SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 475

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR

THE NEXT GENERATION FORUM SDN BHD
Versus
LAI BOON KHOON

AWARD NO: 688 TAHUN 2009 (KES NO: 28/4-2038/06)
Decided On : 8 JUN 2009

AWARD

Latar belakang

Kes ini telah dibicarakan di hadapan Y.A. Tuan Kamaruzaman bin Ab. Jalil, Pengerusi Mahkamah Perusahaan yang telah bertukar pada 1hb. April 2009. Pihak-pihak telah tiada halangan untuk saya menulis award ini berdasarkan kepada nota keterangan yang dicatatkan oleh Y.A. Pengerusi yang telah membicarakan kes ini. Di samping itu, saya akan meneliti hujah yang dikemukakan oleh kedua belah pihak, yang telah difailkan dalam menyediakan award ini. Pihak-pihak juga tidak berhasrat untuk mengemukakan hujahan tambahan, melainkan apa yang telah difailkan oleh mereka di Mahkamah ini.

Fakta

Pihak Menuntut telah dilantik bekerja di Syarikat Responden sebagai Pengurus Pembangunan Pemasaran (Business Development Manager) dengan gaji RM5,000.00 sebulan, termasuk elaun bermula pada 15hb. Julai, 2004.

Responden telah mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut bertarikh 26hb. November 2004. Di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa sebab penamatan kontrak perkhidmatan Pihak Menuntut adalah seperti berikut:-

"...... After due consideration, the company is or the view that you are not suitable for the position of Business Development Manager."

Pada masa yang matan, Pihak Menuntut masih berada di dalam tempoh percubaan. Ini adalah kerana di dalam surat perlantikan telah dinyatakan bahawa tempoh minimum percubaan adalah 3 bulan. Dalam tempoh tersebut, Pihak Responden boleh menilai pencapaian Pihak Menuntut dan kesesuaian beliau untuk bertugas di Syarikat Responden.

Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa, sepanjang tempoh perkhidmatan Pihak Menuntut di Syarikat Responden, beliau telah disahkan ke jawatan tetap di Syarikat Responden. Oleh sebab itu, pada masa yang matan, Pihak Menuntut adalah seorang pekerja percubaan di Syarikat Responden.

Penilaian Keterangan

Kedua-dua belah pihak telah memfailkan di Mahkamah ini isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini. Tiada persetujuan dicapai oleh mereka mengenai isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini. Namun demikian, setelah meneliti dokumen yang difailkan oleh Pihak Menuntut dan Responden, adalah di dapati isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah:-

(a) sama ada, pembuangan kerja Pihak Menuntut oleh Responden adalah dengan sebab atau alasan adil.

(b) sama ada, Pihak Menuntut telah mempunyai pencapaian yang buruk sepanjang bertugas dengan Responden.

(c) sama ada, Responden dikehendaki memaklumkan mutu pencapaian buruk Pihak Menuntut kepada Pihak Menuntut yang merupakan seorang yang menjawat jawatan kanan di Syarikat Responden.

Dalam ertikata lain, isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini ialah, adakah pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah bersebab atau dengan alasan adil atau sebaliknya. Pihak Syarikat telah mengemukakan seorang saksi semasa perbicaraan. Di dalam kenyataan saksinya, beliau menyatakan bahawa di antara bidang tugas Yang Menuntut sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan ialah:-

"However, as Manager of Business Development, his primary role is to find job placement for graduates of the University. Therefore, like he himself said at paragraph 5 of his Statement of Case, (Lampiran I) he has to develop market for companies to employ the graduates suggest any viable or feasible changes to existing practice if necessary in order to generate more income for the Company. He has also to take part in exhibitions to showcase potential of the graduates. He is not ignorant of the requirements of his job."

Di dalam keterangan COW1, beliau menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah gagal menjalankan tugas dengan memuaskan. Ini dapat dilihat melalui keupayaan Pihak Menuntut menjana pencapaian berjumlah RM6,280.00 daripada Julai hingga November 2004. Jika dilihat kepada Ikatan Dokumen Pihak Menuntut di halaman 32, di dapati pendapatan yang diperolehi ialah RM10,006.00. Namun demikian, pencapaian sebenar yang diperolehi dari hasil usaha Pihak Menuntut dalam tempoh perkhidmatannya dengan Responden hanyalah RM6,280.00 menurut COW1 Jumlah RM10,006

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top