2008 MarsdenLR 1042
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
KANG JU NIE - Appellant
Versus
INFOTECH ACCORD SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 985 TAHUN 2008 (KES NO: 5(20)/4 - 1441/06)
Decided On : 06/04/2008
Peguamcara Pihak Menuntut - Jeremy Tan; T/n Jeremy & Sazlin
Peguamcara Pihak Responden - Domnic Selvam; T/n Shima Rajandran Domnic & Co
Bagi Pihak Responden - Tharmaindran K Gannasin ( Timbalan Pengarah Urusan)
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Puan Kang Ju Nie (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Infotech Accord Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 4 Julai 2005.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Kang Ju Nie, Pihak Menuntut, pada 4 Julai 2005.
Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 2 Jun 2008 dengan kehadiran Encik Jeremy Tan dari Tetuan Jeremy & Sazlin, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Domnic Selvam dari Tetuan Shima Rajandran Domnic & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Tharmaindran a/l K Gannasin, Timbalan Pengarah Urusan Pihak Responden turut hadir. Encik Jeremy Tan memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan seterusnya memohon Award Persetujuan dikeluarkan menurut terma-terma penyelesaian seperti berikut:
(1) Tanpa sebarang pengakuan liabiliti Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut jumlah penyelesaian sebanyak RM7,800.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Lapan Ratus sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini dengan cara seperti berikut:
Bayaran pertama hendaklah dibuat dengan cek post-dated dengan amaun RM2,800.00 pada 13 Jun 2008 dan baki sebanyak RM5,000.00 hendaklah dijelaskan dengan Lima ansuran bulanan yang sama sebanyak RM1,000.00 setiap satu pada atau sebelum 15 haribulan Julai, Ogos, September, Oktober dan Noverber 2008 masing-masing;
(2) Kesemua pembayaran tersebut melalui cek post-dated hendaklah diedarkan kepada peguamcara Pihak Menuntut dalam rekod pada atau sebelum 13 Jun 2008; dan
(3) Akibat penyelesaian ini, kedua-dua pihak tidak akan ada apa jua tuntutan terhadap satu sama lain darihal pekerjaan dahulu Pihak Menuntut dengan Pihak Responden.
Encik Domnic Selvam dan Encik Tharmaindran mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.