SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 1113

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO

TRACTORS MALAYSIA (1982) SDN BHD
Versus
ANNIE LAI

AWARD NO: 287 TAHUN 2009 (KES NO: 5/1-650/08)
Decided on : 6 MAC 2009

Advocates appeared:
Annie Lai - Pihak Pengadu
Peguamcara Pihak Responden - Poon Sulynn; T/n Shearn Delamore & Co

AWARD

Pengaduan ini adalah difailkan oleh Puan Annie Lai, Pihak Pengadu, pada 24.11.2008 terhadap Tractors Malaysia (1982) Sdn. Bhd., Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 1555 Tahun 2008 dalam Kes No. 9/4-906/2005 di antara pihak-pihak yang sama.

Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan kali ketiga pada 6.3.2009 dengan kehadiran Cik Poon Sulynn dari Tetuan Shearn Delamore & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden dan Puan Annie Lai, Pihak Pengadu yang mewakili diri sendiri. Pihak Pengadu memaklumkan Mahkamah bahawa oleh kerana ada perintah Mahkamah Tinggi yang menahan segala prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman, maka beliau memohon untuk menarik balik pengaduan kes ini dengan kebebasan untuk memohon semula.

Memandangkan Pengaduan kes ini telah ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan Pengaduan kes ini dengan kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top