MAHKAMAH SYARIAH TUMPAT
SYAM SARAH LWN. KASIM
PENGHAKIMAN
Fakta Kes
[1] Di dalam kes, pihak menuntut telah membuat tuntutan untuk mengesahkan cerai taklik yang telah dilafaz takliknya oleh suaminya pihak kena tuntut.
Penghakiman Shafei Bin Abdul Rahman, Kadi
[2] Di sepanjang perbicaraan kes ini telah tidak dihadiri oleh kena tuntut, kena tuntut tidak diketahui di mana berada sekarang. Mengikut yang menuntut alamat terakhir kena tuntut ialah di Sekolah Jasa Bakti, Mentakab, Temerloh Pahang. Mengikut laporan penghantar notis Pejabat Kadi Temerloh bahawa kena tuntut telah tidak bertugas lagi di Sekolah Jasa Bakti Mentakab dan tidak diketahui ke mana pergi sekarang. Kemudian Mahkamah Perintah menyampaikan notis taklik secara penyampaian ganti dan telah disempurnakan, Mahkamah telah berpuas hati dengannya.
[3] Dalam kes ini yang menuntut telah menuntut mengesah cerai taklik yang telah dilafazkan takliknya oleh kena tuntut pada masa yang menuntut dan kena tuntut berkahwin dahulu. Kedua-duanya telah berkahwin di Mukim Masjid Bangnara, Changwad Nara Tiwat, Thailand pada atau dalam bulan Muharram 1402 hijrah dengan wali Hakim, kerana walinya saudara seibu sebapa pada ketika itu berada di Singapura.
[4] Surat keterangan kahwin dari Thailand bernombor 9940, Register No 2/254, mukim Masjid Bangnara, bertarikh 29 Muharram 1402. Lepas kahwin kedua-dua mereka yang menuntut dan kena tuntut pergi duduk di Mentakab Pahang, kerana kena tuntut bekerja sebagai Guru di Sekolah Jasa Bakti iaitu sebuah Sekolah Swasta di situ.
[5] Lepas tujuh bulan kemudian kena tuntut membawa yang menuntut balik ke rumah kakaknya di Pasir Mas, Kelantan dan tinggal yang menuntut di situ untuk bersalin, dan kena tuntut balik semula ke Mentakab seorang diri kerana menjalankan tugasnya. Dalam masa dua bulan sahaja kena tuntut balik tiap-tiap minggu melihat yang menuntut di rumah kakaknya itu di Pasir Mas, lepas itu kena tuntut tidak balik-balik lagi. Selepas kena tuntut tidak balik itu, yang menuntut pun balik ke rumah ibunya di Kampung Delima, Wakaf Bahru Kelantan dan bersalin di situ dan terus tinggal di rumah ibunya itu hingga sekarang umur anak sudah 5 tahun kena tuntut tidak balik-balik dan yang menuntut tidak bersama dengan kena tuntut sebagai suami isteri dan kena tuntut tidak ada menghantar apa-apa nafkah baik kepadanya dan kepada anaknya. Dan yang menuntut sekarang memohon mahkamah mengesah cerai takliknya.
[6] Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan boleh membicara kes ini walaupun tanpa kehadiran kena tuntut. Seksyen 48 Undang-Undang Mahkamah Syariah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam Kelantan No 1 tahun 1966 telah menjelaskan:
(i) Jika waktu yang ditetapkan bagi perbicaraan pendakwa tidak hadir, perbicaraan bolehlah dibatalkan, jika pendakwa hadir tetapi kena dakwa tidak hadir, pendakwa bolehlah membuktikan pendakwaannya dan mahkamah bolehlah menjatuhkan hukuman:
(a) Dalam mana-mana hal yang demikian mahkamah bolehlah mengikut pertimbangannya memerintah penangguhan dan
(b) Mahkamah boleh membicarakan tuntutan balas walaupun tuntutan yang asal itu dibatalkan.
[7] Saya lebih berpuas hati lagi dalam memutuskan fakta ini hukum syarak sendiri membolehkan berbuat demikian. Dalam kitab Furu' al-Massail juzuk kedua ms 348 oleh Syed Daud bin Abdullah Fatani menyebut:
"Harus menghukum orang yang ghaib daripada mahkamah pada yang bukan hukum Allah pada U'qubah (haqullah) jika ada pada muddaiy hujah pada hal tiada berkata muddaiy itu muddaiy a'laih sudah ikrar dan harus bagi Kadi mendirikan orang yang menolong muddaiy a'laih yang ghaib ia mengingkarkan dakwaan muddaiy dan wajib atas Kadi menyuruh muddaiy bersumpah di atas bayyinahnya supava hak yang didakwa itu thabit di atasnya dan lazim ia tunaikan dia adalah sumpahnya sudah dia'dalkan bayyinahnya."
[8] Lebih jelas lagi apabila dirujuk kepada kitab Mughni Muhtaj oleh Khatib Sharbini juzuk 4 ms 407 yang berbunyi:
"Penghakiman ke atas yang ghaib itu harus jika ada bagi mendakwa itu bayyinah dan dakwaan mendakwa ke atas yang ghaib boleh disangkal, jika kena da
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.