2024 MarsdenLR 2801
MAHKAMAH SESYEN PASIR MAS
PENDAKWA RAYA LWN. MR YAKAREYA ARWAESUEMAE & SATU LAGI
[No Kes: DJ-62-41-09/2023]
Undang-undang spesifik melarang jaminan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, mengutamakan prinsip 'Generalia Specialibus Non Derogant'.
Headnote:(A) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 - Seksyen 8 - Permohonan jaminan bagi kesalahan di bawah undang-undang spesifik tidak boleh diberi jaminan - Mahkamah menolak permohonan jaminan atas alasan seksyen tersebut melarang jaminan bagi kesalahan yang dituduh. (Paras 4, 9, 15)
(B) Kuasa kehakiman - Mahkamah mempertimbangkan isu kuasa kehakiman dalam konteks undang-undang yang menghalang jaminan - Prinsip 'Generalia Specialibus Non Derogant' digunakan untuk menegaskan bahawa undang-undang spesifik mengatasi undang-undang am. (Paras 5, 10, 14)
(C) Dissenting opinions - Mahkamah berbeza pendapat dengan keputusan terdahulu mengenai interpretasi kuasa kehakiman dan larangan jaminan. (Paras 10, 12)
Facts of the case:
Tertuduh telah didapati memiliki senjata api dan amunisi tanpa lesen. Tertuduh pertama mengaku salah dan dijatuhi hukuman. Permohonan jaminan oleh tertuduh kedua ditolak oleh mahkamah.
Findings of Court:
Mahkamah menegaskan bahawa tiada jaminan boleh diberikan untuk kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Issues: Adakah seksyen 12 Akta tersebut menghalang kuasa kehakiman untuk mempertimbangkan jaminan?
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang spesifik menghalang pemberian jaminan, menekankan prinsip 'Generalia Specialibus Non Derogant'.
Result: Permohonan jaminan ditolak.
PENGHAKIMAN
[1] OKT-OKT telah dihadapkan ke Mahkamah ini dengan pertuduhan berikut:
Pertuduhan Pertama:
"Bahawa kamu bersama-sama pada 1 September 2023 jam lebih kurang 1.30 pagi, bertempat di LOT 15005 Taman Sri Anggun, Jalan Rantau Panjang Gual Nering Pasir Mas di dalam Daerah Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan didapati memiliki sepucuk Revolver Buatan Smith & Wesson, No Siri: 48758B22, MADE IN USA .38 S&W SPL, dengan menyalahi undang-undang dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."
Pertuduhan Kedua:
"Bahawa kamu bersama-sama pada 1 September 2023 jam lebih kurang 1.30 pagi, bertempat di LOT 15005 Taman Sri Anggun, Jalan Rantau Panjang Gual Nering Pasir Mas di dalam Daerah Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan didapati memiliki: i) 5 butir amunisi .38 casing berwarna emas, dan bullet berwarna emas bertulisan PMC 38 SPL, ii) 1 butir amunisi .38 casing berwarna perak, dan bullet berwarna kelabu bertulisan A USA 38 SPL tanpa lesen, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah s 8(a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] dan boleh dihukum di bawah s 8 Akta yang sama dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."
[2] Pada 7 November 2023, OKT Pertama telah mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut. Sehubungan itu OKT Pertama didapati salah dan sabit dengan kedua-dua pertuduhan. OKT Pertama dijatuhkan dengan hukuman sebagaimana diperuntukkan di bawah kedua-dua pertuduhan.
[3] Pada 28 November 2023, peguambela telah membuat permohonan lisan bagi OKT Kedua dibenarkan jaminan sementara pelupusan kes. Mahkamah ini telah mendengar hujahan-hujahan pihak OKT Kedua dan pihak Pendakwaan serta menetapkan keputusan bagi permohonan ini pada 5 Disember 2023. Pada 5 Disember 2023, Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut atas alasan-alasan yang diperincikan di perenggan-perenggan selanjutnya.
[4] Pihak Pendakwaan berhujah bahawa s 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [selepas ini dirujuk sebagai s 8 FIPA] ialah kesalahan yang tidak boleh diberi jaminan langsung (unbailable). Seksyen 12 FIPA memperuntukkan bahawa tiada jaminan boleh dibenarkan bagi kesalahan di bawah FIPA. Atas prinsip "Generalia Specialibus Non Derogant" FIPA ialah undang-undang spesifik yang mempunyai peruntukan spesifik yang melarang jaminan bagi kesalahan di bawah FIPA. Oleh itu, s 388(1) KTJ adalah tidak terpakai dalam permohonan di hadapan Mahkamah ini.
[5] Pihak Pendakwaan telah merujuk kepada kes Suresh Kumar Velayuthan v. PP ; [2020] 4 CLJ 270 yang mana Hakim memutuskan bahawa:
"(4) Sekiranya hujahan yang dikemukakan oleh pihak-pihak adalah betul dan s 13 Akta adalah ultra viresperkara 121(1) Perlembagaan dan oleh itu melanggar Perlembagaan, ini akan bermaksud bahawa apa-apa permohonan untuk memberikan ikat jamin akan kembali kepada s 388 Kanun Tatacara Jenayah ('KTJ'). Kesan dari ini adalah, akan tidak menghiraukan prinsip 'generalia specialibus non derogant', yang bermaksud bawah satu Akta am yang dibuat tertakluk kepada Akta spesifik. Oleh itu, adalah jelas niat Parliamen bahawa peruntukan ikat jamin dalam s 13 Akta berniat untuk mengatasi peruntukan am berkaitan ikat jamin dibawah s 388 KTJ. Oleh itu, s 13 Akta adalah terpakai untuk kesalahan dibawah Akta tersebut dan bukannya peruntukan KTJ apabila berkaitan dengan ikat jamin. Dalam keadaan ini, peruntukan s 13 Akta yang secara mutlak tidak membenarkan ikat jamin untuk individu yang dipertuduhkan dengan kesalahan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan keganasan dan dibawah mana tertuduh dipertuduhkan adalah sah di sisi undang-undang dan tidak ultra viresperkara 121(1) atau perkara 8 Perlembagaan."
[6] Pihak OKT Kedua pula berhujah bahawa s 12 FIPA adalah tidak sah kerana bertentangan dengan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kuasa kehakiman (judicial power) ke atas Mahkamah. Seksyen 12 FIPA adalah "ultra vire