2024 MarsdenLR 2877
MAHKAMAH MAJISTRET KUANTAN
ZAHARAH ABDUL GHANI LWN. KERAJAAN NEGERI PAHANG & YANG LAIN
[Kes Guaman No: CA-A71KJ-2-04/2021]
The plaintiff failed to establish negligence or liability against the defendants due to insufficient evidence and a significant delay in filing a police report.
Headnote:(A) Civil Liability - Standard of Proof - The standard of proof in civil cases is 'on the balance of probabilities' - The plaintiff's claim for damages due to an accident on 11 January 2019 was dismissed as the evidence was insufficient to establish liability against the defendants - The court emphasized that the plaintiff's delay in filing a police report and lack of credible evidence undermined their case. (Paras 17, 61, 62)
(B) Negligence - Burden of Proof - Once a prima facie case of negligence is established, the burden shifts to the defendant to provide a reasonable explanation to negate negligence. (Paras 18, 22)
(C) Evidence - Admissibility of Secondary Evidence - The court ruled that photographs taken by the plaintiff's child were inadmissible due to failure to produce the original device used for capturing the images, thus failing to meet the requirements of the Evidence Act. (Paras 30, 35)
(D) Causation - The court found that the plaintiff's familiarity with the road and the existence of alternative paths indicated that the accident was primarily due to the plaintiff's carelessness rather than the alleged road defects. (Paras 42, 61) (E) Quantum of Damages - The court provided a breakdown of damages but ultimately ruled against the plaintiff due to lack of liability. (Paras 61, 63)
PENGHAKIMAN
A. Latar Belakang
[1] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah bagi ganti rugi am, ganti rugi khas, kos, faedah serta relif-relif berikutan daripada satu kemalangan yang berlaku pada 11 Januari 2019 pada jam lebih kurang 12.00 tengahari di mana Plaintif telah menunggang sebuah motosikal bernombor pendaftaran CAC 6074 dari Jalan Bukit Ubi menghala ke Cenderawasih, Kuantan Pahang. Apabila Plaintif tiba berhampiran dengan Kubur Cina di Jalan Bukit Setongkol menghala ke Cenderawasih, Plaintif telah mengalami kemalangan jalanraya. Plaintif menyatakan bahawa beliau telah terlanggar lubang yang ada di atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan tersebut.
[2] Defendan Pertama ialah penaung utama bagi Defendan Kedua yang merupakan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang dan melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugasnya sebagai ejen dan/atau pekerja dan/atau pengkhidmat bagi pihak dan dengan kebenaran Defendan Pertama.
[3] Defendan Ketiga ialah sebuah syarikat yang dilantik oleh Defendan Kedua untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas jalan yang berkenaan dan Defendan Ketiga melakukan kerja-kerja dan tugasannya sebagai ejen dan/atau pekerja dan/atau pengkhidmat kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua.
[4] Plaintif dalam tuntutannya menyatakan kemalangan yang berlaku terhadapnya adalah disebabkan oleh kecuaian sepenuhnya dan/atau sebahagiannya sumbangan daripada Defendan Ketiga daripada menjalankan tugas-tugas dan kerja-kerjanya sebagai ejen dan/atau pengkhidmat dan/atau pekerja dan dengan kebenaran daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua, dan juga kecuaian sepenuhnya dan/atau sebahagiannya cuai sumbangan daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang bertanggungjawab di atas kecuaian Defendan Ketiga secara vikarius.
B. Kes Plaintif
[5] Plaintif telah memanggil saksi-saksi berikut bagi membuktikan tuntutannya terhadap Defendan Pertama hingga Defendan Ketiga:
I. SP 1 - Zaharah binti Abdul Ghani;
II. SP 2 - Muhammad Khairul Azman bin Abdullah;
III. SP 3 - Mohamad Farhan bin Azhan;
IV. SP4 - Tham Pei Jing; dan
V. SP 5 - Sarjan Erman bin Mawar.
[6] Plaintif dalam keterangannya telah menyatakan bahawa pada 11 Januari 2029 jam lebih kurang 12.00 tengahari, Plaintif yang sedang menunggang motorsikal bernombor pendaftaran CAC 6047 telah terlanggar lubang di sebelah kiri jalan yang dilaluinya, iaitu di jalan berhampiran Kubor Cina, laluan Jalan Bukit Setongkol ke Cenderawasih, di Kuantan, Negeri Pahang Darul Makmur.
Keterangan Plaintif:
(Pernyataan Saksi PSP1)
S: Ada terlibat di dalam kemalangan jalanraya pada 11 Januari 2019?
J: Ada.
S: Di manakah kemalangan tersebut berlaku?
J: Berhampiran Kubor Cina, Jalan Bukit Setongkol ke Cenderawasih, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
S: Bawa kenderaan apa?
J: Motorsikal No CAC6074.
S: Arah perjalanan kamu dari mana ke mana?
J: Dari Jalan Bukit Ubi ke Cenderawasih. (Rajah Kasar - bawah ke atas)
S: Terangkan bagaimana kemalangan berlaku?
J: Apabila saya sampai di berhampiran Kubor Cina, Jalan Bukit Setongkol ke Cenderawasih, saya telah terlanggar lubang di sebelah kiri jalan dan terjatuh di tepi jalan.
S: Di kawasan mana lubang tersebut?
J: Di atas jalan laluan saya, di sebelah kiri jalan.
[7] Disebabkan kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang selama enam (6) hari.
[8] Plaintif dalam tuntutannya menyatakan bahawa kemalangan tersebut adalah berpunca daripada kecuaian Defendan Ketiga daripada menjalankan tugas-tugas dan kerja-kerjanya sebagai agen dan/atau pengkhidmat dan/atau pekerja dan dengan kebenaran daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua, dan juga oleh kecuaian sepenuhnya dan/atau sebahagiannya cuai sumbangan daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang bertanggungjawab di atas kecuaian Defendan Ketiga secara vikarius (vicarously).
[9] Saksi Plaintif Kedua (SP2) merupakan anak kandung kepada Plaintif. SP2 menyatakan bahawa pada 11 Januari 2019, beliau telah menerima