SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 842

CHEW SOO HO

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
MATSUSHITA ELECTRICAL INDUSTRIA CO (M) BERHAD - Appellant
Versus
LETCHEMANA RAO SEETHAMBARAN - Respondents

AWARD NO: 773 TAHUN 2008 (KES NO: 5/1 - 1721/07)
Decided On : 05/05/2008

Advocates:
Bagi Pihak Pengadu - R Thayalan; T/n Ramadass & Associates
Bagi Pihak Syarikat - R Naidu, Pengarah Sumber Manusia Syarikat
Bagi Pihak Responden - Tidak Hadir

Rujukan:

Matsushita Electrical Industrial Co. (M) Berhad ("Pengadu") telah membuat pengaduan di bawah Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 ("Akta") bahawa Letchemana Rao s/o Seethambaran ("Responden") telah tidak mematuhi Award No. 1378 Tahun 2006 dalam Kes No. 27/4-1137/05.

AWARD

Pengaduan ini adalah dikatakan difailkan oleh Matsushita Electrical Industrial Co. (M) Berhad sebagai Pihak Pengadu pada 23 Ogos 2007 terhadap Letchemana Rao s/o Seethambaran, Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 1378/2006 yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2006 menurut Kes No. 27/4-1137/05 (kemudian ini dikenali sebagai "Award tersebut").

Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 2 Mei 2008 dengan kehadiran Encik R. Thayalan dari Tetuan Ramadass & Associates, peguamcara yang mewakili Matsushita Electrical Industrial Co. (M) Berhad dan Dr. R. Naidu, Pengarah Sumber Manusia Syarikat yang sama. Encik R. Thayalan memaklumkan Mahkamah bahawa anak guamnya langsung tidak memfailkan pengaduan kes ini untuk ketidak-patuhan Award Mahkamah tersebut. Award tersebut menunjukkan Mahkamah No. 27 telah membatalkan kes Pihak Menuntut kerana wakil Pihak Menuntut tidak hadir Mahkamah dan tidak mematuhi arahan Mahkamah tetapi Pihak Menuntut diberi kebebasan untuk memfailkan kesnya semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Award tersebut. Maka ia kelihatan suatu kesilapan. Disamping itu, alamat Pengadu yang tercatat di Borang S bukan alamat anak guamnya dan Pihak Syarikat tidak ada perusahaan di Semenyih. Encik Thayalan seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan kerana tiada merit ketidak-patuhan.

Memandangkan Borang S menyatakan bahawa pengaduan ini difailkan oleh Matsushita Electrical Industrial Co. (M) Berhad dan Pihak Syarikat menegaskan bahawa ia tidak memfailkan pengaduan kes ini, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top