MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
GUNASINGAM KOLASEGARAM & YANG LAIN LWN. TIMBALAN MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI MALAYSIA & YANG LA....
[Permohonan Jenayah Nos: 44-96-2004 44-97-2004 44-98-2004 & 44-100-2004]
PENGHAKIMAN
Zaharah Ibrahim PK:
Terdapat lima permohonan berasingan yang telah dikemukakan di mahkamah ini, masing-masingnya dengan nombor Kes 44-96-2004, 44-97-2004, 44-98-2004, 44-99-2004 dan 44-100-2004. Oleh sebab penentang dalam kelima-lima permohonan itu adalah pihak yang sama dan isu yang sama hendak dihujahkan dalam kelima-lima permohonan itu, maka, kedua dua pihak telah bersetuju supaya kes-kes itu dibereskan bersekali.
Oleh sebab notis usul dan afidavit-afidavit dan ekshibit-ekshibit yang serupa telah difailkan bagi setiap permohonan itu, maka telah juga dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa penghujahan akan dibuat dengan merujuk kepada permohonan dan afidavit untuk satu kes sahaja dan penghujahan serta keputusan bagi kes itu akan juga menjadi keputusan bagi empat lagi kes permohonan yang tersebut di atas. Permohonan yang dipilih ialah permohonan 44-97-2004.
Latar Belakang
Kelima-lima pemohon telah diperintahkan ditahan di bawah sub-s 4(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (selepas ini disebut "Ordinan") di bawah perintah tahanan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia (ketika itu), iaitu yang bertarikh 10 Disember 2003, bagi pemohon pertama dan 20 Oktober 2003 bagi pemohon kedua, ketiga, keempat dan kelima. Bagi kemudahan rujukan, perintah-perintah tahanan itu akan seterusnya secara kolektif disebut "Perintah Pertama".
Kelima-lima pemohon telah membuat permohonan untuk mendapat writ habeas corpus daripada Mahkamah Tinggi di Shah Alam dan pada 10 September 2004 kelima-lima permohonan itu telah dibenarkan dan kelima-lima pemohon diperintahkan supaya dilepaskan dan dibebaskan.
Namun demikian, pada 8 Oktober 2004, kelima-lima pemohon telah ditahan semula menurut perintah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang bertarikh 7 Oktober 2004 yang memerintahkan pemohon-pemohon ditahan selama dua tahun bermula dari 8 Oktober 2004 (selepas ini perintah-perintah tahanan itu secara kolektif disebut "Perintah Kedua").
Alasan bagi Perintah Kedua itu dibuat serta pengataan-pengataan fakta yang padanya Perintah Kedua itu diasaskan adalah sama dengan alasan dan pengataan fakta bagi Perintah Pertama.
Alasan Permohonan
Di hadapan mahkamah, peguam yang mewakili pemohon-pemohon telah berhujah dengan panjang lebar tentang dua isu utama, iaitu:
(a) penahanan semula pemohon-pemohon di bawah Perintah Kedua merupakan penyalahgunaan kuasa mahkamah atau penghinaan perintah Mahkamah Tinggi yang terdahulu.
(b) prinsip res judicata terpakai dalam hal Perintah Kedua.
Keputusan
Isu Pertama - penyalahgunaan kuasa atau penghinaan perintah Mahkamah
Peguam pemohon telah mengemukakan dua kes sebagai autoriti untuk menyokong hujahnya bahawa penahanan semula pemohon-pemohon di bawah Perintah Kedua merupakan penyalahgunaan kuasa mahkamah atau penghinaan perintah Mahkamah Tinggi yang terdahulu.
Kes yang pertama, ialah kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor v. Lee Gee Lam and Another Application, [1993] 4 CLJ 336 ; [1993] 3 MLJ 673, iaitu yang telah diputuskan oleh Mahkamah Agung. Kes itu merupakan rayuan oleh Menteri Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang yang telah membenarkan permohonan habeas corpus responden. Saya dapati bahawa kes itu semata-mata melibatkan isu kegagalan Menteri yang membuat perintah tahanan menyatakan dengan jelas di bawah cabang yang manakah dalam sub-s 4(1) Ordinan perintah tahanan itu dibuat.
Saya percaya kes yang sebenarnya hendak dirujuk ialah kes Lee Gee Lam v. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, [1993] 3 MLJ 265 , iaitu kes yang melibatkan penahanan semula Lee Gee Lam semasa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang disebut dalam perenggan 9 di atas masih menanti untuk dibereskan oleh Mahkamah Agung.
Kes kedua yang dikemukakan kepada mahkamah ialah kes Abdul Ghani Haroon v. Ketua Polis Negara & Another Application (No. 4), [2001] 6 MLJ 198 . Peguam pemohon telah menarik perhatian mahkamah ini kepada apa yang dikatakan oleh YA Hakim dalam kes itu, i
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.