuduhan-tuduhan seperti berikut :

1. Mengubah suai waktu masuk kerja pada borang "attendance form" yang bertarikh 5/8/06 iaitu 7.45am diubah kepada 6.45am.

2. Dengan sengaja memberikan keterangan palsu terhadap waktu kedatangan tuan dengan melibatkan kesalahan pihak lain.

3. Merokok di tempat kerja (Lab) pada 10/8/06 jam 10.30 pm.

Pihak Menuntut telah bekerja dengan syarikat Pihak Responden mulai 10.04.1997. Sebelum dibuang kerja, Pihak Menuntut bekerja sebagai Pembantu Makmal dan berpendapatan RM 1,200.00 sebulan.

2. Sebelum kes dimulakan untuk perbicaraan, pihak-pihak telah memaklumkan kepada Mahkamah mereka telah bersetuju bahawa pihak-pihak akan hanya mengemukakan hujahan sama ada pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah adil dan beralasan tanpa mengemukakan saksi-saksi di Mahkamah. Pihak-pihak telah bersetuju di atas perkara-perkara berikut :

"a) Fakta-fakta di dalam pernyataan kes dan jawapan.

b) Keterangan-keterangan pernyataan saksi Pihak Responden.

c) Catatan di dalam siasatan dalaman tidak dipertikai oleh pihak-pihak.

d) Pihak-pihak bersetuju mengenai salah laku yang dipertuduh kepada Pihak Menuntut.

e) Pihak-pihak akan hanya berhujah sama ada keputusan pembuangan kerja itu adalah adil dan beralasan berdasarkan salah laku dilakukan oleh Pihak Menuntut."

Persetujuan kedua-dua pihak berkenaan isu-isu di atas adalah bertujuan bagi memastikan bahawa masa tidak dibuang di Mahkamah oleh pihak-pihak sekiranya perbicaraan dijalankan sepenuhnya. Pada hemat Mahkamah, tindakan yang diambil kedua-dua peguam Pihak Menuntut dan peguam Pihak Responden adalah sesuatu yang balk dan terpuji bagi membolehkan perbicaraan dijalankan dengan cepat di Mahkamah ini. Walau bagaimanapun, Mahkamah harus memastikan bahawa segala isu yang dibangkitkan melalui hujahan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan sebagai eksibit seharusnya diteliti dengan berhati-hati oleh Mahkamah ini bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan untuk kedua-dua belah pihak. la lebih penting lagi dalam kes ini kerana pihak-pihak tidak mengemukakan keterangan lisan di Mahkamah. Ini bermakna kebolehterimaan keterangan-keterangan saksi tidak dicabar kerana saksi-saksi tersebut tidak boleh diperiksa balas oleh pihak lawan.

3. Pada masa yang sama, Mahkamah juga mendapati bahawa isu utama dalam kes ini ialah sama ada keputusan untuk membuang kerja Pihak Menuntut adalah sesuatu yang adil dan beralasan. Ini adalah kerana Pihak Menuntut menyatakan di dalam hujahan mereka bahawa hukuman yang dikenakan oleh Pihak Responden adalah tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Menuntut. Di samping itu, Pihak Responden juga telah dikatakan gagal mengambil kira tempoh perkhidmatan dan rekod baik Pihak Menuntut sebelum ini semasa memutuskan untuk membuang kerja Pihak Menuntut.

Hulahan Pihak-Pihak

4. Pihak Responden dalam hujah mereka menyatakan bahawa Pihak Menuntut melalui peguamcara mereka telah mengakui ketiga-tiga salah laku yang dikemukakan kepada beliau. Oleh itu, isu yang harus dilihat dalam kes ini sama ada kesalahan yang dilakukan mewajarkan Pihak Menuntut dibuang kerja. Sementara itu, Pihak Menuntut berhujah bahawa pembuangan kerja beliau adalah tidak adil dan tidak beralasan kerana Pihak Responden tidak mengambil kira rekod perkhidmatan Pihak Menuntut sebelum ini di samping gagal mempertimbangkan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Menuntut.

Penilaian Mahkamah

5. Oleh kerana pihak-pihak telah bersetuju berkenaan salah laku yang dilakukan oleh Pihak Menuntut yang mana Pihak Menuntut telah mengakui salah laku

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top