2009 MarsdenLR 3884
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR
KONSORTIUM TEMOKIN-VILA JELAS JV SDN BHD
Versus
ABDUL GHANI TUAH
AWARD NO: 660 TAHUN 2009 (KES NO: 28/4-1283/07)
Decided On : 2 JUN 2009
1. Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik Abdul Ghani Bin Tuah (Yang Menuntut) oleh Konsortum Temokin-Vila Jelas JV Sdn. Bhd., (Responden) pada 12.8.2006. Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 19.6.2007.
2. Kes ini telah disebut sebanyak empat kali iaitu pada 2.8.2007, 30.3.2009, 30.4.2009 dan 28.5.2009 dan pada ke empat-empat sebutan tersebut, kedua-dua pihak tidak hadir. Mahkamah berpuashati bahawa kedua-dua pihak telah diberikan notis yang sewajarnya mengenai tarikh-tarikh tersebut. Mahkamah berpuashati pihak-pihak mempunyai pengetahuan mengenai tarikh-tarikh sebutan tersebut tetapi gagal untuk hadir ke Mahkamah. Pemberitahuan mengenai tarikh-tarikh tersebut telah dilakukan oleh Mahkamah melalui surat A.R. Berdaftar kepada kedua-dua pihak di alamat masing-masing.
3. Berdasarkan kepada senario di atas, Mahkamah berpendapat ini adalah keadaan yang sesuai untuk kes ini dibatalkan di bawah 29(fa) Akta Perhubungan Perusahaan (pindaan) 2007 (Akta A1322) yang memperuntukkan:-
The Court may, in any proceedings before it ____________
(a) ____________
(b) ____________
(c) ____________
(d) ____________
(e) ____________
(f) ____________
f(a) order the case to be struck off or reinstated;
(g) ____________
4. Rujukan ini dibatalkan. Pihak Menuntut diberikan kebebasan untuk memfailkan semula tindakan ini dalam tempoh 90 hari dari tarikh award ini dikeluarkan.