SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1995 MarsdenLR 951

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
CYMUN DEVELOPMENT SDN BHD LWN. SUPERMAX SDN BHD
[Companies (Winding-Up) No: 28-41-1994]



Petitioner Advocates:Benothini Bascaran ,Respondent Advocate: YS Leong

PENGHAKIMAN

Faiza Tamby Chik H:

[1] Dalam kes ini si responden berhutang dengan si pempetisyen sebanyak RM15,377.25 bersama dengan bunganya pada kadar 8% setahun daripada 3 Julai 1991 sehingga tarikh penghasilan. Jumlah itu adalah suatu hutang penghakiman dibawah A 26A yang diperolehi si pempetisyen pada 12 Mac 1993 melalui Saman No SI-52-567-91 di Mahkamah Sesyen di Shah Alam dihadapan seorang Majistret disitu. Saman itu diasaskan pada barang-barang yang telah dijual dan diserahhantar. Dalam afidavit pengarah urusannya bertarikh 29 Oktober 1994, si responden mengikrarkan bahawa ianya mempunyai tuntutan balas terhadap si pempetisyen sejumlah RM48,518.68; kerananya perintah penggulungan yang dipohon oleh si pempetisyen itu tidak sepatutnya dibuat sehingga tuntutan balas yang melebihi hutang yang dituntut didengar. Oleh hal yang demikian si responden menafikan bahawa ianya tidak mampu membayar hutangnya.

[2] Dapat diperhatikan bahawa si responden adalah sebuah syarikat yang berniaga terutamanya dalam perniagaan sarong tangan getah dan ejen komisen. Dalam pernyataan kewangannya yang berakhir pada 31 Mei 1992 ditunjukkan bahawa ianya mencapai keuntungan sebelum cukai sebanyak RM285,182 (lihat eks ST-4). Perlu diperhatikan juga bahawa daripada bulan Jun 1992 si responden telah berhenti berniaga dan daripada tarikh tersebut ianya telah tidak aktif lagi.

[3] Dalam hujahnya di Mahkamah Peguambela bagi pihak responden menekankan bahawa notis permintaan (demand notice) di bawah s 218 Akta Syarikat 1965 (Akta tersebut) telah dihantar ke alamat perniagaan bukannya ke alamat berdaftar responden. Kerananya permintaan (demand) si pempetisyen itu tidak mematuhi secara ketat pada peruntukan s 218(2)(a) Akta tersebut yang memerlukan meninggalkan dipejabat berdaftar responden permintaan itu. (Lihat kes Re Yap Kim Kee & Sons Sdn Bhd, [1990] 2 MLJ 108 dan kes Re Perusahaan Jenwatt Sdn Bhd; [1990] 2 MLJ 178; [1990] 2 CLJ (Rep) 151). Jadinya hujah Peguambela itu, permintaan itu adalah buruk (bad) disisi undang-undang. Seterusnya Peguambela itu menghujahkan bahawa pihak pempetisyen hendaklah membuktikan dengan jelas bahawa pihak responden tidak mampu membayar hutangnya dan dalam menentukan samada syarikat itu adalah tidak mampu membayar hutangnya Mahkamah hendaklah mengambilkira tanggungan syarikat yang dijangkakan atau prospektif. (Lihat s 218 (2)(c) Akta tersebut). Oleh sebab itu anggapan yang dibuat oleh Chan Hoong Mun, pengarah urusan si pempetisyen dalam perenggan 6.1 afidavitnya (lihat Lampiran (5)) adalah suatu salah anggapan kerana tidak ada sokongan keterangan langsung. Dalam kes Securicor (M) Sdn Bhd v. Universal Cars Sdn Bhd; [1985] 1 MLJ 84 diputuskan bahawa:

It is not the neglect to meet the demand of the creditor that gives the jurisdiction to the Court to order that the company be wound up but the inability of the company to pay its debts. It is the presumption arising from the neglect to meet the demand that gives the Court the jurisdiction. This presumption is rebuttable.

[4] Dalam kes ini, hujah Peguambela itu lagi terdapat suatu tuntutan balas yang melebihi hutang terhadap si pempetisyen kerananya anggapan itu telah tersangkal.

[5] Perkara yang perlu dipertimbangkan disini ialah adakah dengan memfailkan suatu notis rayuan pada 16 Mac 1993 terhadap hutang penghakiman itu tanpa memohon penggantungan pelaksanaannya sehingga kesaat ini boleh dianggap bahawa hutang penghakiman itu ditikaikan secara bona fide dan kerana itu perintah penggulungan tidak boleh dibuat (lihat kes Ng Ah Kway v. Tai Kit Enterprise Sdn Bhd, [1986] 1 MLJ 58 dan Re Mechanised Construction Pte Ltd; [1989] 3 MLJ 9) dan dalam suasana demikian jalan yang teratur bagi si pempetisyen adalah untuk memfailkan suatu tindakan sibil untuk menentukan tuntutan yang ditikaikan itu. Perlu diperhatikan bahawa hutang penghakiman itu diperolehi dibawah A 26A Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980; iaitu suatu penghakiman terus yang pada intinya beralaskan bahawa si responden tidak mempunyai

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top