2009 MarsdenLR 4912
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR
SUNGEI WAY MANAGEMENT SDN BHD
Versus
MARNEYHARAN JHOTHYMANI MUTHOO
AWARD NO: 715 TAHUN 2009 (KES NO: 28/4-2145/06)
Decided On : 12 JUN 2009
Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik Marneyharan Jhothymani A/L Muthoo (Yang Menuntut) oleh Sungei Way Management Sdn. Bhd. (Responden) pada 5.7.2005. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 4.10.2006.
2. Pada hari ini kedua-dua pihak telah memaklumkan kepada Mahkamah mereka telah berjaya mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes ini.
3. Pihak Menuntut memohon kes ini ditarikbalik. Mahkamah membatalkan kes ini.
4. Mahkamah ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua Pihak Menuntut dan Responden kerana berjaya menyelesaikan pertikaian perusahaan ini. Di samping itu, sekalung pujian juga dirakamkan kepada kedua-dua pihak, di atas daya usaha dan kesungguhan mereka melakukan perundingan sehingga penyelesaian ini dapat dicapai. Semoga semangat ini akan dapat diteladani oleh pihak-pihak lain yang terlibat di dalam pertikaian perusahaan bagi menjamin keharmonian perhubungan perusahaan di Malaysia.