RICHARD MALANJUM HB (SABAH & SARAWAK) , NIK HASHIM HMP , HASHIM YUSOFF HMP
MAHKAMAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA
MITSUI SUMITOMO INSURANCE (MALAYSIA) BHD - Appellant
Versus
ASEAN SECURITY PAPER MILLS SDN BHD - Respondents
(RAYUAN SIVIL NO: 02-17-2006 (A))
Decided On : 01/16/2008
Nik Hashim HMP
Latar Belakang
[1] Pada 2 Februari 2007, mahkamah ini telah membenarkan rayuan perayu dengan kos, dan mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan responden dan perintah keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan semula.
[2] Berikutan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, pihak responden telah memfailkan satu notis usul untuk mahkamah ini mengkaji semula keputusan tersebut. Notis usul ini masih belum dilupuskan lagi.
[3] Fakta kes dan alasan penghakiman mahkamah ini jelas sebagaimana dilaporkan menerusi [2007] 2 CLJ 1; [2007] 2 AMR 329; [2007] 2 MLJ 301. Oleh itu, kami mengadaptasi dan mengguna pakai fakta kes tersebut tanpa perlu mengulanginya di sini.
Permohonan Penggantungan Pelaksanaan
[4] Menerusi notis usul kandungan 40(a), pihak responden memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:
(a) bahawa pelaksanaan dan/atau penguatkuasaan Perintah Mahkamah yang mulia ini bertarikh 2 Februari 2007 dan khususnya bahagian Perintah tersebut yang mengembalikan semula Penghakiman Mahkamah Tinggi Ipoh Guaman Sivil No. 22-211-1990 bertarikh 12 Mei 2000 digantung sementara menunggu penyelesaian penuh dan muktamad permohonan responden yang difailkan di sini pada 16 Februari 2007;
(b) bahawa kos bagi permohonan ini menjadi kos dalam permohonan;
(c) relif lanjut sedemikian atau relif lain yang dianggap sesuai dan wajar oleh mahkamah yang mulia ini.
Alasan Permohonan
[5] Sebagaimana yang dinyatakan menerusi afidavit sokongan dan hujahan pihak responden, di antara alasan yang mendasari permohonan penggantungan pelaksanaan perintah Mahkamah Persekutuan ini adalah:
(a) bahawa pihak pemohon telah memfailkan satu notis usul untuk kajian semula keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 Februari 2007;
(b) bahawa menerusi Perintah mahkamah bertarikh 5 November 1992, pihak perayu telah diperintahkan untuk digulung;
(c) bahawa satu-satunya aset perayu adalah insurans kontingen sebanyak RM32,000,000, manakala jumlah yang kena dibayar kepada pemiutang-pemiutang perayu berjumlah RM3,651,931. Malahan modal berbayar perayu yang berjumlah RM58,400,003 telah hilang sepenuhnya dan tidak diambilkira;
(d) bahawa responden adalah sebuah syarikat insurans berlesen, di bawah peraturan dan penyeliaan Bank Negara dengan aset-aset dan simpanan berjumlah RM1,129.4 juta dan RM352.7 juta masing-masingnya dan tiada kesukaran dalam memenuhi penghakiman tersebut;
(e) bahawa sekiranya penghakiman tersebut diselesaikan dan permohonan untuk semakan semula responden berjaya, maka tiada prospek untuk mendapatkannya semula dari perayu atau penyelesainya.
Keputusan
[6] Undang-undang yang terpakai mengenai pemberian atau penolakan penggantungan pelaksanaan adalah jelas menunjukkan beban pembuktian wujudnya keadaan khas untuk menjustifikasikan pemberian penggantungan pelaksanaan terletak ke atas pemohon. Alasan-alasan itu hendaklah berkait kepada pelaksanaan penghakiman itu. Ia mesti dideposkan di dalam afidavit sokongan permohonan. Namun begitu, merit-merit kes pihak di dalam permohonan penggantungan bukan perkara yang relevan untuk dipertimbangkan. (Sila lihat Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v. Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1).
[7] Namun demikian, rujukan keputusan kes-kes yang dibuat di dalam kes Kosma bagi menjustifikasikan pemakaian pendekatan keadaan khas di dalam permohonan penggantungan pelaksanaan adalah terjurus kepada permohonan penggantungan pelaksanaan sementara menunggu rayuan oleh pihak-pihak.
[8] Oleh itu, persoalan yang timbul adalah:
(a) Apakah ujian yang sama boleh diguna pakai di dalam permohonan penggantungan pelaksanaan perintahnya sementara menunggu pelupusan permohonan untuk kajian semula di bawah k. 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 (KKMP)?
(b) Sekiranya pendekatan kewujudan keadaan khas sebagaimana kelaziman permohonan seumpamanya terpakai, adakah alasan-alasan yang dinyatakan di atas tergolong di dalam kategori keadaan khas yang mewajarkan permohonan ini?
[9] Pegua
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.