SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 1627

HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
HONEY LEE AI TENG - Appellant
Versus
IS PREMIER FOOD SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 1066 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4-17/07)
Decided On : 06/18/2008

Advocates:
Kedua-dua pihak - Tidak hadir

RUJUKAN:

INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja PUAN HONEY LEE AI TENG (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh IS PREMIER FOOD SDN BHD (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 21 Jun 2005.

AWARD

RUJUKAN INI ditetapkan untuk sebutan hari ini pada 18 Jun 2008. Pada jam 10.20 pagi Mahkamah dimaklumkan bahawa pihak Yang Menuntut dan pihak Syarikat tidak hadir.

Peguam bagi pihak Yang Menuntut iaitu Tetuan J. Azmi & Associates telah menarik dari daripada mewakili Yang Menuntut melalui surat bertarikh 29 Mei 2008. Syarikat pula telah diletak di bawah Likuidasi. Peguam yang mewakili pihak Yang Menuntut ketika itu memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak Yang Menuntut tidak akan membuat permohonan untuk ;joinder'.

Yang Menuntut telah dimaklumkan oleh Mahkamah mengenai tarikh sebutan hari ini melalui surat bertarikh 30 Mei 2008 yang telah dihantar melalui pos biasa dan AR berdaftar. Mengikut rekod Yang Menuntut tidak pernah hadir ke Mahkamah. Hanya peguam yang mewakili Yang Menuntut pada masa itu yang hadir. Walau bagaimanapun peguam yang mewakili Yang Menuntut telah menarik diri.

Mahkamah berpendapat ketidakhadiran Yang Menuntut ke Mahkamah ini menunjukkan beliau tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan rujukannya. Mahkamah berpendapat tidak ada gunanya untuk memberi tarikh sebutan baru kepada Yang Menuntut dan terus menangani rujukan ini kerana Yang Menuntut sendiri tidak proaktif untuk bertanyakan keadaan kesnya sendiri.

DENGAN INI saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan dengan kebebasan memfail semula dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh award ini diturunkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top