SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1997 MarsdenLR 2081

HIGH COURT (SEREMBAN)

MOHD NOOR ABDULLAH, J

BADIADDIN BIN MOHAMMAD MAHIDIN @ ROSLI BIN MOHIDIN
versus
ARAB MALAYSIA FINANCE BERHAD

SAMAN PERMULAAN NO. 24-110-95

Decided On : 05-13-97

Advocates:
Enclk V. Ganesalingam peguam Plaintif, Tetuan Bernatt Pereira & Co.,, Seremban.
Encik Joy W. Appukuttan peguam Defendan 1., Tetuan Wang Kuo Shing & Co., Kuala Lumpur.
Y.B. Tuan Abd. Aziz Rahim, Penasihat Undang-Undang, Negeri Sembilan bagi pihak Defendan 2.

ALASAN PENGHAKIMAN

Pemohon-Pemohon adalah pemilik berdaftar dari dan termasuk Mukim Repah, Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Tanah ini adalah sebahagian dari dan termasuk dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu yang digezetkan sedemikian melalui Gazette Notification No. 505-17 pada 16.12.1917. Malangnya sekatan Tanah Simpanan Melayu itu tidak,dicatatkan pada geran hakmilik tanah. Tanah itu telah digadaikan kepada Responden 1 suatu institusi kewangan bukan Melayu dan kes ini menimbulkan beberapa masalah mengenainya.

2. FaktaKes

Pada 29.9.81 Pemohon-Pemohon membuat Perjanjian Usahasama dengan seorang pemaju bernama Ismail b. Omar untuk memajukan tanah itu sebagai projek perumahan. Bagi mendapatkan dana, Ismail b. Omar meminjam RM400,000 dari Responden 1 (yang mana RM300,000 telah dibayar dan diakuterima) dengan menggadaikan tanah itu kepada Responden 1. Projek perumahan ini gagal; Ismail b. Omar terhutang sebanyak RM300.000 lebih. Responden 1 mengambil tindakan Mahkamah bagi mendapatkan wang pinjaman itu. Pemohon-Pemohon juga bertindak bagimembatalkan gadaian tersebut.

Pada 21.3.88 Mahkamah memberi penghakiman kepada Pemohon-Pemohon

seperti berikut -

1. gadaian itu adalah tidak sah,

2. perintah jualan yang diberi oleh Pentadbir Tanah Tampin (Responden 2) kepada Responden 1 untuk menjual tanah itu adalah tidak sah;

3. Pentadbir Tanah Tampin hendaklah membatalkan gadaian yang tercatat dalam geran hakmilik tanah;

4. Pemohon-Pemohon hendaklah membayar dan memulangkan semua wang yang telah dibayar oleh Responden 1;

5. Pemohon-Pemohon dihalang dari melupuskan dan berurusniaga terhadap tanah itu selagi Pemohon-Pemohon gagal membayar semua wang yang terhutang; dan

6. mana-mana pihak boleh memohon arahan selanjutnya dari Mahkamah bagi melaksanakan perintah di atas.

Ekoran dari penghakiman ini Responden 1 telah memohon secara Saman Dalam Kamar pada 4.5.89 untuk menjual tanah itu melalui lelongan awam atau triti persendirian untuk membayar dan memulangkan kepada Responden 1 wang sebanyak RM300,000 bersama faedah.

Pada 8.10.90 Mahkamah memberi penghakiman kedua seperti berikut -

1. mengisytiharkan bahawa Pemohon-Pemohon telah menerima bayaran atau mendapat faedah terus dari Responden 1;

2. Pemohon-Pemohon membayar bersesama berasingan kepada Responden RM300,000 bersama faedah, dan secara alternatif,

3. tanah itu dijual melalui lelongan awam atau triti persendirian; dan

4. hasil jualan tersebut digunakan untuk membayar RM300,000 bersama faedah.

3.Permohonan Pemohon-Pemohon

Melalui Saman Dalam Kamar bertarikh 9.3.95 Pemohon-Pemohon memohon relif antara lain bagi mengisytiharkan tidak sah sebahagian perintah Mahkamah ini yang memerintahkan supaya tanah berkenaan dijual melalui lelongan awam atau triti persendirian dan seterusnya mengenepikan perintah itu.

4. Hujah dan Pertimbangan

Tanah Simpanan Melayu ditakrifkan di bawah Enakmen Simpanan Melayu (Cap. 142) dengan ertikata Tanah Simpanan Melayu yang diisytihar dan digezetkan sedemikian sama ada di bawah Enakmen Simpanan Melayu 1913 atau Enakmen Cap. 142. Keterangan menunjukkan bahawa tanah berkenaan telah diisytihar dan digezetkan sebagai Tanah Simpanan Melayu melalui Gezette Notification No. 505-17 pada 16.12.1917. Maka taraf dan sekatan tanah itu sebagai Tanah Simpanan Melayu tidak boleh dipertikai maupun disangkal sekalipun sekatan itu tidak dicatatkan dalam geran hakmilik tanah itu. Dengan kata-kata lain, kegagalan pihak Responden 2 mencatatkan sekatan itu tidak mengurang, menukar atau menjejaskan status dan sekatan tanah itu sebagai Tanah Simpanan Melayu. Pengisytiharan tanah itu sebagai Tanah Simpanan Melayu merupakan perkara substantif walhal pencatatan sekatan itu ke dalam geran hakmilik sekadar merupakan perkara prosedur yang mana kelalain Responden 2 boleh mendedahkannya kepada tindakan undang-undang. Lagipun Responden 2 boleh memulihkan sekatan itu menurut prosedur yang ditetapkan di bawah seksyen 6(v) Cap. 142.

Mahkamah ini telah memerintahkan supaya Tanah Simpanan Melayu itu dil

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top