RAUS SHARIF,ABDULL HAMID EMBONG DAN AHMAD MAAROP HHMR
MAHKAMAH RAYUAN (PUTRAJAYA)
Pendakwa Raya - Appellant
Versus
Haling Arala Jimjani - Respondents
RAYUAN JENAYAH NO S-05–85 TAHUN 2006
Decided On : 04/18/2008
[1] Haling Arala Jimjani (tertuduh) telah dituduh melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya iaitu 193.76g methamphetamine (dadah tersebut) pada 10 April 2005 di tepi jalan bersebelahan Wisma Merdeka Kota Kinabalu, satu kesalahan di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’).
[*336]
[2] Selepas perbicaraan hakim bicara mendapati bahawa tertuduh hanya memiliki dadah tersebut secara pasif, dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pemilikan dalam ertikata undang-undang sebenarnya. Oleh itu, tiada kes prima facie telah terbukti untuk memanggil tertuduh membela dirinya terhadap tuduhan asal pengedaran dadah tersebut. Bagaimanapun, hakim bicara mendapati ada kes prima facie di bawah s 12(2) ADB dan memanggil pembelaan di bawah seksyen itu. Tertuduh seterusnya telah mengaku salah, disabitkan bagi kesalahan pindaan tersebut dan dihukum penjara 15 tahun serta sebatan rotan sepuluh kali. Pihak pendakwa raya merayu terhadap pembebasan tertuduh di bawah pertuduhan asal.
[3] Fakta kes adalah ringkas. Pada 10 April 2005, jam 5.25pm, Inspektor Willie (‘PW2 ’) telah menerima maklumat daripada Lans Korperal Muda ‘(PW3 ’) berkenaan aktiviti pengedaran dadah sedang berlaku ditempat yang dinyatakan dalam pertuduhan. PW2 dan seorang lagi anggota polis terus pergi ke Wisma Merdeka di mana PW3 sedang menunggu, dan melakukan pemerhatian selama lima minit. Mereka nampak tertuduh dan isterinya berdiri di tepi jalan bersebelahan dengan Wisma Merdeka. Selepas itu, PW2 pergi mendekati tertuduh dan mengenalkan dirinya sebagai pegawai polis. Mengikut keterangan PW2, tertuduh telah cuba melarikan diri tetapi dihalang.
[4] Di pinggang tertuduh ada tersemat beg kecil (pouch) dan di dalamnya terdapat satu paket bersil (sealed package) berlabel ‘Tongkat Ali Ginseng Coffee’. PW3 telah mengoyak bungkusan tersebut. Di dalamnya terdapat 15 paket lutsinar mengandungi bahan putih kristal yang selepas analisis oleh ahli kimia (PW1), disahkan sebagai dadah methamphetamine, iaitu sejenis dadah berbahaya di bawah ADB. Tertuduh dan isterinya terus ditangkap.
[5] Isteri tertuduh telah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan, PW7. Dia berkata bahawa dia dan tertuduh telah menaiki bas daripada Sandakan ke Kota Kinabalu hari itu. Mereka telah menginap di hotel City Inn. Pada lebih kurang tengah hari seorang bernama Sarip Sari telah memberi kepada tertuduh ‘pouch’ yang diperoleh polis daripada pinggangnya itu.
[6] Selepas ditangkap, kedua-dua tertuduh dan isterinya dibawa polis ke bilik penginapan mereka di hotel City Inn. Pemeriksaan yang dibuat oleh polis di bilik tersebut tidak menghasilkan pertemuan apa-apa barang salah.
[7] Satu aspek penting keterangan PW7 ialah tiada percubaan dibuat oleh tertuduh untuk melarikan diri apabila dihampiri oleh pihak polis. Keterangan ini telah dibiarkan masuk oleh pihak pendakwaan. Tiada tindakan ‘impeachment’ diambil oleh timbalan pendakwa raya terhadap saksi [*337] pendakwaan ini. Akibatnya, di peringkat pendakwaan terdapat dua versi yang bercanggah atas isu cubaan tertuduh untuk melarikan diri apabila didekati oleh pihak polis. Hakim bicara telah menerima versi yang dikemukakan oleh keterangan PW7. Kami bersetuju dengan kesimpulan ini.
[8] Dalam rayuan ini, timbalan pendakwa raya telah mengemukakan dua alasan yang ada kaitan, pertama:
Bahawa hakim bicara telah tersilap dari segi undang-undang dan fakta
dalam memutuskan yang tertuduh hanya mempunyai milikan pasif ke atas
dadah tersebut.
8.1 Hakim bicara telah memutuskan bahawa daripada fakta kes telah
dibuktikan beg kecil di pinggang tertuduh adalah di bawah jagaan dan
kawalan tertuduh dan fakta ini boleh menimbulkan satu anggapan milikan
di bawah s 37(d) ADB. Hakim bicara juga berpendapat bahawa tiada
keterangan langsung telah dikemukakan bagi membuktikan yang tertuduh
mengetahui kandungan di dalam paket berlabel ‘Tongkat Ali Ginseng
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.