2009 MarsdenLR 1570
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
KELAB DI RAJA KLANG
Versus
AROKIASAMY MASALAMANI
AWARD NO: 393 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-2086/07)
Decided on : 02 APRIL 2009
Bagi Pihak Menuntut - Dev Anand; T/n Anand & Associates
Bagi Pihak Respondent - AG Dass; T/n K Nadarajah & Partners
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Arokiasamy a/l Masalamani, Pihak Menuntut, pada 08.04.2007.
Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 02.04.2009 dengan kehadiran Encik Dev Anand dari Tetuan Anand & Associates, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik A.G Dass dari Tetuan K. Nadarajah & Partners, peguamcara yang mewakili Pihak Respondent. Pihak Menuntut dan Encik Chang Kin Leong, Michael, Pengurus Besar Pihak Respondent turut hadir. Encik A.G Dass memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini menurut terma-terma persetujuan seperti berikut:-
1. Tanpa pengakuan liability dan semata-mata atas ex-gratia, Pihak Respondent bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut melalui peguamcaranya dalam rekod iaitu Tetuan Anand & Associates, jumlah sebanyak RM7,040.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu dan Empat Puluh sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kes ini; dan
2. Jumlah penyelesaian sebanyak RM7,040.00 tersebut hendaklah dibayar pada atau sebelum 11.06.2009.
Encik Dev Anand, Pihak Menuntut dan Encik Chang Kin Leong, Michael masing-masing mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak di atas.