2008 MarsdenLR 3843
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
GUNASEGARAN KRISHNASAMY DAN SEORANG PERAYU YANG LAIN - Appellant
Versus
KOPERASI BELIA MAJUJAYA (M) BERHAD - Respondents
AWARD NO: 858 TAHUN 2008 (KES NO: 5/1 - 103/08)
Decided On : 05/16/2008
Bagi Pihak Pengadu - Peter Kandiah; MTUC
Bagi Pihak Responden - tidak hadir
Encik Gunasegaran A/L Krishnasamy dan Seorang Perayu Yang Lain ("Pengadu") telah membuat pengaduan di bawah Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 ("Akta") bahawa Koperasi Belia Majujaya (M) Berhad ("Responden") telah tidak mematuhi Award No. 1474 Tahun 2007 dalam Kes No. 25/2-1333/05.
AWARD
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Encik Gunasegaran A/L Krishnasamy, Pihak Pengadu Pertama dan Encik Viknesvaran A/L Santhara Sakaran, Pihak Pengadu Kedua pada 8 Januari 2008 terhadap Koperasi Belia Majujaya (M) Berhad, Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 1474/2007 yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 17 Julai 2007 menurut Kes No. 25/2-1333/05.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan kali kelima pada 15 Mei 2008 dengan kehadiran Encik Peter Kandiah dari M.T.U.C., sebagai wakil kedua-dua Pihak Pengadu. Encik Peter Kandiah memaklumkan Mahkamah bahawa oleh kerana tidak terdapat apa-apa maklum balas daripada Pihak Responden selama ini, beliau memohon untuk menarik balik kes ini dengan kebebasan untuk memohon semula.
Memandangkan Pihak Responden tidak dapat dikesan selama ini, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membenarkan permohonan Pihak-Pihak Pengadu Pertama dan Kedua dan seterusnya membatalkan kes ini dengan kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula dalam tempoh Tiga Bulan dari tarikh Award ini.