SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 1628

CHEW SOO HO
INDUSTRIAL COURT (KUALA LUMPUR)
BALACHANTHIRAN NAVARATNAM - Appellant
Versus
ESWERA BUMI RESOURCES (M) SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 1070 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-1642/05)
Decided On : 06/18/2008

Advocates:
Peguamcara Pihak Menuntut - T Stanley (MTUC) dan Ravindra Murugavell; T/n Murugavell Arumugam & Co
Peguamcara Pihak Responden - Ten Yee Phor dan Nor Suhaila Mat Nudin; T/n Ten & Colin
Bagi Pihak Responden - M Pathmavathy (Ketua Pegawai Eksekutif)

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Balachanthiran s/o Navaratnam (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Eswera Bumi Resources (M) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 25 Julai 2001.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Balachanthiran s/o Navaratnam, Pihak Menuntut, pada 25 Julai 2001.

Kes ini yang mana perbicaraan telah bermula pada 27 Februari 2008 dibangkitkan untuk sambungan perbicaraan pada 18 Jun 2008 dengan kehadiran Encik T. Stanley dari M.T.U.C. bersama dengan Encik Ravindra Murugavell dari Tetuan Murugavell Arumugam & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Ten Yee Phor bersama Cik Nor Suhaila Mat Nudin dari Tetuan Ten & Colin, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Responden Puan M. Pathmavathy turut hadir. Encik Ten Yee Phor memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai suatu penyelesaian damai di dalam kes ini dan Pihak Menuntut ingin menarik balik kes beliau. Encik Ravindra Murugavell mengesahkan kenyataan ini dan memohon kes ini ditarik balik. Encik Ten Yee Phor seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula.

Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.

Dengan itu, tarikh sambungan bicara yang dijadualkan pada 19 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 adalah dilapangkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top