SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 3828

MAHKAMAH SESYEN TAIPING
MOHD ZAIMI BASIR LWN. NADARAHAH RAMIAH
[Saman No: 53-279-2008]



Petitioner Advocates:Harbhajan Kaur ,Respondent Advocate: Jesvin Kaur Jessy

The court established that negligence by the defendant caused the accident, warranting full liability and substantial damages awarded to the plaintiff for injuries and loss of earnings.

Headnote:(A) Tort Law - Liability in Road Traffic Accidents - The court found the defendant liable for 100% in a road traffic accident where the plaintiff suffered injuries. Damages awarded include RM94,000 in general damages, RM22,337 in special damages, and RM41,400 for loss of earnings, with interest rates specified. (Paras 1, 16, 29)

(B) Standard of Proof - The plaintiff must prove their claim on the balance of probabilities. The court ruled that the plaintiff had successfully demonstrated their case against the defendant. (Paras 18, 29)

Facts of the case:
The plaintiff, a motorcyclist, was injured in an accident involving the defendant's lorry on 30 September 2007. The plaintiff claimed damages for his injuries sustained in the accident. (Paras 1, 4)

Findings of Court:
The court concluded that the defendant was negligent in operating the lorry, leading to the accident. The plaintiff's claims for damages were found to be credible and substantiated by evidence. (Paras 16, 29)

Issues: The main issues were the determination of liability and the quantum of damages for the injuries sustained by the plaintiff. (Paras 1, 16)

Ratio Decidendi: The court emphasized that the defendant's negligence directly resulted in the accident, and the evidence favored the plaintiff’s account of the incident. The assessment of damages was deemed fair and reasonable based on the injuries sustained. (Paras 18, 29)

Result: The plaintiff was awarded damages as claimed, amounting to RM94,000.00 in general damages and additional claims for loss of income and special damages.

Table of Content
1. final ruling on liability and compensation awarded. (Para 1)
2. defendant's arguments on liability and causation explored. (Para 2 , 18)
3. undisputed facts surrounding the accident established. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 8 , 10 , 12 , 14)
4. witness testimonies on accident conditions and plaintiff's actions (Para 13)
5. court's analysis on defendant's negligence. (Para 16 , 17)
6. details on compensation quantified and awarded. (Para 19 , 21 , 26)
7. proof of damages and impact on plaintiff’s work (Para 20)

[1] Dalam kes ini plaintif menuntut gantirugi am dan khas dari defendan atas kecederaan yang beliau alami akibat kemalangan jalanraya melibatkan kenderaan kedua-dua pihak. Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah ini membuat keputusan bahawa defendan harus liable 100% dalam kemalangan ini. Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif sebanyak 100% dengan kos. Mahkamah membenarkan gantirugi am sebanyak RM94,000.00 dan gantirugi khas RM22,337.00 dan kehilangan pendapatan sebanyak RM41,400.00 dengan kos dan faedah 8% setahun atas gantirugi am dari tarikh pemfailan saman ke tarikh penghakiman dan 4% setahun atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman, dan selepas itu 8% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh.

[2] Pihak defendan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah di atas kini merayu terhadap keputusan mahkamah atas kedua-dua liabiliti dan kuantum.

Fakta Yang Tidak Dipertikaikan

[3] Plaintif adalah penunggang motorsikal No ADL 7500 manakala defendan adalah pemandu dan pemilik motorlori No WK 4049 pada masa material.

[4] Kemalangan berlaku antara motorsikal plaintif dan motorlori defendan pada 30 September 2007 jam lebih kurang 3.30 petang di KM 68.6 Jalan Sitiawan - Taiping.

Fakta Atas Liabiliti

Keterangan Pegawai Penyiasat Sarjan 92627 Shaharuddin Abdul Malek

[5] Saksi ini sampai ke tempat kejadian pada 4.05 petang. Beliau menyediakan rajah kasar tempat kejadian exh P1 dan kunci P1K dan gambar tempat kejadian exh P2A-F.

[6] Merujuk kepada rajah kasar "P1", motorlori defendan dari arah bawah ke atas manakala plaintif dari atas ke bawah. Kesan "C" dalam rajah kasar merupakan kesan serpihan komponen motorsikal di laluan plaintif, berhampiran dengan garisan tengah jalan yang mana diikuti kesan gurisan atas permukaan jalan bermula dari kesan "C" menghala ke garisan kembar tengah jalan "A2", dengan ditanda sebagai "B2-B-B1".

[7] Kerosakan motorsikal plaintiff:

(a) tempat pemijak kaki depan kiri dan kanan bengkok

(b) brek kaki bengkok

(c) gear bengkok

(d) penghadang angin kanan pecah

(e) cover sisi kanan belakang pecah

(f) cermin sisi kiri patah

(g) handle bengkok

(h) cover depan lampu pecah dan calar

[8] Motorlori defendan hanya mengalami kesan calar sedikit di bahagian tayar kembar belakang kanan.

[9] Jalan di tempat kejadian berselekoh sedikit. Keadaan cuaca baik, jalan kering pada masa kejadian.

[10] Saksi berkata menurut percakapan defendan pada polis, beliau nampak motorsikal plaintif dari arah hadapan semasa mengambil selekoh terus menghala pada motorlori dia dan melanggar tayar belakang motorlori.

[11] Hasil siasatan, saksi ini bercadang hendak mengambil tindakan terhadap pemandu motorlori di bawah r 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan.

Keterangan Plaintif

[12] Plaintif berkata pada tarikh kejadian jam lebih kurang 3.30 petang semasa beliau menunggang motorsikal No ADL 7500 dari arah atas ke bawah rajah kasar melalui tempat kejadian, beliau nampak motorlori trailer defendan dari arah bertentangan telah memasuki laluan plaintif. Plaintif mendakwa beliau dalam keadaan kelam kabut cuba brek tetapi tidak sempat elak lalu terlanggar motorlori defendan di bahagian ekor motorlori. Selepas kemalangan ini plaintif ada membuat laporan polis NO 6449/07 pada Disember 17, 2007 exh P6.

[13] Plaintif berkata pada tarikh kejadian beliau menunggang motorsikal di tengah-tengah laluan beliau di "A2-A3" dengan kelajuan 60-70 km/j. Plaintif tidak bersetuju bahawa beliau me

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top