MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD ZULRAIMI MOHD TARMIZI
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Orang kena saman (OKS) di dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah seperti berikut:
"Bahawa kamu pada 30 Disember 2018 jam lebih kurang 4.30 pagi di dalam bilik, di Hotel Ksl Hotspring, jalan Delima 3/1 Johor Bahru, di dalam Negeri Johor dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas perempuan bernama Fatin Syairah Binti Muh Puzi (K/P: 900401086364) oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh di hukum di bawah s 323 Kanun Keseksaan ."
[2] OKS tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan telah mohon dibicarakan. OKS telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1,500.00 dengan seorang penjamin.
[3] Pihak pendakwaan telah mengemukakan enam orang saksi bagi membuktikan kes prima facie terhadap OKS. Ia terdiri daripada:
i. SP1 - Dr Muhammad Nur' Azmi bin Mohd (Doktor yang menyediakan Laporan Perubatan)
ii. SP2 - Fatin Syairah binti Muh Puzi (Pengadu)
iii. SP3 - Dr Ooi Mei Xuan (Doktor yang merawat Pengadu)
iv. SP4 - Dr Nor Azmi bin Mohamad @ Ghazali (Doktor Swasta di Hospital Islam Azzarah)
v. SP5 - Muh Puzi bin Muh Saad (Bapa Pengadu)
vi. SP6 - Insp Siti Masitah binti Ali Murtada
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.