SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2007 MarsdenLR 2842 ; 2007 MarsdenLR 1

MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA

MOKHTAR SIDIN HMR , MOHD GHAZALI YUSOFF HMR , ZULKEFLI MAKINUDIN HMR


TAN GEOK TECK & YANG LAIN
versus
UPAYA KELANA (M) SDN BHD

RAYUAN SIVIL NO: B-02-676-2005

Decided On : 02-26-07

Advocates:
Bagi pihak perayu - Ivan Ho; T/n Ho & Rakan-rakan
Bagi pihak responden - CK Tan; T/n CK Tan & Co

PENGHAKIMAN

Mokhtar Sidin HMR:

[1] Di dalam kes ini perayu-perayu adalah plaintif di Mahkamah Tinggi dan responden adalah defendan. Saya akan merujuk kepada pihak berkenaan sebagaimana mereka di Mahkamah Tinggi.

[2] Melalui satu notis usul bertarikh 5 Julai 2000 plaintif telah memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:

(i) bahawa Kaveat Persendirian No. Perserahan 3047/99 Jilid 8 Folio 186 bertarikh 10 Februari 1999 yang dimasukkan oleh defendan ke atas hartanah Grant No. 19277, No. Lot 10989, Mukim dan Daerah Klang, Negeri Selangor dibatalkan;

(ii) bahawa defendan membayar plaintif gantirugi yang dialami oleh plaintif yang akan ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar akibat daripada kemasukan kaveat tersebut;

(iii) bahawa defendan dihalang untuk memasukkan apa jua kaveat ke atas hartanah tersebut mulai daripada tarikh ini.

[3] Di dalam afidavit menyokong permohonan ini yang diikrarkan oleh plaintif kelima adalah dinyatakan seperti berikut:

1. Keenam-enam plaintif telah didaftarkan sebagai pemilik hartanah di bawah Grant No. 19277, No. Lot 10989, Mukim dan Daerah Klang, Negeri Selangor (hartanah tersebut) dalam tahun 1998.

2. Hartanah tersebut sebelumnya didaftarkan atas nama mendiang ibu mereka iaitu Ng Eng Sor @ Ng Teng Eng yang telah meninggal dunia pada 21hb. Jun, 1995.

3. Pada 18.11.1991 mendiang ibu mereka telah menandatangani satu perjanjian usahasama dengan defendan untuk memajukan hartanah tersebut kepada satu estet perumahan.

4. Defendan tidak berbuat apa-apa dan satu perjanjian tambahan telah dibuat pada 7.11.1994 dan perlanjutan masa diberi kepada defendan sehingga 18.11.1997 untuk memajukan hartanah tersebut.

5. Defendan tidak berjaya untuk menunaikan tanggungan mereka sebagai pemaju rumah sehingga perjanjian tambahan itu luput pada 18.11.1997.

6. Sementara itu, mendiang ibu plaintif telah meninggal dunia pada 21.6.1995 dan geran probet telah dikeluarkan oleh mahkamah dan plaintif telah didaftarkan sebagai pemilik hartanah tersebut dalam tahun 1998.

7. Semenjak tahun 1997 plaintif telah menulis kepada peguamcara defendan, yang mengendalikan suratan perjanjian usahasama untuk mendapatkan kemajuan hartanah tersebut tetapi defendan atau peguamcaranya gagal menjawab surat yang dihantar oleh plaintif.

8. Sementara itu, defendan melalui peguamcaranya telah memasuki satu Kaveat Persendirian Perserahan No 3047/99 Jilid 8 Folio 186 ke atas hartanah tersebut. Pada 15.7.1999 dan 30.9.1999 plaintif telah menulis surat kepada Pendaftar Hakmilik Selangor untuk membatalkan kaveat tersebut tetapi pembatalan kaveat tidak dapat dilakukan. Sebaliknya pada 26.1.2000 defendan telah mendapatkan satu perintah ex parte dari mahkamah untuk melanjutkan kaveat persendirian tersebut.

9. Plaintif menyatakan bahawa kaveat persendirian defendan adalah tidak sah dan tidak seharusnya dilanjutkan oleh mahkamah oleh sebab:

a. Defendan tidak mempunyai kepentingan di dalam hartanah tersebut;

b. Perjanjian usahasama bertarikh 18.11.1991 dan perjanjian tambahan bertarikh 7.11.1994 telah luput;

c. Defendan telah mendapatkan perintah ex parte bertarikh 26.1.2000 tanpa memberitahu mahkamah fakta-fakta yang sedia ada. Pada 18.9.1996 defendan telah mendaftarkan satu kaveat atas alasan yang sama melalui Penyerahan No. 31143/96 Jilid 57 Folio 65 yang telah dibatalkan oleh Pendaftar Hakmilik pada 17.12.1998.

d. Defendan tidak seharusnya mendaftarkan satu lagi kaveat atas alasan yang sama.

e. Tiada isu-isu serius yang perlu dibicarakan.

f. Kaveat persendirian defendan yang didaftarkan pada 10.2.1999 mesti dibatalkan atas imbangan kesesuaian (balance of convenience).

10. Plaintif seterusnya menyatakan bahawa peguamnya telah cuba menyelesaikan perkara ini dan telah menulis surat kepada peguam defendan tetapi defendan telah berdalih dan tidak tetap atas pendiriannya. Plaintif menambah bahawa defendan memang tidak serius untuk menghormati perjanjian usahasama dan telah melakukan pecah kontrak, kelewatan yang tidak terhingga dan tidak berada dala

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top