SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 501

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
TAN TAI KWAN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: W-09-71-04/2023]



Petitioner Advocates:Wong Chiang Kiat,Jason Ng Kau,Michelle Paula Liong ,Respondent Advocate: Aznika Mohd Anas,Nurul Qistini Qamarul Abrar,Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal

The statutory presumption under Section 50 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act applies, placing the burden on the accused to prove that the money given was not a bribe.

Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 - Seksyen 17(b) dan Seksyen 24 - Tertuduh didakwa memberi suapan kepada pegawai kerajaan untuk mengelakkan tindakan undang-undang - Mahkamah Sesyen membebaskan Tertuduh, tetapi Mahkamah Tinggi mendapati sabitan dan menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM30,000.00 - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan silang Pendakwa Raya dan mengenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM95,250.00. (Paras 4, 22, 64, 66)

(B) Prinsip Undang-Undang - Anggapan statutori di bawah s 50 ASPRM terpakai, beban pembuktian terletak pada Tertuduh untuk membuktikan bahawa wang yang diberikan bukan suapan - Keterangan pendakwaan yang kukuh membuktikan setiap intipati pertuduhan. (Paras 12, 50)

(C) Isu Pertuduhan - Pertuduhan tidak cacat walaupun terdapat kesilapan tarikh pada izin Pendakwa Raya - Ketiadaan saksi material tidak memprejudiskan kes pendakwaan. (Paras 24, 30, 46)

(D) Rayuan Silang - Mahkamah Rayuan berpendapat hukuman asal terlalu ringan dan tidak mencerminkan keseriusan kesalahan. (Paras 54, 64)

PENGHAKIMAN

Azman Abdullah HMR:

A. Latar Belakang Kes

[1] Tertuduh, Tan Tai Kwan (No. K/P: 691113-01-5651) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan satu pertuduhan di bawah s 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM) dan boleh dihukum di bawah s 24 Akta yang sama kerana telah secara rasuah memberikan sejumlah wang RM19,050.00 kepada Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara ("JPN") iaitu Rosidi bin Basri ("KSP1"), supaya tidak diambil tindakan undang-undang terhadap Tertuduh dan seorang rakan wanitanya bernama Li Ting ("SD3") yang disyaki melakukan kesalahan masing-masing di bawah Peraturan 25(1)(n) dan Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

[2] Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah sebagaimana berikut:

"Bahawa kamu, pada 28 Jun 2018 jam lebih kurang 09:00 malam, di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya di dalam Wiiayah Persekutuan Putrajaya, teiah secara rasuah memberi satu suapan, iaitu wang tunai RM19,050.00 kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, Rosidi Bin Basri, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai dorongan supaya tidak melakukan satu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipainya, iaitu tidak mengambil tindakan ke atas kamu dan seorang lagi individu warganegara China bernama Li Ting kerana telah melakukan satu kesalahan masing-masing di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24 Akta yang sama.

Hukuman:

(a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

(b) Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu didapati dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. "

[3] Tertuduh tidak mengaku bersalah, justeru satu perbicaraan penuh dijalankan. Di akhir kes pembelaan, Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") telah melepaskan dan membebaskan Tertuduh daripada pertuduhan.

[4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya telah merayu ke Mahkamah Tinggi. Setelah mendengar rayuan Pendakwa Raya, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi ("YA HMT") telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya di mana Tertuduh didapati bersalah sebagaimana pertuduhan, disabitkan dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama satu (1) hari dan denda sebanyak RM30,000.00, gagal bayar, enam (6) bulan pemenjaraan.

[5] Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan keputusan YA HMT telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman, dan telah didaftarkan sebagai Rayuan Jenayah No.: W-09-71-04/2023. Pendakwa Raya juga telah membuat rayuan silang terhadap hukuman yang telah diberikan oleh YA HMT, dan telah didaftarkan sebagai Rayuan Jenayah No.: W-09-80-04/2023.

B. Kes Pendakwaan

[6] Semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen, kes pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

i) Pada 28 Jun 2018, SP3 (Pegawai JPN) serta pasukannya telah pergi ke Bank CIMB cawangan Bandar Puteri, Puchong dan telah menahan dan membawa balik ke Ibu Pejabat JPN, Putrajaya seorang warganegara China bernama Li Ting (SD3) kerana disyaki melakukan satu kesalahan berkaitan pemalsuan kad pengenalan (MyPR). Li Ting (SD3) telah di bawa ke Ibu Pejabat JPN, Putrajaya untuk tindakan lanjut.

ii) Sebelum dibawa ke Putrajaya, Li Ting (SD3) telah menghubungi kawannya, Tan Tai Kwan iaitu Tertuduh. Li Ting tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Apabila Tertuduh tiba di Bank CIMB cawangan Bandar Puteri tersebut, Tertuduh telah cuba memujuk dan merayu kepada Pegawai JPN supaya tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Li Ting (SD3). Walau bagaimanapun, Pegawai JPN tidak mengendahkan rayuan dan pujukan Tertuduh tersebut. Tertuduh turut dibawa bersama ke Ibu Pejabat JPN, Putrajaya kerana Li Ting (SD3)


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top