2009 MarsdenLR 1037
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
HAPIPAH MONEL
FRIEND ADVERTISING & COMMUNICATIONS SDN BHD
Versus
SHEIKH MOHAMAD REJAB
AWARD NO: 483 TAHUN 2009 (KES NO: 19/4-1329/07)
Decided on : 22 APRIL 2009
Bagi pihak Yang Menuntut - Ibrahim Hashim; T/n Ibrahim Hashim & Co
Bagi pihak Syarikat - Haslina Hassan; T/n Azian Haslina & Co
RUJUKAN INI telah ditetapkan untuk bicara hari ini pada 22 April 2009. Mejar (B) Ibrahim bin Hashim dari Tetuan Ibrahim Hashim & Co hadir mewakili Yang Menuntut dan Puan Haslina binti Hassan dari Tetuan Azian Haslina & Co hadir mewakili pihak Syarikat.
Pihak-pihak memaklumkan bahawa rujukan ini telah dapat diselesaikan secara persetujuan dengan muktamadnya mengikut terma dan syarat seperti berikut:
i) Pihak Syarikat akan membayar kepada Yang Menuntut sebanyak 8 bulan gaji berjumlah RM30,400.00 dalam 6 ansuran bulanan;
ii) Ansuran pertama hingga kelima sebanyak RM5,066.00 setiap bulan dan ansuran terakhir sebanyak RM5,070.00; dan
iii) Bayaran ansuran bermula pada atau sebelum 30 Mei 2009 dan berakhir pada atau sebelum 30 Oktober 2009.
Dengan pengesahan terma dan syarat oleh kedua-dua pihak, Mahkamah merekodkan suatu award persetujuan dengan terma dan syarat yang dipersetujui seperti yang tersebut di atas.