SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 4735 ; 2024 MarsdenLR 4738

MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN
NORMIZA NORDINN & YANG LAIN LWN. CHEN KONG MENG & SATU LAGI; MOHD FARIZ AZLAN ESHAK (PIHAK KETIGA)
[Guaman No: AC-A53KJ-111-09/2020]



Petitioner Advocates:Baldip Singh ,Respondent Advocate: Baljeet Kaur Harbhajan Singh

Innocent passengers in a vehicle can claim full damages for injuries in a traffic accident regardless of the driver's liability percentage.

Headnote:(A) Evidence Act 1950 - Sections 101 to 103 - Road Traffic Accident - Plaintiffs claimed for general and special damages, interest, and costs due to negligence of the defendants in a road traffic accident - The court found the defendants partially liable at 10% and the third party at 90% - Plaintiffs, as innocent passengers, entitled to claim 100% damages from defendants - Judgment ordered for full compensation despite defendants’ partial liability. (Paras 20, 41, 86, 89)

(B) Liability - The burden of proof lies with the plaintiffs to establish negligence on the part of the defendants - The court emphasized that the defendants failed to present evidence to counter the plaintiffs' claims, leading to an acceptance of the plaintiffs' version of events. (Paras 22, 35, 41, 84)

(C) Quantum of damages - The court awarded various sums for injuries sustained by the plaintiffs based on medical reports and precedents, ensuring the awards were fair and reasonable. (Paras 97-179)

(D) Costs - The court allowed special damages for expenses incurred by the plaintiffs, including funeral costs for the deceased plaintiff. (Paras 179-189)

PENGHAKIMAN

Rajeswari Kannakiah HMS:

Pengenalan

[1] Ini adalah rayuan pihak Defendan-Defendan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang telah membenarkan tuntutan Plaintif (liabiliti dan kuantum) selepas satu perbicaraan penuh. Bagaimanapun tiada rayuan dikemukakan terhadap kuantum gantirugi khas.

Latar Belakang Kes

[2] Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah bagi gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan kos terhadap Defendan-Defendan akibat dari satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 14 Oktober 2019 jam lebih kurang pukul 4.30 petang di KM 36 Jalan Ipoh - Teluk Intan, di antara motorvan nombor pendaftaran ABQ 5057 yang dipandu oleh Pihak Ketiga dan sebuah motorlori nombor pendaftaran AEG 1277 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua.

[3] Plaintif Pertama sehingga Plaintif Kelima adalah penumpang dalam motorvan yang dipandu oleh Pihak Ketiga, di mana Pihak Ketiga adalah suami kepada Plaintif Pertama.

[4] Pihak Defendan-Defendan di dalam Pembelaannya menafikan kecuaian dan selanjutnya menegaskan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan secara keseluruhannya atau sebahagian besarnya akibat kecuaian oleh pemandu dan pemilik motorvan No ABQ 5057 iaitu Mohd Fariz Azlan Bin Eshak (Pihak Ketiga).

[5] Melalui prosiding pihak ketiga, Defendan-Defendan telah membawa masuk Pemandu Motorvan ABQ 5057 sebagai Pihak Ketiga di dalam tindakan ini dan menuntut tanggung rugi dan/atau indemnity.

[6] Pihak Ketiga telah memfailkan Pembelaannya dan menafikan tuntutan Defendan-Defendan untuk tanggung rugi dan/atau indemnity dan menegaskan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan dan/atau disumbangkan sepenuhnya oleh Defendan Pertama selaku pemandu motorlori berdaftar No Pendaftaran AEG 1277.

Versi Plaintif

[7] Versi yang diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif di perenggan 8 dan 9 adalah bahawa pada 14 Oktober 2019 jam lebih kurang pukul 4.30 petang semasa Pemandu motorvan (Pihak Ketiga) sedang memandu motorvan No Pendaftaran ABQ 5057 bersama Plaintif Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima sebagai penumpang motorvan tersebut, dari Kampar menghala ke Langkap dan apabila sampai di KM 36 Jalan Ipoh - Teluk Intan, secara tiba-tiba sebuah motorsikal telah terbabas di atas jalan. Pemandu motorvan ABQ 5057 (ie Pihak Ketiga) tersebut cuba mengelak ke kanan jalan dan telah dilanggar di bahagian tepi sebelah kiri motorvan ABQ 5057 tersebut oleh motorlori No Pendaftaran AEG 1277 yang dipandu oleh Defendan Pertama dari arah hadapan. Motorlori AEG 1277 tersebut langsung tidak cuba mengelak dari melanggar motorvan ABQ 5057.

[8] Akibat dari perlanggaran tersebut, Plaintif-Plaintif telah mengalami kecederaan parah dan serius serta Plaintif Ketiga telah meninggal dunia. Kemalangan tersebut adalah berpunca sepenuhnya daripada kelalaian dan kecuaian Defendan Pertama sebagai pemandu dan pengawal motorlori No Pendaftaran AEG 1277 tersebut dan sebagai pekerja, pengkhidmat dan/atau ejen Defendan Kedua.

[9] Butir-butir kecuaian Defendan Pertama yang diplidkan antara lain seperti berikut:

"e) Gagal menunjukkan kecermatan dan berhati-hati semasa memandu dan mengendalikan motorlori AEG 1277;

f) Gagal memerhatikan secara munasabah kenderaan yang dinaiki Plaintif-Plaintif semasa memandu motorlori AEG 1277 di jalanraya;

g) Tidak cuba mengelak dari melanggar motorvan ABQ 5057 tersebut;

h) Memandu laju di kawasan tempat kejadian."

Versi Defendan

[10] Tiada versi Defendan dikemukakan di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini disebabkan Defendan tidak dipanggil untuk memberi keterangan dan Defendan juga telah mengemukakan 'No Case To Answer'.

[11] Versi yang diplidkan dalam Pembelaan Defendan-Defendan adalah seperti berikut:

Pada 14 Oktober 2019 jam lebih kurang 4.30 petang, Defendan Pertama sedang memandu motorlori No AEG 1277 dari Teluk Intan ke Ipoh. Apabila Defendan Pertama sampai di KM 36 Jalan Ipoh - Teluk Intan, tiba-tiba sebuah motorvan No: ABQ 5057 dari arah bertentangan telah mengelak sebuah motorsikal yang terbabas lalu motorvan No: ABQ 5057













Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top