MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
T GANESWARAN LWN. SURUHANJAYA POLIS DIRAJA MALAYSIA & SATU LAGI
[Rayuan Sivil No: W-01-28-1999]
[1] Rayuan di hadapan mahkamah ini ialah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Julai 1996 yang menolak saman Perayu bagi mendapat satu perintah deklarasi bahawa penurunan pangkat beliau di dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia ("PDRM") adalah melanggar undang-undang, bertentangan Perlembagaan Persekutuan, tidak sah, batal dan tanpa apa-apa kuatkuasa dan beliau masih lagi seorang Penolong Penguasa Polis ("PPP") di dalam PDRM dan berhak untuk menerima kesemua gaji dan keuntungan dari membuat kerja dan manfaat-manfaat sebagai PPP.
[2] Di dalam permohonan yang sama Perayu juga memohon supaya satu 'enquiry' diadakan untuk menentukan gaji, emolumen dan lain-lain manfaat yang berhak diterimanya. Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi.
Latar Belakang Kes
[3] Perayu pada satu masa adalah seorang pegawai polis berpangkat PPP di dalam PDRM dan di dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia iaitu responden kedua.
[4] Melalui sepucuk surat bertarikh 15 Januari 1992 responden pertama telah memberitahu Perayu mengenai niatnya untuk menurunkan pangkatnya dalam perkhidmatan PDRM dan telah mengarahkan Perayu untuk menunjuk sebab mengapa beliau sepatutnya tidak diturunkan pangkat, menurut Perintah 26 daripada Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab 'D') 1980 ("Perintah-Perintah tersebut") mengenai satu (1) tuduhan yang dibawa terhadapnya oleh responden pertama seperti berikut:
Bahawa kamu, seorang pegawai awam, iaitu Penolong Penguasa Polis, di dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketika itu berkhidmat di Cawangan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur, telah didapati tidak bertanggungjawab kerana pada 28 Disember 87 kira-kira pukul 10.00 pagi di Ibu Pejabat Daerah Polis Seremban, dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, kamu telah membiarkan dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Inspektor Mohd Azman Abd Manap kerana melakukan kesalahan menerima rasuah wang tunai RM2,000.00 daripada Jaw Lak Chai bagi membebaskan isterinya bernama Yong Low Fong (P) yang ditangkap oleh Inspektor Mohd Azman Abd Manap pada 24 Disember 87 di premis No 1726, Jalan Rasah, Seremban, kerana disyaki menjalankan judi ekor haram, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Perintah Am 4 (2) (g), Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab 'D') 1980.
[5] Secara ringkasnya, fakta-fakta yang menyebabkan pihak responden pertama bertindak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadapnya dengan mengemukakan pertuduhan seperti tersebut di atas adalah seperti berikut:
Sebagai seorang anggota polis berpangkat PPP, Perayu telah berkhidmat di Seremban lebih kurang 13 tahun. Pada September, 1987 beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur tetapi masih menetap di Seremban. Pada 27 Ogos 1987 seorang kawan Perayu bernama Jaw Lak Chai ("Jaw") datang berjumpa dengannya dan mengadu bahawa terdapat seorang Inspektor Polis sedang mengganggunya dengan meminta wang dari beliau berhubung satu kegiatan loteri haram yang dijalankan oleh isterinya. Jaw memberitahu Perayu bahawa beliau telah memberi RM3,000 kepada Inspektor ini tetapi beliau (Inspektor) mendesak Jaw memberi lebih dari itu. Dengan hanya berpandu kepada nombor kereta yang diberikan oleh Jaw, Perayu mendapat tahu bahawa Inspektor yang dimaksudkan Jaw ialah Inspektor Azman.
[6] Dengan maklumat yang diperolehi, Perayu menasihat Jaw membuat laporan polis atau laporkan perkara itu kepada pihak Badan Pencegah Rasuah. Jaw enggan berbuat demikian kerana takut masalah akan timbul kemudian hari. Sebaliknya Perayu dan Jaw pergi dan bertemu Inspektor Azman di pejabatnya di Seremban di mana Inspektor Azman memohon maaf dari Jaw mengenai tindakannya dan merayu kepada Perayu supaya perkara itu tidak dijadikan satu isu lagi. Inspektor Azman kemudian kembalikan wang RM2,000 kepada Jaw dengan disaksikan Perayu. Perayu seterusnya menasihati Inspektor Azman supaya tidak terlibat lagi dengan aktiviti rasuah kerana beliau masih muda.
[7] Lebih kurang dua atau
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.