SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 1205

MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
CHEW SOO HO

DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD
Versus
NOORHASHIM MOHD NOOR

AWARD NO. 67 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-446/07)
Decided on : 15 JANUARI 2009

Advocates appeared:
Peguamcara Pihak Menuntut - Mahadi Muhammad; T/n Mahadi Redzuan & Co
Peguamcara Pihak Responden - Desmond Choi Wai Onn; T/n SR Yap, Desmond & Ridzal

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Noorhashim b. Mohd. Noor, Pihak Menuntut, pada 29 Mac 2006.

Kes ini yang telah separuh dibicarakan pada 21.4.2008 dibangkitkan untuk sambungan perbicaraan pada 15.1.2009 dengan kehadiran Encik Mahadi bin Muhammad dari Tetuan Mahadi Redzuan & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Desmond Choi Wai Onn dari Tetuan SR Yap Desmond & Ridzal, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut serta Puan Nur Haslinda binti Abdullah, Pengarah Urusan Pihak Responden turut hadir. Encik Mahadi bin Muhammad memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah berjaya mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan beliau memohon agar terma-terma persetujuan dirakamkan seperti berikut:

(1) Tanpa apa-apa pengakuan liabiliti, Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut wang sejumlah RM14,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Belas Ribu sahaja) melalui tiga bayaran ansuran bulanan iaitu dengan cek pertama bernilai RM8,000.00 bertarikh 30.1.2009, cek kedua bernilai RM3,000.00 bertarikh 28.2.2009 dan cek ketiga bernilai RM3,000.00 bertarikh 31.3.2009;

(2) Ketiga-tiga cek tersebut atas nama Tetuan Mahadi Redzuan & Co., hendaklah dihantar kepada Tetuan Mahadi Redzuan & Co., sebagai peguamcara Pihak Menuntut pada atau sebelum 30.1.2009;

(3) Penyelesaian tersebut adalah penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini; dan

(4) Akibat penyelesaian kes ini, tidaklah ada apa-apa tuntutan lanjut di antara kedua-dua pihak darihal pekerjaan dahulu Pihak Menuntut dengan Pihak Responden.

Encik Desmond Choi Wai Onn mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Selanjutnya tarikh sambungan perbicaraan pada 16.1.2009 adalah dilapangkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top