2008 MarsdenLR 1078
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
IGLO (M) SDN BHD - Appellant
Versus
SOOSAI SOOSAI - Respondents
AWARD NO: 1518 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-2969/06)
Decided On : 08/28/2008
Bagi Pihak Menuntut - A Balasubramaniam; MTUC
Bagi Pihak Responden - Sonia Abraham; T/n Azman Davidson & Co
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Soosai a/l Soosai (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Iglo (M) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 16 Disember 2005.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Soosai a/l Soosai, Pihak Menuntut, pada 16 Disember 2005.
Kes ini yang separuh dibicara, telah dibangkitkan untuk sebutan pada 28 Ogos 2008 dengan kehadiran Encik A. Balasubramaniam dari M.T.U.C, yang mewakili Pihak Menuntut dan Cik Sonia Abraham dari Tetuan Azman Davidson & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut turut hadir. Cik Sonia Abraham memaklumkan Mahkamah bahawa kes ini telah diselesaikan di antara kedua-dua pihak. Encik A. Balasubramaniam mengesahkan kes ini telah selesai dan seterusnya memaklumkan bahawa Pihak Menuntut menarik balik kes ini. Pihak Menuntut juga mengesahkan hasratnya untuk menarik balik kes ini. Cik Sonia Abraham selanjutnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula.
Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.