SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 884

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
DATO SERI ANWAR IBRAHIM LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: 44-99 Tahun 2009]



PENGHAKIMAN

Mohamad Zabidin H:

[1] Lampiran 2 adalah notis usul Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk pihak pendakwa diperintah membekalkan kepada pembela dokumen dan barang-barang berikut:

(a) Salinan pita rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara berkenaan rakaman dari '00 hours' hingga '24 hours' dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008 yang dikatakan diambil oleh CCTV di lokasi-lokasi:

(i) di pondok pengawal kondominium tersebut;

(ii) di C lif blok 11 kondominium tersebut; dan

(iii) di psg lif blok 11 kondominium tersebut.

(b) Sampel asal dan sampel/spesimen asal yang dikatakan diambil melalui ujian swab ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bertanda B, B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12 dan sampel asal dan sampel/spesimen asal yang dikatakan diambil dari unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondominium tersebut dan daripada Saiful yang bertanda A, A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7 dan perkara-perkara bertanda D, D1, D2 danD3.

(c) 'Slides' yang dibuat semasa ujian atas sampel asal dan sampel/spesimen asal yang dikatakan diambil melalui ujian swab ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bertanda B, B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12 dan slides yang dibuat semasa ujian atas sampel asal dan sampel/spesimen asal yang dikatakan diambil dari unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondominium tersebut dan daripada Saiful yang bertanda A, A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7 dan slides yang dibuat semasa ujian atas perkara-perkara bertanda D, D1, D2 danD3.

(d) Gambar slides yang dibuat semasa ujian atas sampel asal dan sampel/spesimen asal yang dikatakan diambil melalui ujian swab ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bertanda B, B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12 dan gambar slides yang dibuat semasa ujian atas sampel asal dan sampel/spesimen asal yang dikatakan diambil dari unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondominium tersebut dan daripada Saiful yang bertanda A, A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7 dan gambar slides yang dibuat semasa ujian atas perkara-perkara bertanda D, D1, D2 dan D3.

(e) Electro Pherogram, atas sampel bertanda B, B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12, A, A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7, D, D1, D2 danD3.

(f) Nota-nota ahli kimia berkenaan pemeriksaan/penganalisaan bahan-bahanbertanda B, B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12, A, A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7 dan perkara-perkara bertanda D, D1,D2danD3.

(g) Senarai saksi yang akan dikemukakan oleh pendakwa dalam perbicaraan.

(h) Kenyataan saksi di bawah s 112 Kanun Prosedur Jenayah yang dirakam daripada:

(i) Mohd Saiful Bukhari Azlan;

(ii) Hj Hassanudin Abdul Hamid;

(iii) Nursham;

(iv) Muhamad Rahimi Osman;

(v) Mohd Rasid Mohd Rosdi;

(vi) Dr Osman Abdul Hamid; dan

(vii) Mana-mana saksi selain daripada yang tersenarai di atas.

(i) Salinan semua dokumen yang akan dikemukakan sebagai keterangan.

(j) Kenyataan fakta-fakta menyebelahi pembela.

(k) Salinan nota-nota oleh semua doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang dikatakan telah merawat dan memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan termasuk pada 28 Jun 2008.

(l) Nota-nota dan laporan hasil pemeriksaan 'proctoscopy' yang dikatakan dilakukan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan di Hospital Kuala Lumpur termasuk pada 28 Jun 2008.

(m) Rakaman video percakapan Mohd Saiful Bukhari yang dikatakan dibuat pada 30 Jun 2008.

(n) Laporan perubatan dari Hospital Pusrawi dan nota-nota berkenaan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

(o) Semua dokumen-dokumen dan/atau barangan harta dan butir-butir yang tidak akan digunakan oleh pihak pendakwa dalam kes ini.

Asas Permohonan

[2] Permohonan ini dibuat berdasarkan peruntukan di bawah s 5 dan/atau s 51 dan/atau s 51A Kanun Prosedur Jenayah.

[3] Seksyen 51A merupakan satu seksyen yang baru. Ia dimasukkan melalui pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang mula berkuat kuasa pada 6 Mac 2006. Oleh itu tidak banyak nas dalam bentuk keputusan kes terdahulu yang boleh dirujuk dalam memutuskan perkara melibatkan s 51A.

[4] Kes-kes seperti Husdi v. PP, [1979] 2 MLJ 304; Muzammil Izat Hashim v. PP, [20

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top