2025 MarsdenLR 6095
MAHKAMAH SESYEN SELAYANG
N ANJALADEEVI NARAYANAN LWN. KALIMUTHU RAJAMANIKAM
[Guaman Sivil No: BD-A52-3-03/2023]
The burden of proof lies on the party asserting ownership, and failure to discharge this burden results in dismissal of claims.
Headnote:(A) Evidence Act 1950 - Sections 101 and 102 - Property Law - Ownership and possession of property - The court found that the plaintiff proved ownership of the property and ordered the defendant to vacate within 14 days, awarding costs of RM5,000.00. The defendant's counterclaim was dismissed. (Paras 2, 54)
(B) Burden of Proof - The burden lies on the party asserting a fact, and if not discharged, the other party need not present evidence. (Paras 28, 30)
(C) Equitable Tenancy - The court ruled that the defendant failed to establish any equitable tenancy or proprietary estoppel to justify occupation of the property. (Paras 46, 47)
Facts of the case:
The plaintiff purchased a property and claimed the defendant occupied it without permission. The defendant claimed rights based on equity and alleged improvements made to the property. (Paras 4, 8)
Findings of Court:
The plaintiff was found to be the rightful owner, and the defendant's claims were unsupported by evidence. (Paras 54)
Issues: The main issues included the validity of the defendant's claim to occupy the property and the burden of proof regarding ownership. (Paras 26, 27)
Ratio Decidendi: The court emphasized that the burden of proof rests on the party asserting ownership, and the defendant failed to provide sufficient evidence to support their claims. (Paras 28, 30)
Result: The court ordered the defendant to vacate the property and dismissed the counterclaim.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Kes telah dibicarakan di mana Plaintif telah mengemukakan empat (4) orang saksi manakala Defendan mengemukakan tiga (3) orang saksi.
[2] Setelah mendengar dan meneliti keterangan semua saksi Plaintif dan saksi Defendan serta meneliti semua eksibit dan hujahan pihak-pihak bersama otoriti yang dikemukakan, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan sebahagian tuntutannya terhadap Defendan. Oleh yang demikian, pada 28 November 2024, Mahkamah membenarkan sebahagian tuntutan Plaintif di perenggan 15(a) Pernyataan Tuntutan iaitu Defendan menyerahkan milikan kosong Hartanah yang beralamat di No 1 Jalan Lawangsari 2, Perumahan Jalan Lawangsari, Bandar Sungai Buaya, 48100 Rawang, Selangor kepada Plaintif dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penghakiman dengan kos sebanyak RM5,000.00. Perenggan 15(b), (c), (d), (e) dan (f) Pernyataan Tuntutan adalah ditolak. Atas imbangan kebarangkalian juga, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal membuktikan Tuntutan Balas terhadap Plaintif. Oleh itu, Mahkamah menolak Tuntutan Balas Defendan di perenggan 25 Tuntutan Balas dengan kos sebanyak RM5,000.00.
[3] Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan membuat rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
Latar Belakang Kes
[4] Plaintif ialah pemilik sebuah rumah teres satu tingkat di alamat No 1 Jalan Lawangsari 2, Perumahan Jalan Lawangsari, Bandar Sungai Buaya, 48100 Rawang, Selangor ("Hartanah tersebut"). Plaintif membeli Hartanah tersebut dengan harga sebanyak RM87,500.00 daripada seorang penjual bernama Chow Yew Hooi dengan mengambil pinjaman daripada Public Bank Berhad.
[5] Hartanah tersebut dipegang di bawah Hakmilik Induk: Lot No A1/2-000021, Bandar Sungai Buaya, Precint: 2 & 3, Phase 1 "With A Single Storey Link House, Type Conner (Lawang)" HS (D) 10781, PT No 10455, Mikim Serendah, Daerah Hulu Selangor.
[6] Plaintif mengambil pinjaman daripada Public Bank Berhad untuk membiayai pembelian Hartanah tersebut dan Plaintif telah menjelaskan kesemua pinjaman tersebut dan bank juga telah melepaskan ikatan jaminan bagi pinjaman tersebut.
[7] Plaintif membayar pinjaman tersebut daripada pendapatan Plaintif melalui perniagaan Plaintif di bawah perniagaan Plaintif atas nama dan gaya Deevi Enterprise (No Perniagaan: 199003034604) yang kini telah ditamatkan dan juga wang simpanan Plaintif.
[8] Pengesahan Surat Pejabat Tanah Hulu Selangor yang melampirkan Borang 5A Kanun Tanah Negara menunjukkan Hartanah tersebut adalah milik Plaintif. Plaintif memplid bahawa Defendan menduduki Hartanah tersebut secara salah tanpa kebenaran daripada Plaintif dan enggan mengosongkan Hartanah tersebut. Plaintif tidak menerima sebarang sewa daripada Defendan bagi Hartanah tersebut. Notis peguam cara Plaintif bertarikh pada 19 Januari 2023 dan 17 Februari 2023 kepada Defendan tidak dijawab.
[9] Pada 10 Mac 2023, Plaintif memfailkan Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan membuat tuntutan di perenggan 15 Pernyataan Tuntutan seperti berikut:
a) Defendan menyerahkan milikan kosong Hartanah tersebut yang beralamat di No 1 Jalan Lawangsari 2, Perumahan Jalan Lawangsari, Bandar Sungai Buaya, 48100 Rawang, Selangor kepada Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh penghakiman;
b) Ganti rugi am ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar;
c) Ganti rugi khas sebanyak RM7,500.00;
d) Faedah ke atas ganti rugi am pada kadar 5% setahun dari tarikh penyampaian Writ sehingga tarikh penghakiman;
e) Faedah ke atas ganti rugi khas pada kadar 5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman;
f) Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran sepenuhnya;
g) Kos; dan
h) Apa-apa relif lain yang Mahkamah ini fikirkan patut dan adil.
[10] Dalam Pembelaan, Defendan yang merupakan anak tiri kepada Plaintif mengatakan bahawa penetapan Defendan di atas Hartanah tersebut adalah suatu penetapan a