2008 MarsdenLR 4188
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLY DAUD DAN SEORANG PERAYU LAIN - Appellant
Versus
SHIN-ETSU (MALAYSIA) SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 0302 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 1755/07)
Decided On : 02/22/2008
Yang Menuntut Kedua - Hadir
Bagi Pihak Syarikat - Mohd Akhir Hj Hamzah; MEF
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK AZIZI BIN SULONG (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut Kedua") dan SEORANG PERAYU YANG LAIN oleh SHIN-ETSU (MALAYSIA) SDN. BHD. (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 21.02.2007.
AWARD
RUJUKAN INI telah ditetapkan untuk sebutan hari ini pada 20.02.2008. Yang Menuntut Kedua hadir sementara Lt. Kol (B) Hj. Mohd Akhir bin Hj. Hamzah dari MEF mewakili pihak Syarikat.
Pihak-pihak memaklumkan kepada Mahkamah bahawa rujukan ini telah dapat diselesaikan secara persetujuan dengan muktamadnya mengikut terma dan syarat-syarat persetujuan seperti berikut:-
1) Bahawa tanpa pengakuan liabiliti oleh Syarikat, Syarikat bersetuju membayar 7 bulan gaji beserta elaun kesemuanya berjumlah RM4,599.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus Sembilan Puluh Sembilan Sahaja) kepada Yang Menuntut Kedua.
2) Yang Menuntut Kedua menerima penyelesaian ini sebagai penyelesaian penuh dan muktamad. Yang Menuntut Kedua tidak dibenarkan untuk memfailkan kes berkaitan dengan kes ini berhubung dengan perkhidmatannya dalam Syarikat ini.
3) Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 2 (dua) minggu dari tarikh ini iaitu pada atau sebelum 5 Mac 2008.
Dengan pengesahan terma dan syarat oleh pihak-pihak, Mahkamah sewajarnya merekodkan suatu award persetujuan dengan terma dan syarat yang dipersetujui yang disebut di atas.